Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Mei 2011

KUIN: Beginikah cara layan PAS kepada anak muda?

Sejak pilihan raya umum ke-12 lalu, saya tertanya-tanya apakah pendirian Pakatan Rakyat mengenai anak muda. Adakah benar mereka ikhlas mahu memperjuangkan isu anak muda ataupun ia sekadar retorik politik semata-mata.

Akhirnya, pada 25 Mei lalu, saya telah mendapat jawapan tersebut. Ternyata baik BN mahupun Pakatan Rakyat, keduanya 'tidak mesra' dengan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Pada tarikh ini, golongan mahasiswa di KUIN telah dikenakan satu tindakan yang saya kira sangat tidak wajar.

Enam orang mahasiswa daripada KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak pentadbiran KUIN.

Ada antara mereka yang telah didenda. Malahan ada yang telah digantung pengajian selama dua semester!

Hal ini saya kira telah mencabar kami sebagai golongan anak muda yang mempunyai hak bersuara seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Di sini, saya hendak memberi peringatan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS, jangan sesekali mencabar kami golongan anak muda.

Kami, golongan anak muda sama sekali tidak rela dijadikan bahan mainan politik kedua-dua belah pihak terutama dalam meraih simpati politik yang kini semakin jijik dan kotor.

Saya amat berharap agar kemelut ini diselesaikan dengan baik. Pakatan Rakyat khususnya PAS harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal ini.

Ingatlah, kehadiran kami golongan anak muda ini bakal menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.


Penulis adalah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N) KUIN

WOW.. pas apakah korang neh cuma mengamalkan dasar kuku besi? Why? Adakah auku dilihat lebih baik jika dikendalikan oleh PR berbanding umno? Baca bawah neh plak ;

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

Sejujurnya aku kurang faham isu sebenarnya. Yang aku tahu ianya bermula begini ;

1. Mereka bantah pembukaan sekolah insan bestari menggunakan bangunan tahfiz <-- yang mana pas patut bina bangunan baru kalau bangunan tue masih digunakan oleh pelajar2 tahfiz, kalau tidak apa relevantnya budak2 neh g bantah atas bangunan yang tidak digunakan?

2. Mereka kemudian nya didenda di bawah akta AUKU sebab berdemo dan meluahkan bantahan <-- yang mana akta neh diperkenalkan oleh mahathir untuk mengekang suara mahasiswa namun digunakan pula oleh menteri besar kedah ataupun mungkin pihak pengurusan universiti, aku kurang pasti disitu.

3. Mereka tidak puas ahti dengan hukuman yang dikenakan lalu mereka minta campurtangan hadi agar bantu mereka <-- maksudnya disini mereka tak percaya azizan boleh bantu mereka, sebaliknya mereka yakin hadi mungkin boleh membantu mereka, neh dah macam pas lawan pas.

4. Azizan kemudiannya menegur bahawa hanya pihak pengurusan universiti dan dia je layak masuk campur urusan KUIN sebab KUIN bukan hak milik pas. <-- okey fine, dengarlah rayuan anak muda neh dan hapuskanlah hukuman ke atas mereka. Apa sibuk2 bidas itu ini pula. Sibuk2 cakap hadi takley masuk campurlah apa lah tak guna beb. Patut selesaikan masalah bukan dok buat masalah. Maaf, kali neh tindakan azizan ke atas pelajar2 neh aku tak suka langsung.

Apa benda nak gunakan AUKU kepada pelajar2 sedangkan pas dalam masa yang sama menentang AUKU? Aku agak kurang faham disini. Adakah jika PAS guna AUKU maka ia okey? Kalau mahathir guna AUKU maka ia kukubesi? Heh.

Ameno : Lue tinggal solat, berdosa, wa tinggal solat takpa. Heh.

Share this

0 Comment to " KUIN: Beginikah cara layan PAS kepada anak muda? "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...