Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Kristian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kristian. Papar semua catatan

Ahad, 25 September 2011

Kristian lue kecoh napa nak sokong hudud?

Kristian cari pasal weh!!!


Kita mesti demo besar-besaran!!!


Aku nak minta tolong perkasa dan pemuda umno untuk anjurkan demo protes hentam kristian yang sokong hudud di malaysia. facky dowh facky. Lue sapa kristian yang nak semak2 dalam urusan hudud neh? lue sapa??? piem najib cakap no, tue maksudnya no larh. Yang lue tak faham napa? Ini sudah lebih. Lue sudah bikin gua panassss...


Baca bawah neh ;





Despite the MCA and Gerakan rushing to condemn PAS for restating its long-standing aspiration to introduce hudud law in Kelantan, Christians leaders say there was nothing with such a plan. In fact, all followers of any religion should be encouraged to strive to strengthen their faith, so long as they did not impinge on the rights of others.
"That is the most important thing, to ensure that the rights of other faiths are fully protected. Then what is wrong with hudud in Kelantan or any other state for that matter?" Ramon Navaratnam, past president of Transparency International and a lay Christian leader, told Malaysia Chronicle.



Gila larh dorang. Dah makin menjadi2 plak lawan najib. Sibuk sangat dalam urusan orang islam. Dah larh hari tue sibuk bantu umat islam yang miskin bagai. Sekarang sibuk sokong pelaksanaan hudud. Dorang neh napa suka sangat cari pasal? Tolong larh perkasa dan pemuda umno, korang larh juara umat islam dan wira umat islam. Kepada korang larh kami sandarkan harapan untuk mentarbiah masyarakat kristian agar dorang jangan sokong pelaksanaan hudud di malaysia. 


Sebab bila dorang sokong hudud ini bererti dorang tak sokong najib. Ini derhaka pada pemimpin dan pemerintah. Dosa besar bhai. Dosa.. tak caya korang tanya jamil khir, ulama muda umno dan mashitah. Jangan main2 dorang ulama whorr.. ilmu agama tinggi whorr..  Baru padan muka korang. 


Sokong najib bersatu umat islam dan melayu kita tolak hudud habis2an di malaysia. Najib mesti boleh, dan hudud tak boleh!!!


kah kah kah


kah kah kah kah


kah kah kah kah kah


Ameno : terduduk kaoo

Isnin, 18 Julai 2011

Najib masuk gereja? Normal lah beb!


Ini ialah gambar najib. Dalam gambar neh najib memberikan hadiah kepada pope. Ingat keyword utama disini. Iaitu ;

1. Gambar najib, bukan gambar khalid samad.

2. Najib bagi hadiah, bukan nik aziz bagi hadiah

Ya ulang balik gambar najib sedang memberikan hadiah kepada pope. Bagus. Menjalin hubungan baik dengan ketua agama kristian. Sesuatu yang aku mesti puji. Aku suka kepada kerjasama dan budaya tolenrasi. Walaupun kita berbeza agama tetapi itu tak menjadikan kita kena maki kristian segala bagai dan begitulah sebaliknya. Kita kena belajar respect dan kena belajar sayangi penganut agama lain.

Ikut konspirasi blogger umno andai najib ialah pemimpin pakatan rakyat maka ;

1. Najib jual malaysia kepada pope.

2. Najib nak bina negara kristian.

3. Najib nak tukarkan agama rasmi islam kepada kristian.

4. Najib menganuti kristian.

5. Najib agent kristian.

Itu ikut konspirasi blogger umno totok. Tetapi aku bukan blogger umno yang bebal. Aku ialah blogger indi yang bijaksana. Aku baru dapat anugerah brilliantic daripada diri aku sendiri. Sama macam ibrahim ali. Dia boleh suka2 buat anugerah ibrahim ali dan suka2 pilih pemenang. Dan aku pun boleh suka2 buat anugerah dan suka2 pilih pemenang which is diri aku sendiri lah pemenangnya. Heh.

Disebabkan kebijaksanaan aku neh lah aku berharap sangat yang blogger umno haruslah tutup muka diri sendiri sekarang. Tutup lah muka masing2. Kalau boleh bunuh diri lagi bagus. Agak seronok melihat korang mampos. Opsss.. kejujuran aku memang tiada batasan beb. Heh.

Kalau najib boleh masuk gereja dan menjalin hubungan yang baik dengan pope dan kami menerima ia sebagai kelangsungan hidup bermasyarakat apa sebab khalid samad dan nik aziz dicerca bila melakukan apa yang najib buat? Simple. Samada korang bunuh diri ataupun buat entry panas, kutuk najib sebagaimana korang kutuk khalid samad dan nik aziz. Ataupun kalau korang tak malu sangat aku cadangkan korang naik ke bangunan sprm. Biar sprm je tolong korang mampos. Itu percuma. Aku yakin beb. Heh.

Kah kah kah

Ameno : minum arak dulu dengan parpu sebelum bunuh diri okey..  

[ADS] Wehh proton persona buat iklan lagi. Dorang nak perkenalkan duta dorang kat sini


Tolong aku menang IPAD2 kat sini. Jasa kekawan amatlah dihargai. Via fb je. Contest hampir nak tamat dah. Thanks.

Ahad, 15 Mei 2011

Isu Kristian agama rasmi : Ibrahim Ali : 'Kalau nak perang salib boleh'

“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. “Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin. 


“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.
 


Apa menda lah si katak neh merapu sakan. Nak perang konon. Perang lah dengan umno dulu. Ini akidah umat islam pun di lanyak2. Macam af, mentor dan segala bagai hiburan tue. Neh ada ahti nak perang dengan kristian. Macamlah kristian tue kacau kau. Dorang buat kerja2 dakyah dorang. Bila masa dorang sibuk anjur konsert sana sini. 

Yang muslimah seksi pun bersepah. Ada yang bogel terang2 dalam filem atas nama watak. Yang itu ko taknak perang pula? Bodoh sial katak neh. Kan aku dah mencarut. Bukan aku nak defend kristian. Tapi cara ibrahim ali neh memang sial gila. Saja nak wujudkan sentimen keagamaan bagi orang kristian benci islam. Sial betul lah dia neh.

Bila orang kristian baca statement katak gila neh sah2 dorang akan pandang negatif kat orang islam. Kalau dorang dok pandang negatif kat ibrahim ali je takpe. Apa aku ada kesah. Gi lah mampos sama dia. Tapi masalahnya seluruh umat islam akan terheret sekali di atas kebangangan katak neh. Dah pihak gereja menafikan bahawa mereka tiada hasrat untuk menjadikan agama rasmi malaysia ialah kristian, maka ko terima je lah. Kalau ko rasa mereka ada agenda macam tue ko dedahkan je lah bukti. Pita rakaman di tangan polis sekarang. Apsal polis taknak dedahkan kandungan terbabit? Pernah ko peduli?

Lagipun bab2 ikrar neh isu peribadi. Semua penganut pun akan berikrar untuk menegakkan agama masing2. Kristian begitu. Buddha begitu. Islam juga begitu. Apsal kita boleh ada hak pula untuk campurtangan dalam ikrar peribadi dorang di majlis yang juga peribadi mereka?

Agak bohong lah kalau ko cakap ko tiada cita2 untuk mendakwahkan seluruh penganut kristian agar masuk islam. Mungkin juga ko tiada. Tak siapa tahu. Tapi aku suka kalau seluruh umat kristian di malaysia peluk agama islam. Sebab mereka paling dekat dengan fahaman dan ajaran islam sebenarnya. Dan aktiviti2 dakyah kristian di sarawak dan sabah dimatikan. Cita2 tue aku ada. Tapi biasalah. Ini memang cita2 normal bagi orang islam. 

Bagi org kristian mereka pun ada cita2 gak. Tapi kenapa pula kita ada hak untuk kawal cita2 mereka? Cita2 dan pelan taktikal mereka semua adalah sah selagi mana ia tak bercanggahan dengan undang2 di malaysia. Soal akidah umat islam, itu kita kena atasi sendiri. Kalau kita asyik menyalah kristian 24 jam itu ini memang sangat2 tak patut. Padahal yang buat mentor tue orang melayu. Yang layan idola kecil pun orang melayu. Yang dok sms rajalawak pun orang melayu. Yang dok meroyan menangis2 tengok af pun orang melayu bhai. Dah tue kalau orang melayu + islam sendiri yang pilih jalan untuk hidup SESAT ko nak salahkan KRISTIAN pula buat apa?

Ini memang strategi mereka. Kalau dah tahu perangi lah guna akal bahlol. Yang ko sibuk nak perang2 pastu tanamkan sikap kebencian kepada mereka buat apa? Kristian dan islam memang lah berbeza. Takan boleh bersama sampai bila2. Yang haq adalah haq. Tak mao nya bercampur dengan batil. Tapi itu tak bermaksud yang kita kena gunakan peperangan untuk menegakkan hujah masing2. Jalan perdebatan dan dialog kan ada. Kenapa tidak gunakan pendekatan tue? Kenapa perlu bermusuhan dengan kristian pula? Kenapa mesti nak membenci orang kristian pula?

Inilah sikap tipikal melayu bangang bebal tak sudah. Yang terang2 maksiat dia taknak tegur. Dia taknak perangi. Dia taknak peduli. Yang benda tak pasti kesahihannya dia marah segala bagai. Mana tak kena gelak umat islam malaysia bhai. Macam mana tak gelak? Macam mana tak kena ejek? Macam mana tak kena hina?

Pasal minda dorang neh bebal. Benda yang sah2 SALAH, HARAM, BERDOSA, dorang buat derk je. 

Oii pasangan que haidar dan bini dia pergi majlis yang ada arak bhai. Cuba kasi warning sket kat artis2 macam neh tindakan dorang tue salah..

Mana suara menteri? Entah. Dah mampos ke rais yatim tue? Takan takde penganti?

Oiii nurul ain bogel bhai dalam majalah dan filem. Seksi gila. Menteri pls pls pls take note dan bagi amaran sket.

Mana suara menteri? Entah. Dah mampos agaknya mereka semua. Jamil khir pula buta huruf. Tak reti membaca der komen2 neh.

Oiii majalah mangga menjana seksi kelucahan terlampau bhai.. cuba tarik permit dorang tue. Majalah org islam apa macam tue.. playboy gile..

Mana suara menteri? Takde. Dah mampos. Semua menteri2 islam di malaysia neh dah mampos. Yang hidup ialah menteri2 kristian. So kita perang je lah dengan kristian. Dah angkat senjata masing2? Jom salib!

Ameno : Kristian pun lagi bagus dari ibrahim ali.

Khamis, 12 Mei 2011

Agenda kristian untuk orang melayu malaysia.

Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.

Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;






Gerakan mereka terancang bhai. Aku pun terkejut. Tapi bukan nak maki hamun mereka. Sebaliknya memikirkan macam mana kita tak boleh buat dan fikir macam yang mereka fikirkan. Di manakah kita selama neh? Tidur atau merasa selesa kerana islam agama rasmi yang tak boleh di ubah oleh perlembagaan? Islam sebagai agama rasmi memang tak boleh ubah dalam perlembagaan negara buat masakini. Tetapi akidah umat islam bukan macam buku perlembagaan yang tersimpan rapi dalam perlembagaan. Akidah umat islam ialah sesuatu yang halus. Setiap saat kita terbuka untuk berpaling dari menyembah Allah swt kepada ISA selagi kita belum mati.

Tanpa perlu ubah perlembagaan negara, islam belum tentu kekal di malaysia. Apa yang perlu mereka ubah cuma akidah umat islam. Di atas neh sesuatu perkara yang aku rasa nak terpeliot ble baca. Tak sangka begitu tersusun dan bagusnya mereka dalam menjalankan kegiatan dakwah. Ianya bersistematik dan dipantau dari semasa ke semasa. Untuk tidak merasa kagum aku rasa sangat mustahil. Melihatkan usaha dan kesungguhan mereka aku benar2 terpaut. Alangkah bagusnya jika gerakan islam juga seperti ini. Aku tahu memang ada banyak gerakan islam macam neh. Yang menjadi tak bagusnya kegiatan dakwah islam tidak menyeluruh kerana kekangan pihak2 tertentu. 

Kalau dilihat dari stastistik di atas, jelas agenda kristian itu tidak dibawa oleh orang tempatan [rakyat malaysia]. Sebaliknya ia dibawa oleh orang luar. Dari negara mana dan gerakan apa, aku kurang pasti. Tetapi adakah pembinaan gereja terbesar di asia tenggara di bukit jalil merupakan salah satu agenda mereka? Aku taktahu. Hanya mereka yang tahu je boleh jawab. Mereka selangkah ke alam berdakyah secara bebas di malaysia. Di setiap hotel hampir wujud bible. Ini ilusi biasa. Menyalahkan bible dan kristian adalah fikiran yang bodoh.

Sebaliknya umat islam kena kuatkan lagi usaha2 dakwah dan kerja2 untuk membaikpulih akidah umat islam. Bayangkan umat islam hari neh tidak tahu mencukur kening itu haram. Malahan ada yang menganggap mewarnakan rambut guna pewarna rambut bersumberkan halal, hukum nya halal. Yang lebih sadis, ramai dikalangan mereka tidak bersolat. Apa yang lebih aneh, selalunya orang2 yang tak bersolat neh lah yang akan naik marah terlebih dahulu bila tahu bab2 macam neh. Heh.

Cuma aku aku heran, bila solat pun tinggal, apakah layak di gelar orang islam? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Bina masjid besar bersebelahan gereja. Mari kita usaha lebih keras dari mereka.. hehehe.


Isnin, 9 Mei 2011

Hot : Sambut hari ibu haram!

Isu neh panas beb. Aku sendiri pun blur. Malahan aku taktahu nak cakap apa. Walaubagaimana pun meluahkan disini bukan bermaksud aku menidakkan apa2 keputusan yang dibuat oleh ahli agama. Sekadar meluahkan beberapa perkara yang menjadi persoalan2 aku supaya perkara ini berjumpa dengan jawapan nya kelak.

Hah? Apa nama? Kalau ustaz cakap dah haram tue haram lah beb. Yang ko sibuk persoalkan napa. Ko fikir ko tue sapa? Hebat sangat ke bab2 agama neh?

Hek eley.. gua sedar lah gua tak pandai bab2 agama bhai. Pasal tue gua cakap tadi, gua tanya. Gua tanya untuk dapatkan kepastian. Gua bukan letak conclusion kat sini beb. Gua berhak tanya pasal benda neh meragu2kan diri gua. So what? Sejak bila pertanyaan itu menjadi suatu keharaman pula buat umat islam? Sesi tanya bertanya neh akan merungkaikan pelbagai masalah dan mendatangkan kefahaman kelak.So aku punya pasal lah aku nak tanya pun supaya aku boleh faham kenapa hari ibu neh haram! Ada faham?

Benda neh sebenarnya aku dah terbaca 3,4 hari yang lepas. Cuma tak nampak lagi bukti bahawa ustaz sendiri cakap perkara tue haram. Then bila aku nampak bukti itu sendiri, so aku terkalut banyak. Bukan sebentar atau sedikit. Tapi banyak bhai. Lihat bawah ;

Hait. Hukum sambut hari ibu haram? Haram? Apa dia? Haram. Jap. Apa? Haram.. whorr haram. Haram ke? Semuslim malaysia sambut hari ibu neh beb. Ahli pas pun sambut. Siyes. Nak tipu apa. Pemimpin pas pun ada wish kot kat fb dan twitter masing2. [kot aje ye, bukan aku cakap ada, aku cakap KOT]. So haram ke perkara neh?

Kenapa haram? Sebab ada kaitan dengan kristian? Whorr.. okey fine itu pandangan ustaz. Sudah tentulah ustaz neh bukan main pandai2 ulas. Sudah tentulah ustaz neh mempunyai ilmu agama yang tinggi. Siapalah kita nak dibandingkan dengan ilmu ustaz neh. Namun di bawah ini ialah persoalan2 yang terbit dari benak aku. Jangan marah bhai. Aku cuma nak cari jawapan. Aku tahu ramai orang cerdik agama ada fb. Ada twitter. Ada belog. Mungkin korang leh bantu aku seek jawapan kepada persoalan2 aku kat bawah neh ;

1. Apakah benar hari ibu neh ada kaitan dengan umat kristian? Adakah ia benar2 berasal dari kristian [agama] ataupun dari manusia yang menganuti kristian [budaya]? 

Contohnya macam neh, aku cipta tanglung. Kebetulan aku orang islam. Dan ciptaan tanglung aku popular. Setelah zaman berlalu, tiba2 orang kristian cakap tanglung haram sbb ada kaitan dengan org islam. Hait.. ketika aku menciptakan tanglung aku tak expect pun ia akan dikaitkan dengan agama aku, sekadar nak menyatukan seluruh umat manusia bermain tanglung sama2 semoga mereka boleh bermuafakatan. Itu je. So kat sini aku nak tahu. Kenapa hari ibu neh haram? Haram sbb ia memang berasal dari agama kristian ataupun haram kena dia diasaskan oleh penganut kristian? So facebook, patut haram juga? Ini pertanyaan ye.

2.Aku tak rasa hari ibu neh menjurus kepada kemungkaran apabila kita menyambutnya. Memang lah orang kata hari2 ialah hari ibu. Betul ke hari2 dorang sambut hari ibu pun? Heh. Tapi salah ke peruntukan satu hari khusus untuk sambut ibu masing2 secara besaran2? Ia diadakan supaya perkara ini boleh meluas. Hari neh aku, ko, kita dan seluruh manusia celebrate ibu masing2.. so apa masalahnya kalau begitu? Bukan nya ada roh2 kristian pun kan? Yang aku tahu ada roh2 keuntungan. Peniaga mencari keuntungan dengan menjual hadiah hari ibu. Heh.

Jadi kenapa tidak amek yang baik [niat sambut ibu] dan buang yang keruh [diasaskan oleh penganut kristian]. Bukan kah penganut kristian juga ialah manusia ciptaan Allah swt?Adakah jika hari ibu ini dicipta oleh orang islam maka ia dibolehkan? Jika ya mari kita jadikan 8 jun sebagai hari ibu untuk orang islam.

Aku siyeslah semakin binggung dengan benda2 macam neh. Benda yang aku rasa ianya tak memudaratkan orang islam tak patutlah kita fikir terlalu jauh dan terlalu dalam. Ini pandangan aku lah. Tapi aku tahu korang memang hebat. Sudah tentu pandangan korang pun hebat gak. Heh.


Nota : Sambutan hari ibu bukan bererti sayang ibu satu hari. Tiap2 hari sayang ibu cuma pengkhususan 1 hari untuk meraikan ibu. Ker korang tiap2 hari celebrate ibu bawa pergi dinner dan etc? Heh.


Ini nota yang mengatakan sambutan hari ibu adalah haram. 


Di dalam wall ustaz ramai mengatakan bahawa sambutan hari ibu haram kerana ustaz yang cakap.. salah satunya ialah ini ;



Memandangkan ada yang bertanya, maka aku nak bagitau yang aku dah pastekan link blog ini di wall ustaz. Sorry, ini cuma pertanyaan aku kepada ustaz. Yang korang naik marah kenapa pula der? Hehhehe.. balon2 jangan tak balon..

3 soklan aku kepada ustaz ;

1. ustaz, kenapa tak boleh sambut hari ibu? apakah bukti wikipedia layak digunakan untuk menjadi saksi bahawa hari ibu ada kaitan dengan kristian? saya meragui sumber2 dari wiki dan saya mengesyaki bahawa wiki digubal untuk membuatkan kristian dan islam salingbercakaran seterusnya yahudi [org yg tidak beragama] mengambil kesempatan di atas peperangan itu.


2. Merujuk kepada kata2 ustaz di atas ; apakah majlis fatwa kebangsaan patut membincangkan isu neh? Jika haram, maka katakan terus terang dan begitulah sebaliknya. Kalau kita sayangkan akidah umat islam, kita tak boleh lah cakap macam neh kan? 

‎[Ustaz Azhar Idrus ( Original )]~ hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan.. siapa yg rasa takut rosak akidahnya sebab raikan hari besar kristian ini.. jgn sambut.. -semua fatwa yg bercanggah dgn nas quran dan hadith adalah terbatal secara otomatik.
Siapa nak sambut silakan? saya beranggapan ayat ini tidak ditulis oleh ustaz sendiri.

3. Apakah tindakan ustaz jika suatu masa kelak, kristian menafikan hari ibu ada kaitan dengan mereka? Adakah hari ibu neh dibolehkan sambut ataupun kita patut tukar hari ibu kepada hari yang lain? 


Ramai yang saya lihat kurang jelas mengenai sambutan hari ibu. Sambutan hari ibu ialah satu hari yang digunakan untuk meraikan ibu. Bukan bermasksud sayang ibu satu hari je.  Semoga ustaz boleh merungkai persoalan2 saya. Terima kasih ustaz.



Ameno : Seme benda ada kaitan dengan kristian..lama2 org kristian malaysia bunuh diri kot.. seme benda yang org islam tak leh sambut dikaitkan dengan kristian.. aisehmen..

Ahad, 8 Mei 2011

Zulkifli nordin : Rampas kedudukan islam wujud!


Pendedahan neh dibuat oleh zulkifli nordin 110%. Heh. Bila aku baca dan teliti kan ayat2 dia kat atas tak ubah macam dia buat statement politik, bukan statement atas wujud dasar kesedaran dia sebagai orang islam.

Point dia kat atas neh ialah ;

1. Dia cakap gerakan untuk merampas kedudukan islam sebagai agama rasmi di malaysia wujud.

Fine. Apa nama gerakan tue? Why not ko dedahkan kepada public?

2. Gerakan neh wujud sejak setahun yang lalu. Mereka bergerak secara senyap untuk hakis islam di malaysia.

Okey fine, bila ko tahu dan kenapa baru ko dedahkan sekarang? Seline pula dengan isu kristian neh. Pandai ko pilih timing. Heh. Dan2 gerakan tue ditubuhkan sejak setahun yang lalu. Apsal tak cakap je pada 8 mac 2008? Senang sket aku nak blame pr dalam isu neh. Hehehe..

3. Zul cakap perjuangan gerakan tue sama macam tuntutan pihak pembangkang kepada IFC.

Kah kah kah. Cakap pembangkang tue baik2 sikit woit. Bila masa pula PEMBANGKANG yang menuntut haramjadah merepek punya tuntutan tue? Hoii yang aku tahu cuma ahli dap je kecoh2 pasal tue. PKR dan PAS takde kena mengena pun. Malahan mca dan mic pun ada memekik isu tue apa. Tapi dorang [dap, mca, mic] tak terlibat secara langsung [jika secara diam2 aku tak sure] tuntutan2 merepek tue.  Itupun isu nya diperbesar2kan. Bagi mencari amarah org islam dan bukan islam. Kah kah kah. Dan2 pembangkang ada kaitan pula dengan tuntutan tak munasabah pada IFC neh pula. Kah kah kah.. Adoiii zul2 ko neh memang mulut suka fitnah.

4. Zul cakap gerakan tersebut menuntut budak umur 18 tahun haruslah dibiarkan bebas / tidak beragama sehingga mereka memilih untuk beragama kelak. 

Memang perkara neh wujud. Tapi bukan kisah tahun lepas. Neh bertahun2 punya kisah. Dan ia wujud akibat kelemahan sistem pentadbiran dan undang2 di malaysia which is yang pegang kedua2 perkara tersebut sejak dulu lagi ialah bn dan umno. Kah kah kah. Apahal lak PR yang di blame kan secara tiba2 neh? Bangang punya zul!

5. Zul cakap gerakan neh juga menuntut agar persatuan agama diwujudkan di sekolah2 rendah dan menengah.

Aku rasa zul neh biol kot. Sejak aku sekolah dari kecik lagi persatuan budda, persatuan kristian, persatuan agama islam dah memang wujud di sekolah2. Haitt. anak dia tak pergi sekolah ka apa? Kalau sekolah agama tue memang lah takde persatuan2 macam neh. Tapi bagi aku yang bersekolah di sekolah majoriti cina persatuan2 neh dah mmg wujud. Dah lama dah. Dah berzaman. Hehehe..

6. Zul cakap ada ahli parlimen yang memperjuangkan tuntutan gerakan tersebut.

Bagus. Aku pun nak tahu sapa. Dedahkan lah nama ahli parlimen tue. Berani kerana benar takut kerana salah kan zul kan? Itulah yang dia selalu laung2kan di belog dia. Kah kah kah..

Ameno : Menakut2kan org islam + melayu = budaya umno. period!

Hot : Isu kristian, lim guan eng guna taktik untuk raih sokongan!!

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

kan aku dah cakap. Mesti dap kena balon kaw2 punyalah atas isu neh. Takde pasey buat pasey. Korang tengok bawah neh ;

Korang baca lah semua. Aku takley highlightkan perenggan penting because aku kat cybercafe neh. Entah berapa tahun aku tak layan cc neh. Kalau bukan pasal nak scan haramjadah aku nak masuk cc. Hehehee..

Point lawak ;

1. Perkasa report polis. Kalau nak tahu berita pasal neh cuma baru keluar semalam di utusan. Tapi jam 4 petang dah dekat 10 cawangan perkasa yang report polis. Aikkk? Awat cepat sangat bertindak neh? Tak dan tunggu bincang ka siasat ka apa ka terus report polis je. Hehehe.. ibaratnya macam neh, ko baca paper then terus ko report polis atas kenyataan paper terbabit. Entah betul entah tidak. takde pula dorang amek peduli. Tahu2 je report polis dan sensasikan depan tv. Heh.

2. Aminah abdullah yang claimed dia bekas ketua wanita pkr [entah betul entah tidak] cakap majlis kristian di pp adalah tindakan dinasti lim untuk raih sokongan penganut kristian. As far as aku concern, with or without convokesyen neh sekalipun non-muslim mmg cenderung support kepada pembankang. Tak kiralah dap ke, pkr ke, pas ke apa ke yang pasti sokongan kaum cina mmg dah kalih terus dari bn kepada pr. Kalau dap nak raih sokongan sangat baik dia buat majlis islam. Dah sah2 boleh raih sokongan org islam dan org melayu. Pasal org islam dan org melayu sekarang masih 50-50 antara pr dan bn!

3. Pehtue makcik neh cakap majlis neh adalah usahasama lim dengan paderi kristian. Hehehe.. malas aku nak cakap lebih2. Lantak lue lah makcik. Walhal utusan semalam melaporkan majlis neh diadakan setiap tahun. Dan2 tahun neh kecoh, pasal ahli dap ikut serta dan diadakan di pulau pinang time dap ruling pp. Kalau time gerakan ruling pp dulu takmo pula kecoh bagai nak masa tue. Hehehee.. makcik selamat hari ibu yer makcik.. buatlah lawak lagi hehehe..

Aku dah cakap dah kat sini, isu neh mesti dikaitkan dengan dap punya. Tengok malam neh punya berita. Lagi panas kat tv3. Hehehe..

Ameno : Bikin islam dan kristian panas je. Bodoh nya manusia!

Sabtu, 7 Mei 2011

Hot : DAP anjur kristian jadi agama rasmi!

Tajuk panas bhai. Patut utusan buat tajuk macam yang aku buat. Barulah direct orang maley [umno] boleh benci dap tanpa ragu-ragu. Lagipun itu memang sikap orang maley. Orang melayu dan islam tak sikap tue. Heh. Baca bawah ;


PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog', bigdogdotcom.wordpress.menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.


Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.

Utusan secara sedar atau tidak sedar sebenarnya telah mendedahkan kelemahan kerajaan persekutuan. Bukan aku nak tuduh sebarangan. Ini jelas aku nampak menerusi penulisan mereka di atas neh. Mari aku terangkan kepada korang ;

1. Jeff oi nafi dia anjurkan majlis tersebut. Dan dia juga cakap perkara neh telah dirakam. Wartawan utusan sudah tentu boleh access rakaman tersebut dari pihak polis sebab utusan, polis dan kerajaan umno boleh digelar satu komuniti. Satu geng. Dan satu kapla. Bukan kerja sukar bagi mereka, so dengarlah rakaman terbabit. Apa susah?

2. Jeff oi cuma nafi anjur tapi tidak pula dia menafikan niat paderi kristian untuk menjadikan kristian agama rasmi di malaysia. Niat paderi kristian ini adalah niat yang normal. Sebagaimana kristianer berhajat menjadikan kristian sebagai agama rasmi, seperti itu jugalah umat islam [pas] berhajat menjadikan malaysia negara islam. Islam sebagai agama rasmi tidak mencukupi. Kerana islam bukan sekadar agama. Islam ialah satu sistem yang mampu mengatasi kelemahan dasar sekular, sosialis, komunis, dan demokrasi. Inilah hakikat yang ramai orang islam dan orang bukan islam tidak faham. 

Namun Ini bukanlah isu kepartian. Mengaitkan perkara ini dengan parti akan membawa beberapa perkara buruk di mana ;

2.1 Orang2 kristian akan rasa geram kerana seolah2 kerajaan [utusan] mempermain2kan majlis yang mereka anjurkan. Sudah tentu mereka marah kerana utusan memperbesar2kan majlis mereka semata-mata ada ahli dap yang datang ke majlis tersebut sedangkan majlis mereka ialah majlis keagamaan bukan majlis politik. Dan normallah kalau ada ahli politik menganuti kristian sebagai agama di malaysia. Kenapa bila ahli dap jadi kristian maka ia satu isu yang besar pula?

2.2 Umat islam akan merasa tidak selesa kerana cara berita ini ditulis. kita umat islam sudah tentu jelas bahawa kristian dan islam ialah dua agama yang sentiasa akan bercanggahan. Benda neh dah berlarutan dari dulu lagi. Sesungguhnya umat islam dan kristian hanya akan berperang. Samada mereka berperang cara baik [debat, dialog, anjur majlis] ataupun berperang cara kasar [bakar gereja, bom masjid]. Anda pilih.

2.3 Orang islam dan orang kristian yang tidak tahu apa-apa akan saling benci membenci. Padahal mereka tak sedar yang kerajaan cuma nak mewujudkan sentimen keagamaan bagi mengekalkan kuasa mereka. Lagipun menjadikan kristian sebagai agama rasmi hampir sahaja mustahil sekurang-kurangnya untuk masa terdekat neh sebab pdrm, tentera, sultan semua nya dipegang oleh orang melayu. Menukar perlembagaan bukan nya macam menukar baju. Ia perlukan masa dan persetujuan. Yang mana memang takde lah orang islam nak bersetuju atas perkara neh pun. Lagipun perkara neh bukanlah sesuatu yang orang kristian nak hairankan. Walaupun kristian bukan agama rasmi di malaysia mereka tetap bebas berdakyah di mana-mana sahaja berbanding orang islam yang mana nasib mereka akan berakhir di dalam tahanan ISA. Heh.

3. Sepertimana yang dinyatakan oleh utusan, majlis ini di anjurkan setiap tahun. Apa yang membuatkan majlis ini terlihat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya? Ikrar kristianer menjadikan kristian sebagai agama rasmi di malaysia? Ini bukan perkara baru beb. Ini normal. Ini wujud di mana2 negara sekalipun. Paderi kristian berikrar menjadikan kristian sebagai agama rasmi. Dan orang islam berikrar menjadikan islam sebagai agama rasmi. Ini ikrar peribadi. 

Apakah kita boleh melarang ikrar mereka kini? Sudah tentulah tidak. Ikrar itu ini adalah hak masing2. Cara mana kita nak menghalang ikrar mereka jadi kenyataan ialah dengan memperkuatkan akidah umat islam. Itu je. Kalau akidah umat islam dah kuat dan akidah yang kuat ini akan menarik minat orang bukan islam pula. Inilah medium dakwah terbaik. Bukannya pergi menyibuk dan memerangi majlis orang kristian. Apatah lagi majlis itu bukan perkara yang dilarang dalam negara ini. Yang sibuk potpet2 pasal ikrar paderi kristian buat apa? Padahal cara hidup sendiri pun tak macam orang islam. Heh.

4. Kemudian utusan mencanangkan pula agenda cauvinis dap. Apa kena mengena cauvinis dap dengan agama kristian. Mengaitkan cauvinis dengan kristian adalah perkara yang pelik disini. Orang kristian kalau mereka beramal dengan ajaran kristian mereka tiada sikap cauvinis lah. Korang tak pernah kawan ke dengan orang kristian? Adoii.. pergi cari satu lah. Aku kenal banyak. Cauvinis dan kristian bukanlah satu komuniti yang boleh menjadi segeng. 

5. Kemudian utusan melaporkan dap menyerapkan perasaan benci mereka ketika berpolitik. Entahlah betul ke tidak susah aku nak jawab sebab aku bukan dap. Tapi dari apa yang aku lihat sekarang di kaca tv ialah ;

-  rtm pada 3 hari lepas menyemai perasaan benci orang melayu kepada pas dan dap pada pukul 7.30 pagi melalui satu rancangan akhbar dan.. apa tah aku lupa.

- rtm pada tengahari juga pada hari yang sama memainkan perkara yang lebih kurang sama dengan memainkan satu rakaman yang menunjukkan dap dan pas ialah parti perosak dan pengkhianat malaysia.

- Buletin utama semalam dan kelmarin telah menyerapkan sentimen kebencian kepada kaum cina dan dap.Mca malahan mengutuk sekeras-kerasnya dasar perjuangan dap di dalam tv3.

Itu belum masuk paper dan vcd yang diedarkan lagi. Jika diperhatikan apa yang aku lihat dalam setahun dua neh aku dapat merasakan bahawa yang menyemai perasaan benci itu ialah bn.

Daripada pengalaman aku memerhatikan sikap orang2 cina di malaysia neh aku dapati bahawa komuniti cina neh suka membantu orang. Macam mca dan dap. Apa yang membuatkan mereka dilihat kehadapan ialah kerana sikap mereka yang cepat membantu rakyat apabila bantuan diperlukan. Tetapi jika kes itu berkaitan dengan agama ataupun umat islam, memang mereka teragak-agak nak bantu. Mungkin sentimen keagamaan membataskan keterbukaan mereka. Mungkin juga bimbang persepsi serong yang timbul jika mereka membantu orang islam atas perkara2 khusus yang berkaitan islam.

Tetapi PAS tidak sebegitu. Kita, PAS bersama ahli kelab penyokong bukan islam pas, seringkali memberikan bantuan tanpa kira paksi agama. Bagi membuatkan semua orang merasa selesa dan aman damai, maka aku berharap PAS boleh membuka keahlian mereka kepada bukan islam dan meletakkan calon bukan islam di dalam kawasan2 tertentu. Bukan apa, kalau sentimen keagamaan dan perkauman terus dimainkan oleh bn, ini hanya akan mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat malaysia. 

Sudah sampai masa nya untuk PAS tampil ke hadapan menyelesaikan isu2 perkauman dan keagamaan yang sering dimainkan oleh umno dan bn. Tiada parti yang lebih bagus dari PAS yang boleh memerintah malaysia neh. Mari kita buktikan kepada orang islam, orang bukan islam dan orang kristian bahawa islam memayungi mereka semua tanpa kira apa parti, apa agama dan apa kaum sekalipun. 

Sebab apa? Sebab Allah swt bagi islam untuk kita, untuk semua umatNYA. Allah swt tidak cipta umat islam untuk mendera orang bukan islam dan begitulah sebaliknya. Ia adalah kelemahan manusia sendiri yang tak faham bahawa dasar islam melindungi manusia. Bukan melindungi orang islam sahaja. Ia melindungi semua manusia. Dan bila aku cakap ia manusia, ia termasuklah orang kristian sekali. 

Ameno : Islam for all.


Selasa, 12 April 2011

Hot : Harussani dah mula berani lawan najib!

Baca kenyataan bawah neh ;




Point penting ;

1. Tiada masalah jika bible diterbitkan dalam bahasa melayu.

2. Kalimah Allah swt tidak boleh wujud dalam bible tersebut.

Pendirian harussani neh sama macam pendirian harun din. Dan aku memang follow pendirian harun din sebab aku nampak kebimbangan harun din tue memang ada asasnya.

Ramai orang kristian tak faham sebab-sebab bible disita dua tahun lepas. Ini bukan isu bahasa. Ini konflik akidah. Kalimah Allah swt tertera di bible yang mereka import dari indonesia. Undang2 indonesia tak sama macam undang2 malaysia. So mereka kena akur lah.

Sebab tue aku kata, cetak je bible versi bahasa malaysia dan jangan guna kalimah Allah swt dalam bible tersebut. Masalah orang2 umno yang biol pula fikir bible bahasa melayu boleh menyesatkan orang. Isu sekarang bukan isu bahasa. Aku dah pernah tulis pasal neh, baca lanjut kat sini.

Aku harap harussani boleh bersikap terbuka lagi dengan menegur pelbagai kemungkaran kerajaan di bawah najib. Najib dan bn mana pernah berjuang demi islam. Mereka cuma gila kuasa je. Terbukti dari dulu.

Ameno : tv3 siar tak kenyataan neh agaknya?

Sabtu, 2 April 2011

Terkini : Bible bahasa melayu dah lulus di malaysia.

Penyokong umno mesti tengah ketuk-ketuk kepala dorang kat mana-mana batu yang berdekatan. Ini adalah kerana merekalah golongan yang paling menyampah dengan kewujudan bible bahasa melayu. Ketakutan yang melampaui itu aku tak tahu atas sebab apa. Biarlah mereka tafsir kepala hotak sendiri-sendiri. Heh..

Baca bawah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasaMelayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.


 “Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

"Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.





Point penting kat sini ialah ;

1. Ada 10 penyelesaian antara kristian-islam,

2. Idris jala cuma mendedahkan dua penyelesaian. Yang lagi lapan tue apa? 

3. Di semenanjung, kitab bible ditanda untuk penganut islam sahaja. Tetapi tidak di sabah dan sarawak. Kenapa? Orang islam kat sana dah pupus ataupun akidah mereka lebih kuat jika dibandingkan dengan akidah orang islam di semenanjung?

4. Kenapa idris jala hanya mengharapkan ia mendapat sambutan positif masyarakat kristian? Bagaimanapula dengan orang islam? Kalau negatif ataupun positif, idris jala tak kesah ke? Idris jala tak kesah ke pasal orang2 islam di malaysia neh?? Tak minta maaf pun pada umat islam? Heh.

Bagi aku sendiri, tidak salah untuk penganut kristian membaca bible bahasa melayu. Baca pandangan aku di sini. Cuma idris jala kena dedahkan 10 resolusi persefahaman antara islam-kristian. Aku nak tahu sangat, apa yang lagi lapan tue. Heh

Ameno : Idris jala neh dulu aku ingat melayu.. hahahaah

Jumaat, 18 Mac 2011

Hot! Paderi nak saman KDN sebab halang dakwah kristian di malaysia!


Hah.. amek ko! Padan muko! Dok sibuk halang orang PAS berdakwah.. macam-macam sekatan kerajaan umno buat. Padahal ble orang kristian nak berdakwah mereka diberikan full access untuk tujuan itu. Mereka tidak dihalang waima sedikit pun. La neh ble kerajaan dah mula sibuk nak halang, mereka boleh di saman-saman pula. Heh.

Hait.. tak boleh saman ka? Dalam perlembagaan sendiri kata..

kita bebas beragama dan mengamalkan kepercayaan masing2.
Barang siapa nak amal apa2 agama pun lantak lah..
rakyat malaysia neh bebas memilih kepercayaan
Nak dakwah ka apa ka lantak lah
namun islam agama rasmi

Rasmi apa nya kalau penganut islam tak boleh berdakwah sebebas penganut kristian?

Pernah kah kita dengar mufti ataupun alim ulama saman kerajaan sebab kerajaan halang orang islam berdakwah? Macam kes MAZA dulu yang kena serbu dengan jais isu takdak permit? Tak pernah youu..

Mati lagi lah ade beb. Macam kes ibrahim libya. Sampai ke nyawa, kerajaan kejar pendakwah-pendakwah islam di malaysia.

So la neh paderi mao saman kerajaan. Saman boleh berlaku sebab hak paderi tertakluk dalam perlembagaan. Mereka nak berdakwah kepada orang-orang bukan islam. Heh.

Kalau kristian boleh berdakwah dengan bebas di malaysia berbanding islam itu sendiri walaupun islam ialah agama rasmi.. maka tukarlah agama rasmi di malaysia. Tukar kepada kristian. Pali.. pali.. government.. pali..


Keputusan kerajaan untuk mengecop 'Untuk Kristian Sahaja' ke atas 5,100 alkitab Injil berbahasa Indonesia yang ditahan baru-baru ini mungkin dibawa ke mahkamah, kata seorang peguam.


Menurut Annou Xavier, beliau dihubungi oleh beberapa paderi yang bercadang mengheret Kementerian Dalam Negeri ke ke mahkamah kerana berpendapat hak mereka sebagai penganut agama Kristian telah dicabuli.

Katanya, cop berkenaan pada alkitab secara tidak langsung menafikan hak penganut Kristian bagi mengembangkan kepercayaan mereka kepada masyarakat bukan Islam.

Merujuk Artikel 11 (4) perlembagaan persekutuan, Annou berkata sekatan hanya adalah terhadap mengembangkan agama kepada masyarakat Islam tetapi tidak menyatakan apa-apa bila membabitkan masyarakat bukan Islam.

Artikel 11 (4) berbunyi: “Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Buat duit dengan churp-churp sekarang! 
Tomok ajak masuk contest conneto 

Ameno : Di malaysia, orang kristian bebas berdakwah.. mereka fikir mereka tidak bebas tetapi mereka tidak sedar yang mereka bebas.. yang tertindas dan masuk penjara itu ialah orang islam yang mao berdakwah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...