Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 November 2016

Najib Bawa Anak2 Ke China - Bukan Pergi Tunggang Kuda Atau Lawat Ladang, Pegawai Khas Bidas Pengkritik.

Ada 2 isu yang membabitkan lawatan Najib ke China. Pertama. Rakyat terfikir-terfikir apa lagi projek, tanah, aset, syarikat mahupun pegangan saham yang akan dapat atau berpindah-milik ke syarikat China.

 


Yang kedua. Anak-anak Najib yang turut mengikuti lawatan kerja Najib ke China menjadi sasaran kritikan kerana dikatakan menyibuk dalam lawatan rasmi. Lagipun kos dibiayai pembayar cukai. Kenapa Najib perlu bawa anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti pergi bercuti secara percuma di mana kos ditanggung rakyat. Mereka bukannya bekerja dengan kerajaan oleh itu secara nyatanya mereka tidak akan membawa keuntungan kepada negara pun.  Ini menimbulkan kemarahan orang awam sehingga Najib menjadi sasaran kritikan. Dan berikut di bawah merupakan penjelasan dari Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor yang menyatakan kenapa Najib membawa dua anaknya dalam lawatan rasmi Malaysia ke China.



1. Perdana Menteri jarang membawa keluarga untuk lawatan rasmi, walaupun beliau kerap mengadakan lawatan rasmi setiap tahun demi menjalankan tanggungjawab untuk membina hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara-negara luar.

2. Kerajaan China telah menjemput Perdana Menteri dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini. Mereka yang arif dengan budaya China pasti tahu bahawa ianya merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar China menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.

3. Budaya membina hubungan kekeluargaan ini dikuatkan lagi dengan peribahasa lama Cina yang menyebut - "飲水思源" - apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut”

4. Kerajaan China amat menghargai bahawa pertalian China dan Malaysia moden bermula daripada ayahanda Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Malaysia merupakan negara pertama ASEAN yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974.

5. Walaupun Perdana Menteri jarang membawa keluarga beliau, tetapi adalah normal jika PM mahukan anak-anaknya bersama ketika lawatan panjang selama seminggu - apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga.

6 . Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ianya bakal membawa puluhan billion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia.

Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini? Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang.


Rizal Mansor

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...