Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Jun 2011

Loji nuklear kini di malaysia.


Soklan : Adakah ko bantah loji nuklear di malaysia?

Tidak. Aku dapati teknologi ini bagus setelah membaca beberapa analisa daripada penulisan orang luar.

Soklan : So apa masalahnya TNB nak bina nuklear sekarang?

Banyak masalah. Aku tak percayakan ketelusan TNB dan kerajaan dalam menangani teknologi ini. Ikut pengalaman yang lepas2, aku dapati kes bumbung parlimen bocor pun berzaman pun kerajaan gagal atasi. Isu puduraya pun makan zaman baru settle itu pun baru2 neh bocor gak. Dan pelbagai lagi keruntuhan dan kemusnahan bangunan serta alam sekitar. Ini termasuk pendedahan mahathir bahawa terdapat sisa radioaktif yang masih tertanam di perak baru2 ini berikutan kontroversi kesan radiasi beberapa tahun yang lepas.

Dalam erti kata lain, aku tak percayakan kerajaan sekarang mampu menangani sebarang krisis yang bakal timbul andai berlaku apa2 kejadian kelak. Bagi aku kerajaan lebih suka ambil tindakan tutup dan timbus. Yakni tutup = rasuah untuk tutup mulut orang. Timbus = bom sampai mampos.

Selagi kerajaan ini berkuasa selagi itu aku tentang projek ini. Projek ini bagi aku perlu dikendalikan oleh kerajaan yang cekap, bebas dan telus.

Soklan : Ini projek swasta dan bukan kerajaan. Kerajaan tiada kuasa nak campur tangan.

Swasta pun tak boleh suka2 nak bertindak kalau tiada campurtangan kerajaan. Kelulusan, tapak, cukai, dan pelbagai kemudahan sudah pasti ada kaitan dengan kerajaan. Jika kerajaan mementingkan keuntungan material, walaupun projek ini bermasalah mereka tetap akan teruskan sebab mereka mencari profit bukan mencari kesejahteraan untuk rakyat. Lynas sudah membuktikan-nya.

Soklan : Projek ini akan dikendalikan oleh pakar luar negara.

Pakar luar ke, pakar dalam ke takde beza. Yang penting selagi kerajaan neh berkuasa selagi itu projek neh berbahaya kepada penduduk malaysia. Ini kerana kerajaan kita tidak telus dan gagal menangani krisis. Kalau berlaku krisis mereka hanya pandai campak masalah kat orang tapi taknak mengakui kelemahan diri. MRR2, bumbung stadium runtuh.. malahan isu portal 1pengguna yang menelan belanja rm1.4juta pun rakyat yang salah sebab mempersoalkan kewajaran kerajaan membelanjakan banyak wang untuk portal yang tiada sistem sekuriti dan mudah di hack. Heh

Soklan : Kadar elektrik akan berada di paras rendah jika loji nuklear terbina di malaysia.

Satu mimpi yang cukup indah. Jika kerajaan ambil alih kilang gula, harga gula akan jadi rendah. Tapi kenyataan-nya harga gula melambung2 juga. Jika kerajaan ambil alih tol, maka harga tol dapat dikurangkan. Tapi hakikatnya tempoh konsesi dipanjangkan ataupun naikkan cukai lain. Pendek kata apa sahaja yang kerajaan cakap adalah penipuan semata2. Harga elektrik tidak akan rendah di malaysia. Petrol dunia dan asia turun pun kerajaan tidak turunkan harga di malaysia malahan telah menaikkan harga petrol dan masih mahu naikkan lagi. Keuntungan berbillion2 petronas dan tnb hanya mampu dipandang oleh rakyat tetapi tidak dapat merasai. Berapa ramai malaysian yang tidak merasai nikmat klcc? Nikmat kl tower? Nikmat warisan merdeka mungkin? Apa pun yang kerajaan buat ialah untungkan kroni dan pinggirkan kita. Walaupun keluar di pelbagai media utama konon nya kerajaan bantu rakyat tapi pada hakikatnya kerajaan tidak bantu semua "rakyat" sebaliknya kerajaan cuma bantu rakyat time media massa membuat liputan untuk mencantikkan imej sendiri. Liputan solat asar pun dicanang di seluruh dunia walhal ketika dia berada di amerika hanya Allah swt yang tahu amalan nya. Pendek kata kerajaan mungkin mampu tipu rakyat, tetapi kerajaan tidak mampu tipu Allah swt. Dan hari pembalasan untuk kerajaan akan tiba samada cepat ataupun lambat.

Ameno : Perompak takboleh diberikan amanah beb.

Share this

0 Comment to " Loji nuklear kini di malaysia. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...