Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Jun 2011

Anak najib kahwin pun guna duit rakyat ka?


"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.


"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimpinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.

Dari apa yang aku dapat fahamkan kenyataan kat atas neh ialah ;

1. Najib berhak menguruskan hal perkahwinan anak dia. Tapi dia kena ambil cuti. Uruskan lah puas2 ahti dia. Takde masalah. Takanlah nak uruskan perkahwinan anak pun satu kesalahan ye tak?

2. Tapi najib tak berhak guna dana awam untuk kepentingan keluarga dia. Takan lah bab balut hadiah pun suruh hantar orang? Itupun aku tak pasti orang apa. Kakitangan kerajaan ka? 

3. Najib kena pandai bezakan harta peribadi dan harta negara.

4. Najib kan orang kaya. Aku rasa bab2 kahwin meriah2 neh dia lebih dari mampu lah. Untung kasino pun bertahun tak lut.

5. Dah tue anak dia pun kahwin dengan orang kaya gak. So apa ke hal nya dia guna pesawat kerajaan untuk uruskan hal peribadi anak dia pula? Tah pape lah weh.

Yang kat bawah neh pula kenyataan khalid samad ;

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.

Aku sokong apa yang khalid samad cakap kan neh. Bukan kita dok marah najib nak uruskan hal perkahwinan anak dia. Cuma cara tue tak kena. Walaupun kita heran gak apasal dan2 je dalam 2,3 hari neh tiba2 projek dari kazakhstan masuk bertubi2.

Kah kah kah

Lantaklah.. asal takde penyelewengan sudah.

Ameno : Orang kaya kedekut rupanya..

Share this

0 Comment to " Anak najib kahwin pun guna duit rakyat ka? "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...