Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Mei 2011

Talian nur kasih atau talian nur sedara lebih penting?

Takde mood nak tulis pasal politik walaupun aku dah ada bahan nak disampaikan. Baru lepas scan beberapa keratan akhbar namun selera untuk menulis dah hilang. Mood hilang  + terbantut kerana sakit ahti. Sakit ahti neh sebenarnya dah disimpan selama beberapa tahun. Umpatan dan makian aku rasanya dah berterabur di alam realiti. Tapi nampaknya orang yang sepatutnya faham masih buat tak faham. Dan lebih parah mereka makin melampaui batas kemanusiaan. 

Orang buat anak, ko pun sibuk anak. Tapi orang buat anak, mereka pandai jaga anak. Ko buat anak, tapi ko tak pandai jaga anak. Kesabaran aku neh dah sampai limit. Maknanya aku sudah tidak boleh mampu menahan lagi melihat beban penyeksaan budak2 itu di depan mata. Memerhatikan bukan lah seseksa yang menanggung. Aku tahu budak2 itu sakit raga + mental. Tapi selaku sedara mereka aku juga sebenarnya sakit ahti.. sakit ahti melihat penderitaan budak2 neh..

5 tahun melihat kebabian ibu bapa budak2 ini tidak pernah membuatkan aku tidak sakit ahti. Sakit ahti teramat2. Sakit ahti sampai memikirkan lebih bagus gamaknya ibu bapa budak2 ini mampos. Kematian ibu bapa ini sebenarnya memudahkan banyak urusan. Sekurang2nya kami tahu pada siapa yang harus di amanahkan untuk jaga budak2 neh kelak. Kehidupan ibu bapa budak2 neh tak memberikan erti waima 1 sen sekalipun kepada kami.

Daripada menyusahkan keluarga sehingga menyusahkan satu kampung apa lagi yang mereka tak pernah buat? Semua pernah sampaikan aku rasa aku neh takde muka nak mengadap manusia2 yang pernah mereka susahkan.  bukan tiada jalan diplomasi. Dah banyak kali. Benda neh terlalu sulit dan complicated. Kalau hari neh aku jaga budak2 tue, aku bagi makan + minum + sekolah kan, nanti bila aku potong rambut budak tue, mai lah mak bapak budak2 tue mengamok sakan segala bagai. Kenapa potong rambut budak yang segala bagai perang akibat diwarnakan oleh ibu bapa babi neh? Tapi time budak2 tak makan, tak mandi, takde berpampers haram ko nak tengok. Ko neh memang ibu bapa yang CELAKA. Celaka sangat.

Celaka sehingga memainkan emosi orang lain. 3 tahun. Datang rumah. Berjalan tengah panas terik. 3tahun umurnya. Korang boleh bayangkan tak? Budak 3 tahun datang rumah aku tengah panas terik? Bukan dekat beb bagi seorang budak. Memang celaka haramjadah punya mak bapak. Sebenarnya anak sulung dia neh dah mempunyai perasaan dendam. Aku tak salahkan dia. Aku juga suka dia berdendam dengan perangai mak bapak dia. Walaupun aku selalu di marah kerana mempengaruhi budak tue tetapi aku 1sen pun tak heran. Ditinggalkan oleh bapa, itu perasaan yang aku ada. Apa yang dia rasa, aku juga rasakan.

Aku sebenarnya dah banyak kali cuba mengelakkan daripada mengambil tahu kehidupan budak2 neh. Pasal aku telah memilih untuk tidak mengambil tahu 1sen pun aktiviti ibu bapa budak neh. Aku menjarakkan segala bagai pergerakkan aku agar aku tidak sakit ahti melihat budak2 neh di abaikan depan mata. Langkah untuk menyelamatkan budak2 neh terhad. Ibarat buat salah, tak buat pun salah. Buat salah kerana ibubapa budak2 neh dilindungi oleh orang tua yang sedang sakit. 

Memainkan emosi orang tua yang sudah uzur, aku tak sampai ahti walaupun kerap kali bergaduh dengan orang tua pasal perangai ibu bapa budak2 neh. Sampai satu tahap, lebih baik aku jangan datang. Jangan. Bila aku datang, aku geram. Geram sebab tak dapat bantu. So memilih untuk elakkan diri lebih baik. Biarlah orang nak kutuk apa, sebab perkara sebenarnya aku lebih tahu.

Pembesaran budak2 neh juga sebenarnya telah terpesong. Dari rokok, arak, dadah. apa yang dorang tak tahu? Dari mana dorang tahu aku pun confused. Jangan tanya aku sebab aku tak mau tuduh apa2 pun kat sini.  Yang aku tahu budak2 neh dah pandai mencuri + mencarut + menipu. Walaupun perangai mereka terkawal di depan aku, kerana menghormati + menyayangi aku tetapi siapa jamin perangai seperti ini tidak akan berkembang? Dengan tidak disekolahkan.. aku pun taktahu budak2 neh nak jadi apa. 

Dah beberapa kali aku terfikir aku patut hubungi sahaja talian nur kasih. Usah simpan sendiri. Benda depan mata. Ini penderaan juga. Malahan budak2 neh pun memang dah lali di bantai. Tapi bila memikirkan ketegangan yang mungkin timbul kelak aku jadi tawar ahti. Tapi tiap kali tengok budak2 neh terseksa, aku memang tak tahan. Nak bantu aku pun serba salah. Taknak bantu aku rasa aku dah berdosa. Bila bantu mungkin orang tua mengamok sakan. Bila tak dibantu masa depan budak2 neh dalam pertaruhan.

Kebencian aku terhadap mereka bermula sorok2. Tapi telah didedahkan oleh aku dengan slumbernya dalam beberapa tahun neh. Dengan tidak menegur dan buat taktahu sebenarnya dah cukup memahamkan mak bapak budak2 neh bahawa aku tak suka perangai mereka. Mungkin aku patut lari je dari sini. Lari jauh2. Lari dan jangan peduli. Sampai masa andai budak2 neh jadi penjahat aku akan salahkan mereka2 yang melindungi perangai biadap ibu-bapa kepada budak2 neh. 

Aku tidak memilih untuk bersubahat. Aku memilih untuk menghormati orang tua yang uzur. Sebab itu aku rasa aku patut lari dan pekakkan telinga dari mendengar rintihan budak2 neh. Tak guna aku dengar kalau aku tak boleh bantu. Benda neh dah menjadi barah dalam diri aku. Aku pun dah berdendam dengan ibu bapa budak2 tue. Dendam sampai merasakan mereka lebih baik mampos dari hidup.

Share this

0 Comment to " Talian nur kasih atau talian nur sedara lebih penting? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...