Khamis, 1 Disember 2016

Najib Cakap Besar, Katanya Negara Lain Tiada UTC Seperti Malaysia Tetapi Sebenarnya Ada & Ini Buktinya. #PAU2016

Ini sebenarnya "ulang siaran".

Ia bukan kali pertama Najib menyebut begitu. Pada tahun 2014, media pernah merekodkan kenyataan yang lebih kurang serupa.


(sumber)

Dengan penuh bangga, Najib menyatakan tiada mana-mana negara yang mempunyai pusat sehenti - UTC seperti di Malaysia.

Ia adalah hasil usaha BN katanya. Tanda keprihatinan terhadap rakyat.

Dalam #PAU2016 yang sedang berlangsung, Najib direkodkan turut mengulang kenyataan yang serupa.

Untuk rekod, UTC bermaksud : Urban Transformation Centre ataupun Pusat Transformasi Bandar.

Ia adalah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.  

Secara umumnya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain. (Apa Itu UTC)

Najib begitu berbangga dengan UTC ini kerana ia mula dilaksanakan ketika di zamannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Betul ke UTC ini hanya wujud di negara kita satu-satunya?

Jawapannya tidak.

Seseorang yang mungkin meluat dengan cakap besar Najib telah membuktikan kenyataan Najib itu sekadar propaganda murahan. Agaknya telinganya juga sudah bosan mendengar kenyataan sama yang diulang-ulang kononnya macam besar sangat perkara tu.


Nah, inila bukti kononnya hanya Malaysia sahaja memiliki perkhidmatan sehenti bagi perkhidmatan kerajaan yang tertentu.





Najib, Najib. Cuba la hentikan penipuan, tingkatkan prestasi, kurangkan hutang dan jangan cakap besar.

Rakyat dah semak dengan permainan ko tu.
Sampai benda kecik gini pun dorang terpaksa screenshot bukti untuk fahamkan kau bahawanya mereka tak boleh diperbodohkan dengan kenyataan-kenyataan kau tu.

Fikir-fikirkanlah ek.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...