Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Mei 2011

Kenapa iklan carlsberg tak boleh di sekolah?

Ada beberapa individu yang mempertikaikan aku mengenai munasabahnya iklan carlsberg di sekolah rendah jenis tamil dan cina. Kata mereka apa salahnya iklan carlsberg berada di dalam sekolah jenis tamil ataupun cina? Kan pemilik syarikat terbabit memberikan dana dan peruntukan kepada sekolah2 tersebut maka tak salah lah logo carlsberg berada dalam kawasan sekolah tersebut.

Walaupun dah dijelaskan dengan terperinci kenapa banner tersebut dipertikaikan tetapi masih ramai orang yang tak nampak kesan negatif angkara logo carlsberg terbabit. Aku bukan nya mempertikaikan bantuan syarikat tue kepada murid2 sekolah rendah jenis tamil ataupun cina. Malahan tiada siapa pun nak mempertikaikan keikhlasan syarikat arak terbabit. Kalau dia nak bantu, fine bantulah. Cuma tak perlulah buat banner macam kat bawah neh ;


Memang arak bukan haram pada orang bukan islam. Tetapi di malaysia kita ada undang2. Pelajar sekolah tanpa kira status agama dilarang minum arak, membawa arak dan terlibat dalam aktiviti pemabukkan di kawasan sekolah ataupun di luar sekolah kerana mereka masih di bawah umur. Memandangkan dah begitu, sepatutnya logo arak tak sepatutnya berada dalam bangunan sekolah. Mengiklan logo arak = mengiklan arak = mempengaruhi budak2 utk mendekati arak = minum arak. Takan masih tak nampak lagi connectionnya disini?

Dan aku dari dulu lagi memang agak hairan dengan segilintir sikap umat islam. Bagi mereka menjaga kepentingan umat islam lebih baik dari menjaga kepentingan seluruh manusia. Ini pandangan yang aku tolak bulat2. Walaupun budak2 neh bukan orang islam, kita tak boleh biarkan mereka dipengaruhi oleh banner arak di sekolah terbabit. Mereka masih budak2 dan budak2 tanpa kira status bangsa, agama apatah lagi sistem sekolah haruslah dipelihara dan di didik sebaik mungkin tanpa sebarang sikap pilih kasih. Tolonglah buka minda masing2. Disebabkan ramai orang islam fikir bahawa islam untuk umat islam sahajalah, ramai orang bukan islam takut kepada islam tak pasal2.

Cuba tengok gambar kat bawah neh pula ;


Suatu ketika dulu utusan pernah menyiarkan berita neh untuk mempertikaikan kelemahan pentadbiran kerajaan dap di pulau pinang. Pelbagai iklan ditampal even di dalam bangunan sekolah sekalipun. Tujuan utusan berbuat demikian, tak lain tak bukan untuk memberikan gambaran buruk secara tidak langsung kepada parti dap di pulau pinang. Namun aku memang agak bersetuju dengan beberapa hujah CAPP = Persatuan pengguna pulau pinang bahawa iklan2 seperti pinjaman + kegiatan rumah urut [jika apa yang diperkatakan oleh utusan itu benar] memang tidak patut berada di atas jalan apatah lagi di dalam bangunan sekolah kerana ini boleh menjejaskan pemandangan di samping itu boleh menjurus kepada perkara yang tidak elok.

Tapi yang hairannya kenapa utusan bersikap dwi-standard? Kalau mereka boleh menyiarkan pandangan CAPP berhubung iklan2 yang tidak senonoh di pulau pinang, kenapa pula sekarang mereka taknak siarkan laporan banner carlsberg masuk sekolah? Apa yang membuatkan dorang bias dalam laporan dorang pula?Ini lah persoalan yang terfikir oleh kepala hotak aku. Orang yang adil tak pernah pandang parti sebelum menulis. Tapi orang yang menulis kerana parti.. lebih baik mampos. Sekian.

Artikel berkaitan disini.

Ameno  : Utusan terbukti bias.

Share this

0 Comment to " Kenapa iklan carlsberg tak boleh di sekolah? "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...