Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Jun 2011

Amanah Saham Malaysia [ASB] haram.


Pernah dengar pasal neh dulu. Tapi waktu tue aku bebal. Percaya bulat2 apa yang umno cakapkan. Tapi tadi nampak ada member main issue neh. So aku amek masa baca dalam blog UZAR. Rupanya ada macam2 pandangan. Di selangor sendiri ASB kategori tidak halal. Maksudnya kat sini hanya orang2 selangor je kot yang tak boleh melabur ASB ye tak? Ataupun jika korang berada di selangor maka korang takley melabur dalam ASB. Aku pun tak pasti mana yang tepat. Cuma apa yang aku nampak benda neh celaru. Sama je macam hukum rokok. Macam poco2. Semua pun celaru lagi mencelarukan.

Ikut statement yang aku petik dari blog uzar ;

fatwa perak ==>

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

fatwa selangor ==> tidak halal [rujuk dalam surat di atas]

Katakan aku orang selangor [memang orang selangor pun] dan aku datang ke perak [memang duduk kat perak pun] melabur dalam ASB apa pula hukum dia agak2 korang? Sejujurnya aku memang ada pelaburan ASB. Aku rasa ramai kot orang bumiputera ada.. ye tak?

Tengok bawah pula ;


PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB
Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Sekian, Wassalam

Ikut dari kefahaman aku lah kan.. maksud kata2 di atas ini ialah ;

1. Bila kita buat pinjaman dari bank contohnya maybank untuk tujuan melabur ASB hukum dia haram.

2. Kalau kita melabur ASB guna duit kita sendiri hukum dia pula berbeza2 ikut tafsiran ulama. 

Kalau korang tanya aku, aku petik ulama yang cakap hukumnya halal ataupun harus je bhai. Pasal aku ada kepentingan kat sini. Aku ada acc ASB. Korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan sekarang neh? Kalau aku boleh memilih tafsiran ulama, maka aku sudah tentu pilih yang paling dekat dengan kepentingan aku. Kalau haram melabur di selangor maka aku boleh lari dan melabur kat tempat lain. Korang nampak tak apa yang aku cuba terangkan neh?

Sebab tue aku cakap kalau macam neh cara majlis fatwa buat kerja.. ada baiknya dorang bersara. Aku bukan di posisi nak perli dorang bhai. Aku pun bukan di pihak yang nak memperkecilkan dorang. Apatah lagi nak mempersendakan ilmu dorang. Tapi sekarang neh aku di pihak yang celaru bhai. 

Bila aku masuk perak poco2 haram tapi ASB harus. Bila aku jejak selangor poco2 halal tapi ASB tidak halal. Time nak merokok keluar daerah selangor sket masuk lah area kl ke perak ke rokok dah jadi halal. Jadi kat sini lain2 negeri lain2 fatwa. Bila aku nampak member aku merokok dalam daerah pahang aku takley tegur sebab kat pahang rokok tidak difatwakan haram. Kalau nak tegur tunggu dia jejak selangor dulu. Majlis fatwa kebangsaan pun aku tak faham satu haramjadah fungsi dorang. Selain dari kasi orang celaru.. dorang cuma pandai bagi orang keliru. Buat hukum, tetap peraturan, tapi tiada kewajipan untuk menguatkuasakan apa yang telah diputuskan. Bila aku mempertikaikan fatwa bukan bermaksud aku pertikaikan hukum Allah swt bhai. 

Tapi aku pertikaikan cara penguatkuasaan fatwa itu sendiri. Kalau macam neh cara majlis fatwa berkerja.. alamatnya ramai lah orang islam biol cam aku. By the way kekawan yang nak melabur ASB boleh masuk perak. Kat perak pelaburan tue tidak haram.

kah kah kah

Lagi satu aku tahu sekarang neh ada satu skim yang mana kita pinjam wang dari maybank etc utk labur ASB tapi dalam masa yang sama kita takley dapat wang tue sehingga suatu tempoh tertentu. Dan tiap2 bulan kena bayar kat bank ikut amount yang dipersetujui. Yang neh aku tak pasti hukum dia apa. So jangan tanya aku. Korang leh tanya ulama kat tempat masing2. Ingat lain tempat lain hukum dia. Kalau nak yang tak haram, mai perak. 

kah kah kah

Sumber surat dari sini.

Ameno : celaru lagi mencelarukan..

Share this

0 Comment to " Amanah Saham Malaysia [ASB] haram. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...