Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Mei 2011

Tong gas bakal naik pula..




KUALA LUMPUR – Semakan semula harga gas asli yang menerima subsidi besar, yang sudah lama tertangguh, penting memandangkan permintaan untuk harga gas yang murah di Malaysia jauh mengatasi bekalan.
Penganalisis berkata jika keadaan gangguan dalam pasaran ini tidak diperbetul oleh kerajaan dengan segera, Malaysia akan kehabisan rizab gas dan akan menjejaskan generasi akan datang.
Kerajaan sehingga ini terus memberi subsidi gas sehingga 71-77 peratus, yang bermakna kehilangan peluang untuk negara, dan ekonomi tidak menguntungkan dari segi kos.
Ini kerana berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk memberi subsidi gas, boleh digunakan untuk projek-projek pembangunan sosioekonomi seperti kemudahan awam, jalan, sekolah dan lain-lain perkhidmatan.
Untuk gas sahaja Petronas membayar jumlah yang besar untuk subsidi, sebanyak RM131.3 bilion antara 1997 dan 2010. – BERNAMA

Hahaha.. satu lagi berita bangang yang ko bagi kat aku bernama. Ye, ye bukan salah ko. Ko cuma lapor apa yang menteri bangang tue merapu. Aku pun tak faham apa kejadahnya semua neh secara tiba2 setiap hari kerajaan ko canang kerajaan kehabisan rizab lah kerajaan tanggung hutang lah subsidi mamposkan perjalanan ekonomi lah dan pelbagai lagi berita merapu untuk hasut minda rakyat. Atau paling tepat untuk hasut minda rakyat yang benak + bodoh + menyusahkan aku dan penyokong2 pakatan rakyat + atas pagar.

Berita kat atas neh tak lain tak bukan hanya berita bebal. Apakah buktinya petronas bagi subsidi gas? Tarak. Dorang cakap pong pang pong pang kat parlimen kita bagi berbillion2 subsidi untuk rakyat, tapi betul ke kita dapat manfaatnya daripada subsidi itu? Pun tarak juga. Belum lagi ada data jelas yang dapat dibuktikan bahawa kesemua subsidi itu benar2 dirasai oleh kita. Belum ada beb. Kalau sungguh sana sini subsidi apsal aku tak merasai kebaikan subsidi pun? Dan apsal member2 aku yang duduk luar negara merasa hidup mereka lebih baik di sana berbanding di malaysia meskipun mereka hidup tanpa subsidi? Why?

Kesimpulannya mudah je beb. Dorang nak naikkan ;

1. petrol ron 95

2. tariff elektrik <== 25 mei, tapi time lulus ketika gula naik 20sen hari tue.

3. petrol naik, maka gas memasak sure naik punya.

4.minyak masak pun naik. Apa kena mengena? Pengangkutan punya pasal lhor. Subsidi diesel super dah hapus pada jun 2011 nanti.

5. Semua jenis barangan di malaysia akan naik. Kenapa? GST maa.. gst nak dilaksanakan bhai.. 

Dah tue apa yang tak naik? Tarak. Semua pun naik. Memang puak haramjadah. Taknak dengar langsung keluhan rakyat. Aku pun bukan suka marah2. Aku marah pasal kenaikan neh memang siyes membebankan aku. Ramai org2 macam aku pecah kepala hotak nak kerja 24 jam cari rezeki beb.Bukan duduk goyang kaki minum arak macam parpu kari. Kami ada usaha tapi usaha2 tue macam tak terkejar. Pasal apa setiap bulan mesti ada barang naik. Maksudnya macam neh ;

Gaji bulan 1 : rm1,200. guna beli barang makanan rm900.

Gaji bulan 2 : rm1,200 + 200 [part time job]. guna beli barang makanan rm1,300,

Arhh sudah pening, takpe usaha lagi sampai mampos. Jadi 

Gaji bulan 3 : rm1,200 + 500 [part time job] guna beli barang makanan 1,500..

Faham tak aku nak cakap apa? Aku cakap sehebat mana pun aku usaha, kenaikan harga barang2 dah tak terkawal lagi. Dah takde fullstop bhai. Duit habis beli barang. Mana nak saving? Mana ada satu sen pun. Kuantiti makanan pula? Makin lama makin sedikit. Kualiti? Makin hampeh. Aku terpaksa bayar kos makanan + barang2 lain dengan harga lebih mahal namun dalam masa yang sama kuantiti + kualiti = susut.

Kualiti bersama keluarga pun susut.
Kualiti nak menyimpan pun susut.
Kualiti nak beli barang2 untuk diri sendiri pun susut.
Kualiti untuk belajar dan beli buku2 pun susut.
Kualiti untuk pergi kursus ke apa2 pun susut. Kalau yang dah kahwin + ada anak, kualiti untuk hantar anak2 pergi belajar itu ini pun susut. Susut pun susut, pasal income statik. Kalau pun berjaya menambah income, tak terkejar dek kenaikan harga barang yang melambug2 ganasnya.

Dan khusus untuk PENYOKONG2 UMNO, disini ialah LUAHAN BLOGGER UMNO sendiri terhadap isu BARANG NAIK. Lue baca, lue fikir. Kalau blogger umno totok pun dah merasa kecewa dengan barang naik, lue boleh fikir semula samada patut ke tak patut lue bodoh2kan diri lue untuk sokong kerajaan?

Aku pun bukan nak musuh dengan penyokong2 umno neh sebenarnya. Sebab aku pun nak minta tolong kat dorang untuk undi pr sekali, sekali pun jadi lah beb. Kita tengok macam mana malaysia under pr untuk 5 tahun. Kalau PR benar2 gagal dan teruk aku rasa takyah tunggu 5 tahun untuk tumbang, dan2 masa tue gak kita leh berdemo dan protes hapuskan PR sebab PR tentu takan seganas umno dalam mengawal kebebasan di malaysia beb. Fikirlah kalau polis + media cetak pro bn. Sudah tentulah pr tak boleh nak kawal kebebasan media kalau media bukan milik dorang dan polis pula takan sanggup defend pr sebab tak diberikan duit. PR tak bagi duit [rasuah] sebab kena jaga reputasi + jawatan akibat baru perintah negara. Jadi kita nak takut apa bhai?

Takyah takut lah undi PR, kita ubah sekarang. Kita ubah nasib kita. Kita bagi peluang pada diri kita untuk melihat kebenaran siapa yang lebih cekap mentadbir dan siapa yang tidak cekap. Kita kena berhijrah. Kita perlu berhijrah. Orang yang tidak mahu berhijrah adalah orang yang lemah beb. Tidak berani mencuba dan takut pada sesuatu yang tidak sahih dan terbukti.

Amacam penyokong umno? Ubah sekarang, save malaysia, save malaysians, save ourselves.

Ameno : Dah penat explain, penyokong umno aku tak percaya korang ahti batu.. siyes. Aku yakin korang pun sesak macam aku.. pekata kita pakat2 ubah. Kita bagi peluang pada diri masing2 utk kaji kebaikan dan keburukan pemerintahan bn dan pr.. amacam?

Share this

0 Comment to " Tong gas bakal naik pula.. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...