Sidang pembaca yang disantuni sekalian. Saya sudah seringkali manulis untuk menerangkan pendapat saya atau berkongsi sedikit ilmu yang ada pada saya dengan bahasa perundangan atau bahasa standard yang serasi dengan gaya penulisan saya.
Ada yang mendapati sukar untuk menghayati dan memahami sepenuhnya apa yang saya tulis. Ini mungkin menyebabkan hujahan dan poin yang saya kemukakan tidak berbalas secara ilmiah tetapi hanya disambut dengan sanggahan togel sahaja oleh mereka yang tidak bersetuju dengan penulisan saya itu.
Maka kali ini untuk kelainan, saya perturunkan sahaja satu penulisan dengan gaya bahasa mudah dan santai di bawah ini untuk santapan mata dan intelek semua. Mari kita sama-sama pakat melihat hasilnya.
ISU RUU AKTA 355 DITENGGELAMKAN DENGAN DEMO BERSAMA NAJIB MENYOKONG ROHINGYA
Sewaktu Hudud dibentangkan di Dun Kelantan, maka meraung menangislah Adun2 Umno di Dun Kelantan kononnya menyokong Hudud. Tersenyum lebar Adun2 Pas melihat Umno dah insaf. Pak MB pun kata, jika gagal Hudud kali ini jawatan MB akan dipertaruhkan.
Nik Amar pun dengan garangnya memberi warining kat Umno, jika kali ini Umno kencing lagi, maka Pas akan batalkan 'gencatan senjata' dengan Umno. Akhirnya, apa yang terjadi?
Bila gagal, Hadi memberi alasan, Hudud tidak boleh dilaksanakan sekarang. " Kena ada kereta dulu, baru boleh buat undang2 jalanraya".
Baru kita faham, selama ini kereta pun belum ada rupanya. Ok, kita lupakan Hudud dulu. Masuk pula kisah RUU Akta 355. Kenapa perlu pinda?
Prinsipnya adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Prinsipnya amat baik, ramai yg sokong prinsip ini. Apatah lagi, pindaan terhadap akta berkaitan Mahkamah Syariah ini bukan kali pertama diadakan. Umno (kerajaan) lebih awal melakukannya sebelum ini.
Tiada sebarang masalah, setelah dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen, walaupun Arwah Tok Guru Nik Aziz adalah di antara yg tidak menyokong akta ini atas ijtihadnya bahawa pindaan ini tidak menepati hukum Hudud, namun akta ini tetap lulus di Parlimen.
Tiada penangguhan berkali2 sewaktu ingin dibawa ke Parlimen waktu itu. Pada sesi Sidang Parlimen 6 bulan yg lalu, setelah berpakat, maka seorang Menteri Umno, Azalina Said mencadangkan agar usul persendirian MP Marang (Hadi) diberi 'keistimewaan' melangkaui usul2 lain, disegerakan untuk dibaca dalam Parlimen.
Cadangan Azalina 'tomboi' ini disokong oleh seorang lagi MP Muslimah dari Umno. Ertinya, Umno yg cadang, Umno yg sokong, tapi yang jadi tukang baca adalah Hadi.
Maka, Hadi pun bangun dan baca tajuk RUU Akta tersebut seperti yang terkandung di dalam skrip ditangan. Lebih kurang 3, 4 minit, MP Marang ini duduk dengan selamba. Speaker pun bertanya, " Adakah MP Marang mahu huraikan sekarang akta tersebut, atau mahu hurai pada siri akan datang?".
Hadi pun bangun teragak2, lantas menjawab, " Saya mohon HURAIKAN pada sesi akan datang". Sekali lagi dia duduk dengan selamba.
Rakyat, terutamanya umat2 Islam dan tentulah paling teruja ahli2 dan penyokong Pas untuk menanti sesi Parlimen akan datang, iaitu pada bulan November.
Dalam tempoh 6 bulan selepas sesi Parlimen itu, berbagai program dan kempen serta penerangan telah dibuat oleh Pas untuk menerangkan tentang RUU Akta 355 yg bakal Hadi huraikan nanti.
Jelajah RUU Akta 355 telah diadakan di seluruh negeri dan kemuncaknya semua MP dari Bn dan Pembangkang telah mereka temui untuk mengajak mereka menyokong RUU Akta 355 yang bakal dibawa nanti.
Parti Keadilan di dalam kenyataan resminya menyatakan bahawa Keadilan menyokong sepenuhnya agar RUU Akta 355 itu dibenarkan untuk dihurai dan dibahaskan di dalam Parlimen pada bulan Nov nanti. Parti Amanah juga positif dan minta ianya dibahaskan. Sidang Parlimen yang ditunggu2 pun tiba.
Di minggu terakhir sidang, paling melegakan terutamanya kpd para penyokong Pas adalah apabila Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa usul dari Marang itu pasti akan dibawa masuk.
Kelegaan dan keyakinan semakin bertambah apabila Nik Amar, Naib Presiden Pas yg juga TMB Kelantan menyatakan dua hari sebelum tamat sidang iaitu pada 23 Nov melalui Harakah bahawa
"Pas bersedia bila2 masa untuk bentang RUU Akta 355".
Hari terakhir sidang adalah 24 Nov. Di luar parlimen, ratusan umat Islam termasuk majoriti dari anak2 murid dari pengajian pondok telah berhimpun dengan plakad menyokong RUU Akta 355.
Banyak plakad yg mendesak semua MP berugama Islam menyokong RUU Akta 355 yg bakal dibawa oleh Hadi hari itu. Ini hari terakhir mereka berkempen setelah berhari2 melakukan solat hajat.
Begitu sekali besarnya harapan mereka terhadap RUU Akta 355 yg bukan Hudud itu. Seperti yg dijanjikan, giliran Hadi pun tiba. Jutaan mata tertumpu kepada MP Marang ini yg menontonnya melalui web.
Sepi dalam dewan apabila Hadi bangun. Tiada seorang pun MP yang berbunyi samada dari Dap, Amanah, Keadilan atau pun dari parti2 komponen Bn, masing2 fokus mahu dengar huraian tentang RUU Akta 355.
Mereka nak dengar dulu, kemudian jika perlu ditegur atau dibahas, tentunya mereka akan bahas kerana ini bukan usul remeh temeh, ini usul yg melibatkan undang2 berkaitan Islam. Mesti serius.
Mengejutkan semua.
Hadi bangun membaca semula usulnya pada sesi yg lepas, ditambah sedikit saja beberapa pindaan dari usul yg lepas, kemudian tanpa ditanya atau diarahkan oleh Speaker, MP Marang ini memohon untuk menangguhkan huraian dan perbahasan pada sesi akan datang.
Alasannya, masih ramai yang tidak faham lagi tentang RUU Akta 355. Beliau duduk dengan selamba. Speaker pun setuju tangguh.
YB Khalid, MP Amanah dari Shah Alam desak agar dibahaskan hari itu juga kerana Hadi sendiri yg berjanji akan hurai dan bentangkan sepenuhnya pada sesi ini. Speaker enggan melayani YB Khalid Samad. Akhirnya selesai di situ. Tanpa huraian jauh sekali perbahasan. Benarkah masih ramai yg tak faham?
Selama 6 bulan berkempen, ceramah penerangan, berhimpun, berforum dan wacana, bertemu semua MP, masih lagi sangsi dengan kefahaman orang lain? Apakah rakyat akan faham sesuatu RUU Akta 355 yg tidak kamu hurai dan bahaskan? Bagaimana mahu faham jika Hadi tidak huraikan?
Sekali lagi Hadi memberi alasan yg menjadi bahan ketawa. Lebih melucukan bila Hadi menyatakan akan mengadakan satu Himpunan Raksasa untuk menyokong Akta 355 yang dia sendiri telah berjaya bawa masuk Parlimen tetapi beliau gagal gunakan kesempatan itu untuk menjelaskan, menghuraikan lebih lanjut tentang RUU tersebut.
Aku teringat hujah mereka sewaktu ramai yang persoalkan mengapa Hudud perlu dilaksanakan waktu ini kerana ramai yg tidak faham tentang hukum hudud? Mereka menjawab, mengapa perlu tunggu semua faham baru hudud mahu dilaksanakan? Bukankah telah banyak undang2 yg telah kerajaan luluskan walaupun rakyat masih ramai tidak faham? kata mereka.
Itu hujah mereka dahulu. Jelas dan bertambah yakinlah kita bahawa jika mahu kepada benda2 yang baik lebih2 lagi yg ada kaitan dengan hukum Islam, usahlah berharap pada Umno.
Kenali Umno terlebih dahulu. Cuma kali ini Umno bertuah, sekurang2nya mereka tak boleh dipersalahkan dalam isu ini kerana mereka telah beri peluang dua kali kpd Hadi, malangnya Hadi memilih untuk menangguhkannya.
Tentulah Umno gembira dengan situasi sekarang. Untuk melupakan tragedi yang memalukan ini, Umno pun mengajak kita berhimpun memprotes kekejaman Myanmar terhadap Rohingya.
Kita pun sambut untuk turun berdemo bersama Najib dan Zahid Hamidi . Semoga suara Najib dan Zahid Hamidi serta Hadi akan didengar oleh kerajaan kita di bawah Najib untuk bertindak tegas ke atas Myanmar.
Kedutaan Myanmar terus tersenyum.
Sekian.
Sumber.