Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label RUU355. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUU355. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Disember 2016

Inilah Kisahnya Bagaimana UMNO & TG. Hadi Awang Mempermainkan Umat Islam Dalam Isu Hudud & #RUU355.

RUU 355 DAN ROHINGYA, APA KAITANNYA? 

Sidang pembaca yang disantuni sekalian. Saya sudah seringkali manulis untuk menerangkan pendapat saya atau berkongsi sedikit ilmu yang ada pada saya dengan bahasa perundangan atau bahasa standard yang serasi dengan gaya penulisan saya. 

Ada yang mendapati sukar untuk menghayati dan memahami sepenuhnya apa yang saya tulis. Ini mungkin menyebabkan hujahan dan poin yang saya kemukakan tidak berbalas secara ilmiah tetapi hanya disambut dengan sanggahan togel sahaja oleh mereka yang tidak bersetuju dengan penulisan saya itu. 

Maka kali ini untuk kelainan, saya perturunkan sahaja satu penulisan dengan gaya bahasa mudah dan santai di bawah ini untuk santapan mata dan intelek semua. Mari kita sama-sama pakat melihat hasilnya. 


ISU RUU AKTA 355 DITENGGELAMKAN DENGAN DEMO BERSAMA NAJIB MENYOKONG ROHINGYA 

Sewaktu Hudud dibentangkan di Dun Kelantan, maka meraung menangislah Adun2 Umno di Dun Kelantan kononnya menyokong Hudud. Tersenyum lebar Adun2 Pas melihat Umno dah insaf. Pak MB pun kata, jika gagal Hudud kali ini jawatan MB akan dipertaruhkan. 

Nik Amar pun dengan garangnya memberi warining kat Umno, jika kali ini Umno kencing lagi, maka Pas akan batalkan 'gencatan senjata' dengan Umno. Akhirnya, apa yang terjadi? 

Bila gagal, Hadi memberi alasan, Hudud tidak boleh dilaksanakan sekarang. " Kena ada kereta dulu, baru boleh buat undang2 jalanraya". 

Baru kita faham, selama ini kereta pun belum ada rupanya. Ok, kita lupakan Hudud dulu. Masuk pula kisah RUU Akta 355. Kenapa perlu pinda? 

Prinsipnya adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Prinsipnya amat baik, ramai yg sokong prinsip ini. Apatah lagi, pindaan terhadap akta berkaitan Mahkamah Syariah ini bukan kali pertama diadakan. Umno (kerajaan) lebih awal melakukannya sebelum ini. 

Tiada sebarang masalah, setelah dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen, walaupun Arwah Tok Guru Nik Aziz adalah di antara yg tidak menyokong akta ini atas ijtihadnya bahawa pindaan ini tidak menepati hukum Hudud, namun akta ini tetap lulus di Parlimen. 

Tiada penangguhan berkali2 sewaktu ingin dibawa ke Parlimen waktu itu. Pada sesi Sidang Parlimen 6 bulan yg lalu, setelah berpakat, maka seorang Menteri Umno, Azalina Said mencadangkan agar usul persendirian MP Marang (Hadi) diberi 'keistimewaan' melangkaui usul2 lain, disegerakan untuk dibaca dalam Parlimen. 

Cadangan Azalina 'tomboi' ini disokong oleh seorang lagi MP Muslimah dari Umno. Ertinya, Umno yg cadang, Umno yg sokong, tapi yang jadi tukang baca adalah Hadi. 

Maka, Hadi pun bangun dan baca tajuk RUU Akta tersebut seperti yang terkandung di dalam skrip ditangan. Lebih kurang 3, 4 minit, MP Marang ini duduk dengan selamba. Speaker pun bertanya, " Adakah MP Marang mahu huraikan sekarang akta tersebut, atau mahu hurai pada siri akan datang?". 

Hadi pun bangun teragak2, lantas menjawab, " Saya mohon HURAIKAN pada sesi akan datang". Sekali lagi dia duduk dengan selamba. 

Rakyat, terutamanya umat2 Islam dan tentulah paling teruja ahli2 dan penyokong Pas untuk menanti sesi Parlimen akan datang, iaitu pada bulan November. 

Dalam tempoh 6 bulan selepas sesi Parlimen itu, berbagai program dan kempen serta penerangan telah dibuat oleh Pas untuk menerangkan tentang RUU Akta 355 yg bakal Hadi huraikan nanti. 

Jelajah RUU Akta 355 telah diadakan di seluruh negeri dan kemuncaknya semua MP dari Bn dan Pembangkang telah mereka temui untuk mengajak mereka menyokong RUU Akta 355 yang bakal dibawa nanti. 

Parti Keadilan di dalam kenyataan resminya menyatakan bahawa Keadilan menyokong sepenuhnya agar RUU Akta 355 itu dibenarkan untuk dihurai dan dibahaskan di dalam Parlimen pada bulan Nov nanti. Parti Amanah juga positif dan minta ianya dibahaskan. Sidang Parlimen yang ditunggu2 pun tiba. 

Di minggu terakhir sidang, paling melegakan terutamanya kpd para penyokong Pas adalah apabila Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa usul dari Marang itu pasti akan dibawa masuk. 

Kelegaan dan keyakinan semakin bertambah apabila Nik Amar, Naib Presiden Pas yg juga TMB Kelantan menyatakan dua hari sebelum tamat sidang iaitu pada 23 Nov melalui Harakah bahawa 

"Pas bersedia bila2 masa untuk bentang RUU Akta 355". 

Hari terakhir sidang adalah 24 Nov. Di luar parlimen, ratusan umat Islam termasuk majoriti dari anak2 murid dari pengajian pondok telah berhimpun dengan plakad menyokong RUU Akta 355. 

Banyak plakad yg mendesak semua MP berugama Islam menyokong RUU Akta 355 yg bakal dibawa oleh Hadi hari itu. Ini hari terakhir mereka berkempen setelah berhari2 melakukan solat hajat. 

Begitu sekali besarnya harapan mereka terhadap RUU Akta 355 yg bukan Hudud itu. Seperti yg dijanjikan, giliran Hadi pun tiba. Jutaan mata tertumpu kepada MP Marang ini yg menontonnya melalui web. 

Sepi dalam dewan apabila Hadi bangun. Tiada seorang pun MP yang berbunyi samada dari Dap, Amanah, Keadilan atau pun dari parti2 komponen Bn, masing2 fokus mahu dengar huraian tentang RUU Akta 355. 

Mereka nak dengar dulu, kemudian jika perlu ditegur atau dibahas, tentunya mereka akan bahas kerana ini bukan usul remeh temeh, ini usul yg melibatkan undang2 berkaitan Islam. Mesti serius. 

Mengejutkan semua. 

Hadi bangun membaca semula usulnya pada sesi yg lepas, ditambah sedikit saja beberapa pindaan dari usul yg lepas, kemudian tanpa ditanya atau diarahkan oleh Speaker, MP Marang ini memohon untuk menangguhkan huraian dan perbahasan pada sesi akan datang. 

Alasannya, masih ramai yang tidak faham lagi tentang RUU Akta 355. Beliau duduk dengan selamba. Speaker pun setuju tangguh. 

YB Khalid, MP Amanah dari Shah Alam desak agar dibahaskan hari itu juga kerana Hadi sendiri yg berjanji akan hurai dan bentangkan sepenuhnya pada sesi ini. Speaker enggan melayani YB Khalid Samad. Akhirnya selesai di situ. Tanpa huraian jauh sekali perbahasan. Benarkah masih ramai yg tak faham? 

Selama 6 bulan berkempen, ceramah penerangan, berhimpun, berforum dan wacana, bertemu semua MP, masih lagi sangsi dengan kefahaman orang lain? Apakah rakyat akan faham sesuatu RUU Akta 355 yg tidak kamu hurai dan bahaskan? Bagaimana mahu faham jika Hadi tidak huraikan? 

Sekali lagi Hadi memberi alasan yg menjadi bahan ketawa. Lebih melucukan bila Hadi menyatakan akan mengadakan satu Himpunan Raksasa untuk menyokong Akta 355 yang dia sendiri telah berjaya bawa masuk Parlimen tetapi beliau gagal gunakan kesempatan itu untuk menjelaskan, menghuraikan lebih lanjut tentang RUU tersebut. 

Aku teringat hujah mereka sewaktu ramai yang persoalkan mengapa Hudud perlu dilaksanakan waktu ini kerana ramai yg tidak faham tentang hukum hudud? Mereka menjawab, mengapa perlu tunggu semua faham baru hudud mahu dilaksanakan? Bukankah telah banyak undang2 yg telah kerajaan luluskan walaupun rakyat masih ramai tidak faham? kata mereka. 

Itu hujah mereka dahulu. Jelas dan bertambah yakinlah kita bahawa jika mahu kepada benda2 yang baik lebih2 lagi yg ada kaitan dengan hukum Islam, usahlah berharap pada Umno. 

Kenali Umno terlebih dahulu. Cuma kali ini Umno bertuah, sekurang2nya mereka tak boleh dipersalahkan dalam isu ini kerana mereka telah beri peluang dua kali kpd Hadi, malangnya Hadi memilih untuk menangguhkannya.

Tentulah Umno gembira dengan situasi sekarang. Untuk melupakan tragedi yang memalukan ini, Umno pun mengajak kita berhimpun memprotes kekejaman Myanmar terhadap Rohingya. 

Kita pun sambut untuk turun berdemo bersama Najib dan Zahid Hamidi . Semoga suara Najib dan Zahid Hamidi serta Hadi akan didengar oleh kerajaan kita di bawah Najib untuk bertindak tegas ke atas Myanmar. 

Kedutaan Myanmar terus tersenyum.

Sekian.

Sumber.

Khamis, 24 November 2016

Tangguh Bahas #RUU355 : Ini Kenyataan Rafizi Ramli - PAS Terus Dipermainkan UMNO Berkali-Kali.

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. 

Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu. Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan). 


Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut: 

1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang). LINTAS LANGSUNG (Tan Sri Speaker baru sahaja menjemput Ahli Parlimen Marang membaca pindaan kepada usul). 

2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua. 

TERKINI Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul. Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang. Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini. 

Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini. Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang? 

Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini. 

Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. 

Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal. 

Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan. 

Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau. Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan

Sekali Lagi Hadi Mohon Tunda Bentang RUU355 - Kenapa?

Mohon penangguhan kerana ia perlu memberikan pemahaman yang jelas kepada pihak-pihak tertentu. Kerana ia mewujudkan pertikaian yang mendorong kepada salah faham dan akhirnya mengundang kepada perbahasan di luar topik.

Lebih kurang inila pointnya kenapa ahli parlimen Marang minta tangguh dari membahaskan usul persendirian RUU355 di Parlimen pagi tadi.

Aku dengar penjelasan speaker Pandikar Amin Mulia tadi. Dia menjelaskan usul yang dibawa oleh Hadi belum pun masuk ke peringkat bacaan pertama.

Gambar : Google
  Proses dia secara ringkasnya begini.

1. Bacaan pertama - bahas, bantah atau setuju. Bawa ke kabinet, bincang, perincian dan kajian.

2. Bacaan kedua - bahas, bantah atau setuju. Perlu wujud jawatankuasa ke untuk bincang, perinci, kaji, tambah baik, usul berkenaan.

3. Bacaan ketiga - bahas, bantah atau setuju.

Menurut ahli parlimen Setiu pula. Usul Hadi neh tak lepas frasa penting lagi. Aku lupa la nama dia. Tapi selagi usul Hadi tak masuk ke peringkat yang dia sebutkan tu, usul Hadi takan lepas bacaan 1.

Maksudnya kat sini apa?

Hah, tu tanya la BN.

Bila tonton perbahasan Parlimen tadi aku rasa jangan aku, ramai sebenarnya tak faham proses bagaimana satu2 usul tu boleh dibahaskan di Parlimen.

Dan proses ini akan makan masa jikalau, pihak kerajaan main propaganda dengan kau.

Dan bagi pendapat aku, Hadi apabila dia dah bersedia bawa usul tersebut ke Parlimen dengan bantuan Azalina, kena la bersedia dengan segala macam hujah, kritikan dan jawapan.

Asyik minta tangguh sebab nak berikan pemahaman jelas.. untuk apa? Hadi sendiri tak faham ke macam mana? Dah lama tertangguh neh beb.

Bahas la dulu.

Baru orang boleh faham ke tak faham ke macam mana. Tapi, jap. Kata Setiu tak boleh bahas (bacaan 1) jika tak diluluskan kat peringkat apakemendantah namanya tadi tu dia sebut.

So, takan Hadi tak faham atau tidak mengetahui tentang hal tersebut?

Aku nampak permainan kat sini. Tak pasti mereka bekerjasama nak memainkan penyokong ke ataupun memang PAS yang kena main dengan BN. Susah nak cakap. Kena tengok balik perbahasan tu buat kali kedua. Ada sapa2 upload la versi cut? Aku tengok live tadi. Takde rakaman bhai.

Hahaha.

Untuk pengetahuan korang juga, Hadi minta tangguh ke sesi mesyuarat yang seterusnya maksudnya ke sesi mesyuarat parlimen pada tahun 2017 tau. Penggal pertama. Dia taknak baca/bahas pada penggal ini.

Nah, video kat bawah. Ehsan Malaysiakini.  


Ahad, 30 Oktober 2016

Akhirnya Menteri Kata Mungkin Tak Cukup Masa Nak Bahas Usul Hadi, Apa Kata Penyokong PAS?

Malaysiakini melaporkan ; 

Dewan Rakyat mungkin tiada masa menangani Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri hal ehwal Parlimen, Datuk seri Azalina Othman Said. 

Azalina berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan. “Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily. Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.



“Kami hanya ada dua hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya yang turut dipetik portal Free Malaysia Today. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain. 

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi ia perlu dikemukakan menteri berkaitan untuk dibahaskan. 

RUU itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati. 

----------------------- 

Nampak tak permainan UMNO kat situ? Tak nampak-nampak juga tatau la nak cakap apa dah dengan korang neh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...