Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 Jun 2011

Puspakom kini ada pemeriksaan tambahan yang melibatkan wang..


Mengikut pindaan itu yang berkuatkuasa 15 Jun ini, semua kereta terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru.

Pengusaha mendakwa tindakan itu hanya menguntungkan Puspakom, sebuah syarikat swasta yang diberikan monopoli bagi menjalankan perkhidmtan pemeriksaan berkomputer.

Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu yang juga dikenali sebagai B7 itu akan dikuatkuasakan selain pemeriksan wajib 4 perkara sekarang yang disebut B5.

Menurut setiausaha agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin, pemeriksaan B5 adalah mencukupi bagi melindungi pembeli.

“Peraturan baru ini tidak mempunyai matlamat. Pengguna (akan membayar) untuk keuntungan Puspakom,” dakwanya.

Khoo berkata kos tambahan kos juga akan terpaksa ditampung oleh kedua-dua pembeli dan juga penjual kerana pemeriksaan B7 menelan belanja RM90 di samping bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5.

Aku takmo ulas lanjut pasal neh. Aku pun tak pasti samada puspakom wajar dipersalahkan atas isu neh. Bagi aku takan suka2 puspakom tambahkan peraturan baru tanpa ada sebab yang munasabah? Tapi yelah aku bukan arif pun bab neh. Memandangkan yang complaint neh penguasaha kereta so mereka lebih faham lah apa yang mereka komplain kan tue dari aku sendiri.

Cuma tang bayaran tue aku tak gemar baca. Bagi aku ;

pemeriksaan tambahan = wang tambahan.

Nak minta tambahkan wang suka2 pun tak boleh. Mungkin kah 

pemeriksaan tambahan = untuk cover kenaikan pemeriksaan bayaran puspakom?

Aku tak mao lah tuduh2 tanpa bukti. Tapi aku sedikit sebanyak ada lah mengesyaki seperti itu. Kalau betul memang tak sedap di dengarlah. Sementelah penguasaha pun cakap benda tue takde matlamat..  so apa lagi?Lue fikirlah sendiri.

kah kah kah

nota : aku baru tahu puspakom swasta.. selama neh aku fikir under kerajaan.. hahaha.. lawaknya aku.

ameno : puspakom patut belajar sebut penyelarasan bayaran.. apa daaa.. astro dah buat macam tue..kerajaan pun dah mahirr takan puspakom cuak?

Share this

0 Comment to " Puspakom kini ada pemeriksaan tambahan yang melibatkan wang.. "

Catat Komen

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...