Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 November 2016

Dituduh Macai Kerana Ucapan Berapi Memuji Najib, Mahasiswa Tampil Jelaskan Perkara Sebenar.

Nama Wan Mahusin tiba-tiba menjadi glamer sejak semalam. Ini berikutan tersebarkan satu rakaman yang memuatkan aksi Wan Mahusin yang berapi-api memuji kepimpinan Najib Razak dalam satu program yang dinamakan Pemanas 4.0.


Mahusin Bersama Rosmah
Disebabkan ucapan itulah, Mahusin telah dikecam teruk oleh netizens di laman sosial terutamanya oleh golongan muda dan kelompok mahasiswa. (rujuk)

Pelbagai kata-kata nista, kejian, kritikan dan tak kurang juga sindiran ditujukan kepada Wan Mahusin kerana memuji Najib Razak di atas pentas.

Pun begitu, masih ada di kalangan netizens yang menyebelahi tindakan Mahusin dan menyifatkan ia sebagai demokrasi dan netizens perlu meraikan hak kebebasan bersuara. Di Malaysia sesiapa sahaja boleh menyokong pihak kerajaan mahupun pembangkang dan sesiapa pun tak berhak nak memarahi pilihan-pilihan yang telah dibuat. Begitulah antara respon penyokong-penyokong Mahusin.



Sebenarnya, kenyataan itu memang benar.
Tetapi yang suka, mula ataupun seringkali langgar hukum demokrasi itu adalah dari pihak kerajaan sendiri. Usahla penyokong-penyokong kerajaan nak temberang dengan mengarang ayat-ayat lakon suci.
Meluat pula aku baca.

Berbalik dalam isu Mahusin tadinya tu.
Selepas dikritik berikutan ucapan berkenaan, ahli kumpulan Mahusin tampil membela Mahusin dan atas nama demokrasi dan meraikan juga hak pembaca yang mempunyai akal fikiran yang bijak-bijak belaka, maka aku siarkan kenyataan tersebut untuk dinilaikan bersama. Mesti aku cakap, aku terima penjelasan tersebut tetapi aku tak bersetuju langsung dengan isi kandungannya. Cakap aje la korang memang pro kerajaan. Apa nak basa basi begitu begini. Adehh..

Nah baca ;


[ISU UCAPAN WAKlL MAHASISWA NASIONAL WAN MAHUSIN DI PEMANAS 4.0] 

Hari ini viral sebuah video ucapan oleh wakil mahasiswa, Wan Mahussin b Wan Zain dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dirakam di dalam Majlis Perasmian Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 4.0 yang berlangsung di Menara Felda semalam yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib b Tun Hj Abdul Razak. 

Saya berasa kesal kerana Hussin dituduh seolah-olah beliau seorang 'macai' atau 'penjilat' kerajaan kerana beliau mengajak rakan-rakan mahasiswa lain supaya memberikan sokongan padu kepada kerajaan dan bersama-sama dalam kepimpinan YAB PM. Saya ingin menjelaskan tentang apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Hussin ini. 

Tahukah anda yang berada diluar sana, bahawasanya PEMANAS 4.0 ini telah berlangsung selama 4 hari dan hari terakhir PEMANAS ini kami mahasiswa IPTA/IPTS seramai lebih 250 orang telah membahaskan usul-usul berkaitan politik, agama, ekonomi dan pendidikan. Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk membahaskan usul-usul ini dan saya merupakan orang yang sekumpulan dengan Hussin ini. 

Kumpulan kami telah mendapat tajuk ekonomi iaitu Bajet 2017: Implikasi kepada survivaliti mahasiswa yang mana kumpulan kami yang diwakili oleh Hussin selaku pembahas usul telah mencadangkan beberapa perkara kepada pihak kerajaan untuk dibawa ke dalam Perhimpunan Agung UMNO nanti. 

Pertama, Hussin telah memberitahu kerajaan agar menyelaraskan semula pemotongan bajet IPT yang dilihat telah membebankan pelajar dari sudut menjalankan aktiviti di universiti dan juga pengangkutan bas. 

Kedua, Hussin juga telah menegur kerajaan tentang bantuan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) yang diberikan lewat kepada pelajar sehingga tujuan pemberian BB1M dilihat lari dari matlamat asal dan harus dilakukan penambahbaikan segera. Ketiga, Hussin juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menyediakan peruntukkan khas kepada mahasiswa untuk menjalankan aktiviti keusahawanan di universiti kerana melihat minat keusahawanan sudah mula mekar dalam diri mahasiswa di universiti. 

Saya sudah menjelaskan tentang apa yang telah kami bawakan dalam Persidangan dan mengenai ucapan Hussin, itu adalah hak beliau kerana saya percaya beliau adalah mahasiswa yang jujur dan berani untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan. Mengapa perlu dijadikan isu tentang ucapan ini sedangkan ada juga mahasiswa yang menyatakan sokongan kepada pembangkang dan berucap di pentas politik pembangkang namun tidak pula diberi perhatian oleh kita semua namun ucapan Hussin juga yang ingin dijadikan isu. 

Jangan pernah menuduh mahasiswa yang menyokong kerajaan ini sebagai 'macai' atau 'penjilat' dan mendapat dedak dari kerajaan kerana kami juga membawakan masalah mahasiswa ini secara IKHLAS tanpa mengharap apa-apa balasan dari sesiapa pun kepada peringkat tertinggi dan malahan kami menggunakan mekanisme yang lebih baik dalam menyatakan suara kami kepada pihak kerajaan berbanding memilih kaedah lain seperti protes jalanan. Sekian terima kasih. 

Tengku Izwan Fareed b Tengku Ismail. 
Peserta PEMANAS 4.0 dan juga Pembahas Terbaik PEMANAS 2.0 ( 2014)
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...