Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Mei 2011

Gaji mufti duit pelacur..


Gaji mufti duit pelacur?
Gaji mufti duit haram?
Gaji mufti duit judi?

Kalau macam tue macam mana pula dengan bantuan2 yang rakyat terima dari kerajaan? Peruntukan segala bagai? Kan tak diasingkan semua benda tue? Adakah ahli2 pas macam aku terpaksa membatalkan hasrat memohon apa2 peruntukan yang selayaknya untuk aku mohon disebabkan kelalaian kerajaan barisan nasional mengasingkan benda2 neh? 

Maaf.. melabelkan seseorang memakan gaji haram itu berat. Bukan aku nak bela sapa2 tapi melabelkan orang kerajaan makan wang haram hanya akan mengungkit kebencian orang kerajaan kepada pas. Tolonglah fikirkan kesan dan natijahnya ketika memberikan ceramah politik macam neh. Kita kalau nak orang sokong kita, kita tak boleh cetus kebencian orang. Apatah lagi nak raih sokongan rakyat untuk sokong pas. Rakyat di malaysia bukan semua pekerja swasta. Ramai dari mereka pekerja kerajaan. 

Dan aku tidak menyokong kata2 seperti ini. Mat taliban ke mat toliban ke mat taliben ke yang penting kata2 dia neh tak berapa tepat dalam mengambarkan situasi yang sebenar. Dia neh penceramah politik. Bukan nya blogger macam aku. Apabila dia berceramah ramai orang take note kata2 dia. Sebab apa? Sebab dia berceramah guna pentas. Bukan macam aku. Yang mengarut sakan dalam belog. Aku pun bukan pemimpin. So tolonglah ye, jaga reputasi parti. Pada sesiapa yang rapat dengan dia tolong sampaikan kata2 aku neh kat dia ;

Kalau gaji mufti duit pelacur kerana mufti pekerja kerajaan, maka adakah seluruh pekerja awam perak menjana pendapatan dari hasil haram? Jika ada orang kerajaan yang menggunakan wang gaji mereka untuk menderma kepada pas, adakah pas telah makan wang haram disitu? Ya, ya, lebih baik aku yang tegar pas neh sound ko dulu sebelum ko melalut ke mana2 hala. Fikirlah beza antara lalutan aku dengan lalutan ko. Lalutan aku, orang tahu aku punya pasal sebab ini belog aku punya pasal. Lalutan ko membawa imej pas sebab itu adalah lebih baik jika ko jangan melalut tak tentu hala. Sekian.

Ameno : Ini cari benci kepada pas, bukan sayang der..

Share this

0 Comment to " Gaji mufti duit pelacur.. "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...