Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Tan sri harussani zakaria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan sri harussani zakaria. Papar semua catatan

Khamis, 30 Mei 2013

Menentang kerajaan dianggap penderhaka - Harussani


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Rajin mufti kita neh. Asyik keluarkan kenyataan jek dua tiga hari neh. Kenapa? Nak ampu dan bodek untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi ke apa? Baik g tolong Zambry settlekan krisis kepimpinan kat Perak tue. 

Perak sedang bergolak. Konon ada adun2 BN ugut nak lompat parti. Dan PAS Perak telah keluarkan satu kenyataan rasmi mengenai hal tersebut. Mereka tidak akan terima calon lompat. Kalau ko nak lompat itu ko punya pasal. Kalau ada maruah buat je pilihanraya semula. Yang neh aku setuju sangat. Jangan ingat ko boleh lompat dari BN ke PR lenggang kangkung. Takde sesiapa nak raikan korang, oke?

KAH KAH KAH

Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

“Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan. -SH-

Menentang dengan aman pun menderhaka. Berdemo pun menderhaka. Apatah lagi menentang dengan keganasan. Lagi la di anggap menderhaka. Maksudnya jangan menentang langsung la. Kalau taknak jadi penderhaka.

KAH KAH KAH

Tapi aku heran apa. Setakat menderhaka dengan BN, satu sen tak heran la aku. Lagi aku suka. Best wehh..

KAH KAH KAH

Ahad, 22 Julai 2012

Haram jadikan masjid sebagai gelanggang politik - Harussani.




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihati umat Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid sebagai `gelanggang’ berpolitik sepanjang bulan Ramadan ini kerana hukumnya haram.

Katanya, sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik disepanjang bulan suci dan barokah ini.

Beliau juga tidak menafikan akan ada pihak-pihak yang tetap meneruskan usaha mengadakan ceramah berbaur politik menerusi tazkirah yang di celahkan di antara Terawih sepanjang bulan Ramadan.
"Ini sebenarnya berlaku kerana kepartian. Sebelum ini tidak pernah berlakupun begini. Tidak semua yang hadir di dalam masjid itu sama politiknya jadi sekiranya ada pihak yang cuba berceramah politik di masjid, saya pasti inaya hanya akan menimbulkan perbalahan dan kebencian,’’ katanya kepada Peraknews di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Sehubungan itu Harussani meminta agar tazkirah tidak dibuat ditengah-tengah Terawih sebaliknya dibuat selesai solat tarawih.

"Tazkirah tidak ada dalam bulan Ramadan, kalau dia orang kata wajib, wajib itu bila-bila masa...dan kenapa tidak dibuat pagi, petang selepas asar kenapa mesti dicelahkan di antara tarawih jadi itu menganggu khusyuk apatah lagi apabila kita bercakap tentang politik,’’ katanya.-PERAKNEWS-

Kata mufti perak ;

Berpolitik di masjid = mengeji, menfitnah dan etc.

Sebenarnya aku tak salahkan mufti perak berpersepsi begitu. Walaupun ia bukan fakta tetapi mostly pemain2 politik memang bersikap begitu. Banyak di kalangan umno.  Cuma aku pelik pasai pa dia khususkan untuk bulan ramadhan jek?

Apa politik yang menfitnah, mengeji dan plus2 tak wujudkah dibulan lain der? Aku rasa wujud bahkan lebih teruk lagi.

Dan bagaimana pula dengan berpolitik yang tak mengeji, menfitnah dan sebagainya? Takan hukum dia haram juga? Adakah haram kerana lokasi? Bulan ramadhan? Ataupun perbuatan? Korang tak rasa pelik ka beb?

Tak semestinya bila kita berpolitik, kita mengeji oke. Then bab tazkirah. Aku seboleh2 takmo syak wasangka tetapi aku rasa ini ada kaitan dengan isu TGNA menjadi imam masjid = beri tazkirah baru2 neh. Tak silap aku lokasi selangor kot. Aku lupa tempatnya. Maybe rakan2 boleh ingatkan aku selepas neh.

Dari apa yang aku tahu, TGNA tak citer pun pasal politik bila bagi tazkirah di masjid ketika itu. Aku ada baca di wall rakan fb dan menurut dia, memang TGNA langsung tak berpolitik pun. Kemon, jangan lah nak bersikap bias hanya semata2 dia TGNA = dari parti PAS.

Aku  bukan apa. Aku dah muak tengok kelakuan sesetengah mufti dan orang2 yang arif agama bersikap terpilih dalam melaksanakan hukum agama. Siyes. Bukan kita tak hormat mufti2 oke. Kita hormat jek. Tapi kenapa ek bila ia membabitkan pembangkang ko lajuu je nak komplain apa seme tapi bila ia membabitkan majalah mangga playboy, haram sampai ke sudah takde respon. Apa hal?

Sekali lagi ko bakal diketuk je lah weh mufti perak. Walaupun aku tak sokong kata2 kasar dan biadap ke atas batang tubuh ko tetapi tengoklah apa yang telah ko buat sendiri. Ko marah umat islam bertelagah, bertengkar tapi apa yang ko sendiri buat ialah menjurus kepada pertengkaran dan bertelagahan. 

Macam lah ada bukti pun penyokong2 pr membawa politik kepartian dalam masjid di bulan ramadhan sampai bersegera keluar hukum. Walhal tiap2 tahun, bahkan tiap2 masa, umno dan bn sendiri menggunakan masjid sebagai gelangang politik tak kira bulan apa pun, sapa pun tak pernah keluarkan apa2 fatwa.. tapi bila TGNA [dipercayai] jek.. alahai.. cukup la. Takde faedah benci TGNA tue. Kalau ko orang islam, patut berlapang dada jika TGNA jadi imam kat mana2 masjid, bukan halang bukan juga keluarkan hukum melulu. 

Kemon, jangan terlalu menunduk kepada bn larh weh. Ada masa2nya pr salah, dan bn betul. Ada masa2nya bn salah, dan pr betul. Ada masa2nya bn dan pr sama2 bersalah. Ada juga masa2nya bn dan pr sama2 betul. Tapi bukan setiap masa bn jek betul beb. Takan yang tue pun mufti perak tak faham2 lagi?

Selasa, 7 Jun 2011

Harussani : Zaman Rasullulah saw gaji juga dibayar guna wang arak dan judi.


Confusion!

Bukan pada mufti perak. Tapi pada umat islam. Khususnya umat islam malaysia. Sila lihat benda yang aku dah highlightkan kat atas. Aku bukan apa. Memanglah mufti perak harussani orang nya hebat dan berilmu berbanding aku. Tapi disebabkan dia berilmu lah dia kena perincikan apa yang dia cakapkan kat atas neh.

Kalau dibaca balik2 apa yang dia sampaikan kat atas neh aku dapati bahawa ;

1. Ketika Nabi saw memerintah madinah, judi itu seperti dibolehkan sehingga ada cukai yang di kutip.

2. Bab arak aku rasa kita semua tahu kot. Memang ada arak. Tapi bab cukai aku kurang pasti. Yang aku tahu semacam ada bayaran denda. Mungkin juga harussani menafsirkan ia sebagai cukai. 

Bab yang menyebabkan aku confuse ialah ;

- seolah-olah Nabi saw tidak membuat pengasingan cukai arak dan judi [andai benarlah kata2 mufti neh]

- seolah-olah judi bercukai wujud ketika Nabi saw memerintah

- seolah-olah mufti perak tidak kesah wang gaji nya bersumberkan arak dan judi.

- daripada menegur kecuaian kerajaan, mufti perak memilih untuk membela pula perbuatan kerajaan [jika benar apa yang diperkatakan oleh mat taliban].

Pandangan aku, harussani kena buktikan kata2 dia. Dan bagi aku memang kurang sesuai kata2 mat taliban seperti dalam video neh kurang sesuai bukan pasal dia panggil harussani sebagai haramsani, kurang sesuai sebab dia seolah2 melabelkan kakitangan kerajaan [khususnya] di perak makan wang haram. Tak boleh lah macam tue. Memang ramai gak yang backup dia tapi aku melihat benda neh dari konteks yang lebih luas. Sebab tue penggunaan ayat2 macam neh penceramah pas kena elakkan. 

Janganlah menanamkan imej sikap suka menghukum. Inilah yang membuatkan rakyat sukar nak terima pas. Mereka fikir pas parti suka menghukum dan haram segala bagai. Sepatutnya pas kena jadi pembimbing. Kalau mereka tersalah, maka didik lah mereka. Bukan lancar kata2 haramm.. itu haramm.. berdosaa masuk neraka jahanam.. adoii budak2 yg kurang ilmu agama daripada ada minat nak dengar terus lari. Malas nak dengar. 

Patut tambat ahti mereka. Bukan dok ketuk mereka. Pastu bising napa orang taknak undi pas. Padahal cara berceramah tue tak kena. Tengok cara tuan guru nik aziz berceramah. Ada dia hukum orang? Tengok cara ustaz harun din berceramah? Ada dia label mufti kerajaan itu ini haram? takde kan? So.. penceramah2 pas kena ikutlah. Janganlah dok meroyan sakan. Tempat kita di akhirat pun kita taktahu kat mana. Sebab tue sikap suka menghukum neh kita kena buang. 

Pendek kata, kalau boleh tawan ahti rakyat dengan sikap kasih sayang. Masyarakat sekarang kekurangan kasih sayang dan perhatian. Lagi kita bubuh love di ahti mereka, insya-Allah lagi mereka terima perjuangan pas.


Ameno : harussani neh cam seronok plak pertahankan wang gaji dari sumber haram..

Isnin, 25 April 2011

Hot : [isu video seks] Harussani bersuara bagi anwar, tidak perlu sumpah.

Arrhh sudah. Datuk t dah terperangkap. Pemimpin dan penyokong umno dah kepanasan. Sanggup mereka [blogger umno] memusingkan kata2 para ulama. Kali neh yang ternaya ialah maza, bekas mufti perlis.

Baca bawah dulu, statement dari harussani mengenai isu video seks yang mirip dsai ;




Aku terangkan point penting kat sini ;

1. Harussani kata dsai tak perlu bersumpah di luar mahkamah sebab tiada guna. Lagipun itu bukan prosuder sumpah mubahalah.

2. Maza cakap trio t yang kena sumpah mubahalah, bukan dsai. Dan jika trio t buat maka dsai kena nafikan tuduhan trio t. 

3. Itupun dsai kena nafi dengan sumpah mubahalah.

4. Harussani juga ada sebut perkataan mahkamah disini. Adakah ini bermaksud isu video lucah neh akan dibicarakan di mahkamah korang rasa?

5. Bagi aku patut proceed dengan rci je. Dah kerajaan kata nak bincang kat kabinet pasal rci. So rci je lah. Janganlah main tarik tali umno. Buat rci cepat. Hehehe..

Adakah pandangan kedua2 tokoh agama neh akan di ambilkira oleh bloggers umno? Hehehe.. sama2 kita nantikan.

Btw isu sumpah menyumpah neh pada asalnya dibawa oleh trio t sendiri. Dorang yg beria2 nak sumpah depan kaabah per. Baca sini.

Ameno : 1malaysia kena sumpah kang. Hehehe..

Selasa, 12 April 2011

Hot : Harussani dah mula berani lawan najib!

Baca kenyataan bawah neh ;




Point penting ;

1. Tiada masalah jika bible diterbitkan dalam bahasa melayu.

2. Kalimah Allah swt tidak boleh wujud dalam bible tersebut.

Pendirian harussani neh sama macam pendirian harun din. Dan aku memang follow pendirian harun din sebab aku nampak kebimbangan harun din tue memang ada asasnya.

Ramai orang kristian tak faham sebab-sebab bible disita dua tahun lepas. Ini bukan isu bahasa. Ini konflik akidah. Kalimah Allah swt tertera di bible yang mereka import dari indonesia. Undang2 indonesia tak sama macam undang2 malaysia. So mereka kena akur lah.

Sebab tue aku kata, cetak je bible versi bahasa malaysia dan jangan guna kalimah Allah swt dalam bible tersebut. Masalah orang2 umno yang biol pula fikir bible bahasa melayu boleh menyesatkan orang. Isu sekarang bukan isu bahasa. Aku dah pernah tulis pasal neh, baca lanjut kat sini.

Aku harap harussani boleh bersikap terbuka lagi dengan menegur pelbagai kemungkaran kerajaan di bawah najib. Najib dan bn mana pernah berjuang demi islam. Mereka cuma gila kuasa je. Terbukti dari dulu.

Ameno : tv3 siar tak kenyataan neh agaknya?

Khamis, 31 Mac 2011

Poco-poco : Haram, harus atau okey?



Isu poco-poco neh sebenarnya membuatkan aku tergelak sendiri. Bukan apa, walaupun aku dah TULIS dengan JELAS bahawa aku BUKAN SOKONG POCO-POCO ataupun PENARI POCO-POCO tetapi masih terdapat individu yang TIDAK FAHAM BAHASA bahawa apa yang AKU  nak HURAIKAN di sini ialah KECELARUAN FATWA!

Kat sini aku tulis balik dengan TERTIB agar individu yang TIDAK FAHAM itu boleh FIKIR dengan TELITI isu fatwa poco-poco ini.

1. Harussani kata ia haram.

2. Harussani kata ia haram di PERAK sahaja. Baca sini.

3. MAZA kata ia harus.

4. Ulasan panjang lebar MAZA boleh baca di sini.

5. Harussani kata ia haram sebab ada roh-roh kristian. Dalam erti kata lain ianya ada unsur-unsur pemujaan.

6. Bukan haram sebab ianya membentuk salib ataupun mendekati perzinaan.

7. Jadi di sini dalam kepala hotak harussani ialah begini ;

poco-poco itu ada ritual kristian - ditarikan oleh orang islam - ini tidak blh kerana meniru budaya orang kristian - baiklah kita keluarkan satu fatwa iaitu haram - haramkan ia di perak kerana kapasiti "saya" sebagai mufti perak, kerana kuasa "saya" hanya tertakluk di perak sahaja lah.

8. Kemudian nya ustaz maza memberikan pandangan yang berbeza. Dalam kepala hotak ustaz maza pula begini ;

poco-poco itu ada ritual kristian - menjurus kemaksiatan -  haram

poco-poco itu tiada ritual kristian - menjurus kebaikan -  harus

9. Kemudian ustazah mashitah pula muncul. Dia kata tiada masalah. Baca sini. Dalam kepala hotak ustazah mashitah pula begini ;

poco-poco itu tiada ritual kristian - poco-poco ialah senaman - mengumpulkan kakitangan kerajaan wanita di satu kawasan pada hari cuti untuk berpoco-poco - release tension - jadi poco-poco = okey - di perak = haram sebab harussani keluarkan fatwa ia haram - kerana apa? mungkin step dan ritual poco-poco di perak berbeza dengan poco-poco di negeri lain. 

10. So ini ialah kandungan tiga kepala hotak orang yang arif dalam ilmu agama. Bukan kepala aku. Bukan kepala otak korang. Kesimpulan nya ialah ;

- Poco-poco cuma haram di perak, maka ini bermaksud selain dari perak, kita [penganut islam] boleh berpoco-poco di negeri lain.

- Orang islam perak tidak boleh mengangap bahawa poco-poco haram di seluruh negara.

Baiklah. Lepas tue ada cakap begini kat aku ;

What the hell!!! Daripada ko poco-poco lebih baik ko bersolat. Bersolat tue senaman beb. 

Jawapan baik aku?

Helo kawan, dalam dunia neh kita tak perlukan 24 jam untuk bersolat. Ada masa yang diperuntukan untuk bersolat, untuk makan, untuk rehat, untuk tidur, untuk apa-apa lah. Ada makcik-makcik kat tempat aku neh mereka menari-nari seminggu sekali. Mereka buat dalam dewan. Ada beberapa peraturan dan lelaki dewasa tidak boleh ikut serta. 

Tujuan mereka menari ialah untuk release tension. Bukan poco-poco je ada. Ada macam-mana tarian. Yang paling kerap mereka buat ialah menari  "caca"

Aku pernah ikut serta sekali. Tapi tak menari sebab aku segan. Aku rasa macam orang bangang menari beramai-ramai. Sebab itu aku tinggal.

Jadi adalah tidak adil untuk kita menghina dan menyifatkan makcik-makcik yang ikut serta itu sebagai ;

- jahil agama
- tidak bersolat
- tidak menutup aurat

Kita kalau nak larang orang daripada berpoco-poco pun kena bagi sebab yang kukuh. Apa sebab kukuh yang korang ada untuk halang orang lain dari berpoco-poco? Fahamkan betul2. Ia haram cuma di perak. Selain dari perak, bukan hak korang nak larang atau pandang serong pada peserta poco-poco. Ini juga bermaksud, apabila kita keluar dari perak, larangan bahawa poco2 itu haram tidak sah.

Boleh je tak suka pada poco-poco tetapi tak boleh nak halang orang lain dari suka pada poco-poco sebab ia bukan haram untuk malaysia. Melainkan ada fatwa mengatakan poco-poco haram untuk seluruh malaysia, maka kita penganut islam kena ikut lah.

Namun, kena faham. Selagi fatwa seperti ini berterusan di malaysia selagi itulah kecelaruan akan wujud. Ada negeri kata haram. Ada negeri kata okey. Ada negeri tak kata apa-apa. Bagi aku, untuk memudahkan cerita, jabatan agama islam bagi seluruh negeri haruslah bersepakat dan kemudian mengeluarkan fatwa yang senada. Ini lebih baik.

Jawapan jahat aku?

Ko daripada memekik dan melalak macam orang meroyan, pergi solat lah lagi baik. Tak pun berzikir. Tak pun bersedekah. Tak pun bantu orang susah.. tak pun buat bodoh. Lagi bagus. Heh.


Ameno : Isu simple tapi masih ramai yang tak faham point  sebenar. Apa kes?

Hot! Ustazah mashitah : Poco-poco hanya senaman!!



Kan aku dah cakap. Fatwa pasal poco-poco neh bakal mengundangkan kekeliruan. Tapi ada pula anom-anom yang marahkan aku segala bagai kat sini. [baca situ].

Aku bukan mempersoalkan kenapa perkara itu di HARAM kan. Aku cuma mempersoalkan sejauh mana perkara yang HARAM itu diperluaskan keHARAManya di malaysia. Itu je. Kalau dah haram kat perak sahaja, so budak-budak perak je lah takley poco-poco. Budak2 dari negeri lain boleh je. Apsal pula ada anom nak mengamuk segala bagai kat aku pula?

Baca bawah neh sendiri beb ;

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.


"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain.
"Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini. 

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti yang diumumkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya setiap negeri berhak mempunyai fatwa yang bersesuaian dengan negeri masing-masing, begitu juga di Perak yang sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk mengharamkan tarian itu.



Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan terhadap fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

"Poco-poco itu adalah muzakarah fatwa di Perak sahaja. Sehingga kini keputusan itu belum diwartakan. Bermakna selagi itu, ia tidak berkuatkuasa.Kalau berkuatkuasa pun ia hanya di Perak sahaja kerana ia bukan hasil dari keseluruhan muzakarah mufti," kata Mashitah.
Ketika ditanya sama ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengkaji pengharaman tarian itu, beliau berkata ia perlu dikaji sekiranya terdapat aduan daripada rakyat.


Kalau tidak ada orang nak mengadu, jadi tiada punca kita nak mengkaji benda ini kerana tidak ada sebarang aduan yang melihat bahawa poco-poco ini associate dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan agama," katanya.

Terdahulu beliau melancarkan prapelancaran Album Masjid: Lambang Ketamadunan Islam di Malaysia yang mempamerkan keunikan gabungan seni fotografi dan fakta mengenai masjid-masjid di seluruh negara.

Dan lepas tue baca kat bawah neh pula ;
Anonymous said... 

Banyak sebenarnya kekeliruan yang masih tidak jelas dan tidak di fahami kita... biar aku jawab persoalan penulis blog... kenapa mufit tidak keluarkan fatwa menari di kelab malam itu haram.. perlu kah kita keluarkan fatwa bahawa arak itu haram? sedangkan kita semua memang sedia maklum bahawa arak itu memang haram.... sbb tu fatwa tidak di keluarkan lagi bnyak kali... sama juga menari di kelab malam or pakai ketat2... semua dah sedia maklum bahawa perbuatan di dalam kelab malam itu haram... tetapi, tentang tarian poco2 ini... ia satu fenomena baru.... ramai yang menyangka tarian itu utk kesihatan... dalam tarian poco2 tidak diletakkan syarat perlu berpakaian seksi.... yang menjadi isu sekarang, ia sedang meresap dalam budaya kita... ada juga makcik2 yang bertudung labuh dan berpakaian sopan yang menyertai nya, kononnya nak sehat.... tapi x tahu bahawa ia adalah perbuatan salah dan haram... itu lah yang membimbangkan mufti perak... berkenaan dengan perbezaan pendapat... saudara kena faham, untuk mengeluarkan fatwa oleh majlis fatwa kebangsaan, ia perlu mengambil masa.... setiap mufti2 perlu membuat penyelidikan dan analisis dahulu... ia mengambil masa.... sbb itu mufti perak dan mesyuarat fatwa negeri mengeluarkan fatwa dahulu... sbb perkara sebegini tidak boleh ditangguah2.... cuba anda baca artikel diatas.. ada mufti perak kata ia haram di 'PERAK' sahaja??? fatwa tersebut sebenarnya merujuk kepada semua umat islam... tapi fatwa tersebut dikeluarkan diperak... kita sbg umat islam, x perlu la terbantut pemikiran sampai fikir ia di perak sahaja.. jngn nak mempolitikka agama.... Perak keluarkan fatwa dahulu, sbb ia tidak mahu tunggu majlis fatwa kebangsaan.. tapi perkara ini pasti akan di bawa kepada majlis fatwa kebangsaan... kemudia baharu ia akan dikeluarkan... kita pula, jngn la terlalu benak sngt, sampai nak tunggu majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan kenyataan....

Dipetik dari sini

Pendapat aku masih sama seperti semalam rujuk sini. Dan macam aku katakan semalam perlu ada fatwa bahawa orang islam dilarang menari di kelab malam dan disko. Kalau nak tahu siap ada kerja penari lagi di kelab malam beb. Takan halal pula kot? Heh.

Perlu buat fatwa sebab umat islam di malaysia nampaknya dah tak nampak line haram halal lagi beb. Aku siyes cakap neh.


Ameno : Siapa benak sebenarnya wahai anom? Anda? Saya? Ataupun..

Sensasi : Logik ke poco-poco haram di perak?


Baca bawah ;

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senaman poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Baca dengan jelas. Dan fahamkan betul-betul. Poco-poco cuma haram di perak. Kalau korang nak berpoco-poco boleh keluar perak. Heh.

Sebenarnya, apa yang aku nak cakapkan ialah ;

1. Kenapa perlu wujud perbezaan fatwa antara satu negeri dengan negeri lain sedangkan mahzab kita sama?

2. Bukan kah perbezaan fatwa akan merumitkan suasana?

3. Contohnya poco-poco. Haram di perak. Tapi di negeri lain macam mana statusnya? Haram juga ke? Adakah jika hanya haram di perak ini bermaksud hanya di negeri perak je kita [orang islam] tak boleh poco-poco tetapi di negeri lain dibolehkan?

4. Sebab tue lah aku binggung dok kat malaysia neh. Even soal fatwa pun masih berserabut! Celaru. Kelam kabut.

5. Hoi.. aku bukan kutuk kerajaan. Aku kutuk sistem yang serabut neh. Faham tak?

Baik, aku kasi contoh beb.

Contoh satu ;

Aku bukan orang perak. Aku datang merantau dok kat perak. Then poco2 sekarang haram di perak aku takleh lah nak poco-ing [padahal mmg tak buat pun] di perak. Ble aku keluar dari perak, adakah aku boleh poco2 semula?

Contoh dua ;

Aku orang perak. Poco2 haram di perak. Sekarang aku keluar perak menetap di perlis. di perlis tiada fatwa pengharaman poco2. adakah aku boleh poco-ing di perlis pula?

Jika begitu, apakah kerelevantnya fatwa pengharaman poco2, rokok dan shisha di malaysia apabila ianya tidak diselaraskan?? Pening siottt..!

Selepas itu aku dengan jahatnya nak mengajak korang berfikir lagi.

Contoh satu ;

saya orang perak. saya tidak menari poco2. tetapi saya menari di disko. Menari di disko tidak haram sebab saya pergi disko cuma utk menari bukan utk minum arak ataupun melanggan pelacur. saya exercise nak kasi badan kurus je.

Contoh dua ;

saya bukan org perak. Saya pun tidak menari poco2. saya tahu poco2 tue ada roh kristian. sebab itu saya menari di kelab malam je. Di kelab malam, saya menari dangdut. Dangdut tidak haram sbb mufti tak cakap pun menari dangdut yang menghairah dan berlengok2 pinggul itu haram.

Apa maksudnya? Kenapa hanya roh kristian je patut diharamkan? Kenapa tidak tarian yg menghairahkan di depan penonton dan tunjuk b***** juga difaktwakan haram? Walaupun tiada roh kristian ttp ada roh seks yg menjurus kepada perkara yg bukan2. Malahan tidak keterlaluan jika di-umpamakan seperti tarian seks. Bezanya tak buka baju. Tapi kebanyakkan dari mereka pun pakai baju melekap2 tubuh badan, even tertutup, bentuk badan tue masih jelas terserlah.

Sebenarnya ramai orang islam pergi disko dan buat parti. Mereka tak teguk arak dan mereka kata ianya tak salah sebab disko tempat melepak. Heh.

Begitu juga dengan tarian dangdut. Mereka bebas bergelek dan berpeluk sesama mereka ketika menari. Walaupun tiada unsur kristian ttp ianya menjurus kepada unsur kemaksiatan.

Aku faham, mufti perak ada sebab nak mengharamkan ia. Tetapi cuba jangan fikir poco2 je. Fikir ke dalam sket.. Haramkan poco2 dan semua yang berkaitan. Baru tepat. 

Aku tahu, nanti korang mesti cakap, biarlah buat sikit2 dulu. Lagipun takanlah mereka taktahu disko tue haram. Sebenarnya tarian di disko dan tarian dangdut wujud terlebih dahulu berbanding poco2. Jadi keutamaan utk mengharamkan ia pun haruslah bermula dari tarian2 ini. Lagipun mmg ramai org islam taktahu masuk disko itu haram. Kalau tidak masakan seorang artis pernah berkata, dia masuk disko utk bersenam je? Heh.



Kemaskini :

Aku baca paper utusan tadi, ada individu mengatakan tarian poco2 menjurus kepada kemaksiatan sebab percampuran antara lelaki dengan perempuan. Aku tak pasti samada fakta itu betul atau tidak. Tetapi, bagi aku sendiri, benda itu merepek dan mengarut.

Bagaimana pula jika mereka wujudkan undang2 agar poco2 tidak boleh ditarikan oleh lelaki dan perempuan di satu tempat? Bukan kah ini akan selesaikan permasalahan di atas? Jika itu berlaku adakah ini bermaksud poco2 blh diteruskan? Terdapat banyak wanita berkerjaya yg menari poco2 di kawasan perak even dalam bangunan kerajaan sendiri [KEMAS] sebagai aktiviti riadah. So? Maksiat kah itu?

Jangan kasi umat islam di malaysia neh pening beb. Dah kata ada unsur2 kristian sudahlah. Kita tak payah buatlah. Walaupun cuma di perak je. Heh. Tak payahlah utusan pergi interview beberapa tokoh yg tak perlu untuk memberikan ulasan merepek lagi mengarut. Buat kena maki je beb. Heh.

Aku sendiri bersetuju poco2 diharamkan. Bukan di perak malahan di seluruh malaysia. Aku menyampah dengan org indonesia yang asyik tuduh malaysia ;

malingsia! malingsia!

ataupun

curang.. curang..

entah ble jadi laki bini aku pun confused. Heh.

So mana2 budaya indonesia neh, eloklah kita jangan amalkan dan popularkan di malaysia. Buat kena maki je dengan indonesia beb. Memang tak semua indonesia tue jahat. Aku kenal ramai. Dan ramai di antara mereka memang baik. Malahan aku pernah saksikan macam mana majikan aku mendera mental pekerja indonesia di tempat aku.

Bos aku ialah owner kilang percetakan. Dia itu perempuan cina yang kejam. Selain dari menyuruh pekerja indonesia menjaga anjing, dia juga melarang wanita tersebut bersolat dan tutup aurat.

Kakak indonesia itu mmg kesian. Aku setakat simpati je mampu. Sebagai student yang sedang kerja sementara waktu cuti sem pada ketika itu, aku takley nak buat apa2. Ini antara 3,4 kisah maid indonesia yang dipergunakan oleh majikan cina yang aku alami. Dan semua-nya majikan cina. Aku tak pernah jumpa majikan india ataupun melayu mendera pekerja indonesia islam. Mungkin korang pernah. Pengalaman kita lain2 kan.

Nota : Aku dah check e-fatwa dan aku tak jumpa poco2 haram di negeri lain. Jika korang jumpa ada fatwa tersebut dan ianya di wartakan, tolong inform aku.

Ameno : Pening kepala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...