Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label AUKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AUKU. Papar semua catatan

Rabu, 25 April 2012

Universiti keluar larangan hadiri BERSIH 3.

Jap.

Universiti neh apa nama dia?

Owhh UPM ek?

Lihat kat bawah neh der ;


Pihak pengurusan UPM neh rasanya dah salah faham.  Meh aku jelaskan sedikit. Mungkin dorang ingat apa2 perkara yang terpakai kat BERSIH 2 tue sama macam BERSIH 3 kot. Sebenarnya jangan terkeliru oke.

1. Kerajaan dah benarkan perhimpunan bersih 3.

2. Maknanya ia bukan lagi dikenali sebagai perhimpunan haram sebaliknya ia dinamakan sebagai perhimpunan aman. Rujuk kenyataan hishammuddin sendiri.

3. Jadi ini bermakna perhimpunan neh tidak sepatutnya dilabel sebagai perhimpunan haram.

4. Dah nama perhimpunan aman sepatutnya tiada larangan dari mana2 pihak ke atas mana2 individu.

5. Ini termasuk pihak universiti sebab bersih bukan parti politik sebaliknya satu gabungan untuk mereformasikan spr. 

6. Aku percaya setiap rakyat dan mahasiswa mahukan sistem pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

7. Jadi amatlah tidak patut UPM mengeluarkan larangan di atas. Ini bukan isu politik. Ini isu yang lebih besar dari isu politik iaitu isu membersihkan sistem pr. 

Tak perlu kot nak cakap dan letakkan persepsi yang langsung takde kaitan dengan BERSIH 3. Harap maklum.

Dan, aku rasa kalau sesiapa pergi jumpa confirm gila pihak pengurusan UPM akan bertindak keras sekerasnya ke atas korang.. sabar lah bebanyak ek. Fikirlah perkara yang terbaik untuk diri korang. Nak hadir atau tidak.. 

Ameno : Bila lak bersih 3 tue jadi perhimpunan haram? UPM tak tengok berita tv3 meh? TV3 pun sebut perhimpunan bersih 3 dibenarkan oleh kerajaan.. walaupun sebenarnya kita tak perlu minta izin dari kerajaan utk berhimpun.. ekekekek..

Ahad, 18 Mac 2012

Terengganu batal pinjaman 6 pelajar sertai demo Bersih, Auku

Okey.

Tindakan neh kejam dan bermotifkan politik. Awat jahat sangat ahmad said neh? Benda dah lepas, itu satu hal dan benda pun bukan nya membabitkan penentangan terhadap kerajaan bien just mahukan spr bersikap adil dengan memahami tuntutan 8 perkara, pun nak hukum pelajar gak ka? 

Dah lupa ka titah agong dulu? Bengong. Menyusahkan rakyat jek yang korang pandai. Sikit2 guna teknik ugut. Ingat zaman ugut mengugut laku ka sekarang neh? Kelaut lah weh.

Baca bawah neh beb. Korang perhatikan ayat mb ganu yang aku boldkan ;

Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.
Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0 yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.
“Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku.
“Malah, daripada surat rayuan yang dihantar kepada kita (Kerajaan Negeri) jelas jawapan yang mereka berikan tidak meyakinkan kerana kita telah kenal pasti melalui blog-blog dan Internet jelas muka mereka yang terpampang dengan memakai baju bersih dan membawa bendera Terengganu,” katanya. -sh-

Dia cakap pasal berpolitik kan? Ehh tak silap aku lah kan dan terbukti banyak kali juga pelajar2 pro bien elok je berpolitik dalam negara luar negara dalam kelas luar kelas dan sebagainya. Dan aku pernah dedahkan beberapa bukti email dan docs bila ada some1 yang hack email pembodek2 bien di mesir memberikan bukti printscreen betapa POLITIKnya guru2 yang pro bien kat sana. Dasat siot. 

Yang tue ada meh dikenakan tindakan? Guru dan student beb. Berpolitik pro bien walhal belajar guna wang pembayar cukai, bukan wang yang dibayar oleh menteri2 bien pun. Takde pun ko amek tindakan. Ada pernah ka? Tak pernah kan?

Beginilah nasib student, dianiayai weh. Ingat weh, apa yang bien dah buat kat rakyat malaysia neh. 6 orang menjadi mangsa kekejaman politik bien. Dan sebelum2 neh ramai telah menjadi mangsa mereka.

Mereka tak sedar orang dah benci depa tapi mereka dok paksa2 kita terima cara depa tadbir negara neh weh. Tangan yang mengundi bien pada pru - 13 akan datang ialah tangan yang menghalalkan kekejaman ke atas sahabat2 kita yang teraniaya angkara bien. Ingat tue. Bersedia kah anda menjadi rakan subahat bien di akhirat kelak? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Jahat gile.

Selasa, 31 Januari 2012

Buku Jingga bukan Alquran tapi persefahaman antara parti pakatan rakyat.


MB kedah bukan di asak untuk berhenti. Jangan salah faham. Kita cuma menyatakan pendirian kita mengenai AUKU. Yang neh orang2 yang sokong MB kena faham. Meskipun aku juga tak suka kekasaran dilemparkan ke atas ustaz itu bukan pula bererti aku sokong AUKU neh. 

Pendirian ustaz mengenai AUKU neh menyimpang dari apa yang dijanjikan bersama menerusi buku jingga. Tolong larh faham.

Ustaz menyatakan bahawa ;
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan(gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya. -TMI-

Isu nya simple ;

1. Tiada sesiapa pun paksa ustaz campurtangan tindakan kuin terhadap mahasiswa. Jika ustaz mahu biarkan pihak kuin uruskan mahasiswa mereka, okey fine. Kita tak persoalkan ustaz dalam ketegasan dia nak mengasingkan pentadbiran negeri dengan pentadbiran universiti malahan aku nampak hujah dia memang rasional bab beb. Memang kita suka sebab dia nampak ada border disini.

2. Kita juga faham bahawa apa2 sahaja tindakan kuin terhadap mahasiswa adalah apa yang pentadbiran kuin inginkan bukan apa yang ustazkan inginkan or arahkan. Ini pun kita faham.

3. Yang kita tak faham, persoalkan dan pertikaikan disini ialah kenapa ustaz mesti berdiri bersama pentadbiran kuin? Kenapa bukan bersama mahasiswa? Kenapa ustaz mesti jadi dipihak yang menyokong kuin dan bukan nya menentang pentadbiran kuin? Ini yang kita confused.

Ustaz boleh nyatakan perbezaan disini. Jika ustaz bersama auku dan sokong dengan auku, kenapa tidak sahaja nyatakan ia secara terbuka dan terang-terangan. At least kita boleh nampak pendirian ustaz dalam isu auku neh di mana. Guna ayat kiasan neh kita susah sket nak baca. 

Mungkin ustaz tak suka auku tapi terpaksa redha dengan auku sebab pentadbiran kuin dah gunapakai akta auku? Mungkin juga memang ustaz selama neh rasa auku okey dan perjuangan pr dalam isu auku neh tak relevant? Beri sket penjelasan di manakah pendirian ustaz dalam perkara neh. Ini yang paling penting.

Jika che rosli terangan2 menyokong lynas dan tidak sehaluan dengan pkr dalam isu neh, ada baiknya jika ustaz juga nyatakan pendirian ustaz terangan2. Samada ustaz sokong dengan pengekalan auku atau sokong mahsuh auku?

Apa pun pendapat ustaz adalah hak ustaz sepenuhnya. Memang buku jingga bukan Alquran tetapi ia adalah perjanjian persefahaman antara ketiga2 parti untuk mencapai beberapa misi tertentu. Jika misi auku bukanlah misi yang ustaz sokong, nyatakan sahaja terangan2 supaya lain kita boleh bercakap dengan jelas, pas tolak auku cuma ustaz sahaja yang sokong auku dan itupun kita tak marah sebab itu hak dan pendirian ustaz. Siapa lah kita nak sekat2 pandangan orang kan? Bai.

Ameno :  Bukan hentam tapi bagitau je.

Sabtu, 7 Januari 2012

Ini gambar mahasiswa berpolitik sokong bn ke?



Nak tanya benda di atas neh salah ke betul? Apa yang aku dapat faham menerusi gambar di atas neh ialah ;

1. Gambar neh gambar sekumpulan mahasiswa yang pro bn.

2. Gambar neh menunjukkan mereka sokong kepimpinan kelantan berubah dari pas kepada bn.

3. Buktinya ada logo 1 malaysia dan gambar pemimpin bn.

4. Perkataan mahasiswa pun ada diselitkan sekali.

5. Jadi, sila bagitau adakah mahasiswa yang berpolitik under kerajaan = legal, kalau berpolitik under pembangkang = illegal? Terang kasi jelas pasal dari apa yang aku faham di kelantan pas ialah kerajaan negeri dan bn ialah pembangkang. 

TQ. 


kah kah kah


Sumber : omakau

Ameno : Apa pun tak boleh lah umno neh..

Sabtu, 28 Mei 2011

KUIN: Beginikah cara layan PAS kepada anak muda?

Sejak pilihan raya umum ke-12 lalu, saya tertanya-tanya apakah pendirian Pakatan Rakyat mengenai anak muda. Adakah benar mereka ikhlas mahu memperjuangkan isu anak muda ataupun ia sekadar retorik politik semata-mata.

Akhirnya, pada 25 Mei lalu, saya telah mendapat jawapan tersebut. Ternyata baik BN mahupun Pakatan Rakyat, keduanya 'tidak mesra' dengan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Pada tarikh ini, golongan mahasiswa di KUIN telah dikenakan satu tindakan yang saya kira sangat tidak wajar.

Enam orang mahasiswa daripada KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak pentadbiran KUIN.

Ada antara mereka yang telah didenda. Malahan ada yang telah digantung pengajian selama dua semester!

Hal ini saya kira telah mencabar kami sebagai golongan anak muda yang mempunyai hak bersuara seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Di sini, saya hendak memberi peringatan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS, jangan sesekali mencabar kami golongan anak muda.

Kami, golongan anak muda sama sekali tidak rela dijadikan bahan mainan politik kedua-dua belah pihak terutama dalam meraih simpati politik yang kini semakin jijik dan kotor.

Saya amat berharap agar kemelut ini diselesaikan dengan baik. Pakatan Rakyat khususnya PAS harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal ini.

Ingatlah, kehadiran kami golongan anak muda ini bakal menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.


Penulis adalah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N) KUIN

WOW.. pas apakah korang neh cuma mengamalkan dasar kuku besi? Why? Adakah auku dilihat lebih baik jika dikendalikan oleh PR berbanding umno? Baca bawah neh plak ;

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

Sejujurnya aku kurang faham isu sebenarnya. Yang aku tahu ianya bermula begini ;

1. Mereka bantah pembukaan sekolah insan bestari menggunakan bangunan tahfiz <-- yang mana pas patut bina bangunan baru kalau bangunan tue masih digunakan oleh pelajar2 tahfiz, kalau tidak apa relevantnya budak2 neh g bantah atas bangunan yang tidak digunakan?

2. Mereka kemudian nya didenda di bawah akta AUKU sebab berdemo dan meluahkan bantahan <-- yang mana akta neh diperkenalkan oleh mahathir untuk mengekang suara mahasiswa namun digunakan pula oleh menteri besar kedah ataupun mungkin pihak pengurusan universiti, aku kurang pasti disitu.

3. Mereka tidak puas ahti dengan hukuman yang dikenakan lalu mereka minta campurtangan hadi agar bantu mereka <-- maksudnya disini mereka tak percaya azizan boleh bantu mereka, sebaliknya mereka yakin hadi mungkin boleh membantu mereka, neh dah macam pas lawan pas.

4. Azizan kemudiannya menegur bahawa hanya pihak pengurusan universiti dan dia je layak masuk campur urusan KUIN sebab KUIN bukan hak milik pas. <-- okey fine, dengarlah rayuan anak muda neh dan hapuskanlah hukuman ke atas mereka. Apa sibuk2 bidas itu ini pula. Sibuk2 cakap hadi takley masuk campurlah apa lah tak guna beb. Patut selesaikan masalah bukan dok buat masalah. Maaf, kali neh tindakan azizan ke atas pelajar2 neh aku tak suka langsung.

Apa benda nak gunakan AUKU kepada pelajar2 sedangkan pas dalam masa yang sama menentang AUKU? Aku agak kurang faham disini. Adakah jika PAS guna AUKU maka ia okey? Kalau mahathir guna AUKU maka ia kukubesi? Heh.

Ameno : Lue tinggal solat, berdosa, wa tinggal solat takpa. Heh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...