Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Jun 2011

Harussani : Zaman Rasullulah saw gaji juga dibayar guna wang arak dan judi.


Confusion!

Bukan pada mufti perak. Tapi pada umat islam. Khususnya umat islam malaysia. Sila lihat benda yang aku dah highlightkan kat atas. Aku bukan apa. Memanglah mufti perak harussani orang nya hebat dan berilmu berbanding aku. Tapi disebabkan dia berilmu lah dia kena perincikan apa yang dia cakapkan kat atas neh.

Kalau dibaca balik2 apa yang dia sampaikan kat atas neh aku dapati bahawa ;

1. Ketika Nabi saw memerintah madinah, judi itu seperti dibolehkan sehingga ada cukai yang di kutip.

2. Bab arak aku rasa kita semua tahu kot. Memang ada arak. Tapi bab cukai aku kurang pasti. Yang aku tahu semacam ada bayaran denda. Mungkin juga harussani menafsirkan ia sebagai cukai. 

Bab yang menyebabkan aku confuse ialah ;

- seolah-olah Nabi saw tidak membuat pengasingan cukai arak dan judi [andai benarlah kata2 mufti neh]

- seolah-olah judi bercukai wujud ketika Nabi saw memerintah

- seolah-olah mufti perak tidak kesah wang gaji nya bersumberkan arak dan judi.

- daripada menegur kecuaian kerajaan, mufti perak memilih untuk membela pula perbuatan kerajaan [jika benar apa yang diperkatakan oleh mat taliban].

Pandangan aku, harussani kena buktikan kata2 dia. Dan bagi aku memang kurang sesuai kata2 mat taliban seperti dalam video neh kurang sesuai bukan pasal dia panggil harussani sebagai haramsani, kurang sesuai sebab dia seolah2 melabelkan kakitangan kerajaan [khususnya] di perak makan wang haram. Tak boleh lah macam tue. Memang ramai gak yang backup dia tapi aku melihat benda neh dari konteks yang lebih luas. Sebab tue penggunaan ayat2 macam neh penceramah pas kena elakkan. 

Janganlah menanamkan imej sikap suka menghukum. Inilah yang membuatkan rakyat sukar nak terima pas. Mereka fikir pas parti suka menghukum dan haram segala bagai. Sepatutnya pas kena jadi pembimbing. Kalau mereka tersalah, maka didik lah mereka. Bukan lancar kata2 haramm.. itu haramm.. berdosaa masuk neraka jahanam.. adoii budak2 yg kurang ilmu agama daripada ada minat nak dengar terus lari. Malas nak dengar. 

Patut tambat ahti mereka. Bukan dok ketuk mereka. Pastu bising napa orang taknak undi pas. Padahal cara berceramah tue tak kena. Tengok cara tuan guru nik aziz berceramah. Ada dia hukum orang? Tengok cara ustaz harun din berceramah? Ada dia label mufti kerajaan itu ini haram? takde kan? So.. penceramah2 pas kena ikutlah. Janganlah dok meroyan sakan. Tempat kita di akhirat pun kita taktahu kat mana. Sebab tue sikap suka menghukum neh kita kena buang. 

Pendek kata, kalau boleh tawan ahti rakyat dengan sikap kasih sayang. Masyarakat sekarang kekurangan kasih sayang dan perhatian. Lagi kita bubuh love di ahti mereka, insya-Allah lagi mereka terima perjuangan pas.


Ameno : harussani neh cam seronok plak pertahankan wang gaji dari sumber haram..

Share this

0 Comment to " Harussani : Zaman Rasullulah saw gaji juga dibayar guna wang arak dan judi. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...