Jumaat, 4 November 2016

Malaysia Dalang Penculikan Di Perairan Sabah, KPN Nafi Dakwaan Misuari.

Baru-baru neh, Misuari dipetik sebagai berkata bahawanya Malaysia merupakan dalang penculikan yang berlaku di perairan Sabah.

Baca : Malaysia Dalang Penculikan Sebenarnya Dakwa Misuari.


Mengikut dakwaan Misuari, rakyat Malaysia yang terlibat sebagai dalang penculikan di Sipadan pada tahun 2000 ialah bertaraf pemimpin Malaysia. Maknanya bukanlah orang biasa-biasa.

Perkara ini didedahkan Misuari apabila ditanya tentang pertemuan dengan pemimpin Malaysia. Misuari menyatakan enggan bertemu dengan pemimpin Malaysia selepas orangnya dituduh melakukan perbuatan menculik dan dipergunakan.

Walaubagaimanapun, dakwaan Misuari itu dengan pantasnya dinafikan oleh Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, ia adalah sekadar dakwaan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, sambil menambah, masalah yang memberi kesan kepada Malaysia itu berpunca dari kumpulan berkenaan.
"Orang-orang dia (Misuari) yang menjadi penjenayah menculik orang-orang kita. Jadi, dia sepatutnya jaga orang dia.
"Kenapa pula kita dipersalahkan? Kita mangsa. Sudah tentu di pihak keluarga mangsa yang diculik itu akan melakukan apa sahaja bagi memastikan ahli keluarga mereka selamat.
"Jadi dialah patut jaga kumpulan dia, penyokong dia supaya jangan melakukan jenayah di kawasan kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak (NUR Alert) menerusi Facebook di Bukit Aman di sini, Jumaat, memetik laporan Mstar.

Dalam pendedahan tersebut, Misuari turut menyatakan mempunyai bukti di atas dakwaan tersebut dan tidak teragak-agak akan membawa ke mahkamah antarabangsa bagi menuntut keadilan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...