Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label pulau pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pulau pinang. Papar semua catatan

Selasa, 5 Februari 2013

BERSIH di konsert PSY anjuran BN.


Cadangan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng. LGE menyeru agar mereka2 yang ingin hadir ke konsert tersebut [rumah terbuka CNY] yang turut dihadiri oleh Najib Razak dan Rosmah Mansur sebagai tetamu VVIP agar memakai baju berwarna ;

1. MERAH = Untuk orang penang.

2. Kuning = Pendokong BERSIH.

3. Hijau = Pendokong anti LYNAS.

Sebenarnya ada banyak warna. Kenapa lue spesifickan kepada 3 warna neh jek? Bagaimana dengan oren? Dengan merah royalti? Bagi la idea bahawa pakaila baju apa2 pun janji ada kaitan dengan kempen2 ataupun perjuangan rakyat terhadap bn selama neh.

Letak warna2 tertentu. Agak bias disini. Tah hapa2. Apa pun bagi mereka yang nak hadir ke konsert PSY boleh la follow idea dari LGE tue. Tapi pendapat aku korang pakai je apa2 baju janji ada kena mengena dengan tema perjuangan. Pi mamposkan 3 warna syarat dari LGE tue. Tak best. Hehe. Bai.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Razali dan propaganda yang bebal.

Aku ternampak dan terbaca satu gambar yang aku rasa memang betul2 membebalkan razali ex dap tue. Siyes.


Sumber gambar : sini

Benda neh milosuam kata terpampang kat sekolah. Nama sekolah tatau. Kalau dapat tahu bagus gak. Boleh la kecam sekolah tue. Dan tentu2 yang tampal tue guru besar. Guru biasa2 takde pangkat tak bley buat seme neh tanpa kelulusan dari pengetua sekolah.

Ada ramai penyokong2 umno siyes percaya perkara2 di atas. Yang aku pelik percaya tanpa bukti pula tue.
 
Meh sini aku ajarkan korang supaya jangan benak.

1. Setiap minggu sekurang2nya 2 melayu murtad. So kenapa tak bawa melayu2 yang murtad tue depan press? Report kat jabatan agama islam? Hoiiii tue ada orang murtad tue. Apa lagi tarbiah la supaya dorang tak terus murtad.

Bodoh ke tak bodoh buat ayat tanpa fikir bahawa kita mesti tertanya2 perkara tersebut?

2. Razali pernah tidur gereja. So? Apa kaitan tidur di gereja dengan agama rasmi kristian pula? Apakah sesiapa pernah paksa dia untuk masuk dap? Apakah sesiapa pernah paksa dia untuk tidur di gereja? Yang buat diri sendiri apasal benda gini pun nak salahkan dap? Bodohnye.

3. Bagi la bukti sket LGE nak bagi razali rm1juta. Cuba check account bank LGE ada tak satu juta untuk diserahkan kepada razali. Dan cuba tanya razali kat mana perjumpaan tue berlaku. Siapa saksi. Siapa hadiri. Ada cctv tak di lokasi kejadian. Seme neh boleh menghasilkan bukti. Kenapa korang2 yang baca setiap apa yang terpapar kat atas neh tak pernah terfikir bahawa setiap tindakan kita akan tinggalkan bukti. So kalau sungguh LGE nak rasuah apasal razali tak bleh bagi bukti?

4. Isu azan tak pernah wujud di penang. Yang wujud hanyalah bacaan Alquran yang direndahkan suaranya sebelum subuh. Agak2lah nak menipu pun. Ka yang baca neh seme orang umno yang benak? Sebab tue main sedap jek taip?

Aku nak nasihatkan sikit penyokong2 umno. Aku takde masalah korang sokong umno. Tapi belajar la berfikir dengan kritis. Jangan la main percaya dengan setiap isu yang dipaparkan. Korang kan sekolah kerajaan. Korang kan belajar percuma. Korang kan merasa seme kebajikan yang umno bagi. Takan dah dapat seme benda tue masih tak mampu berfikir dengan kritis dan cerdik?

Katakanlah memang benar sekalipun DAP menyokong negara kristian. Tapi kenapa taknak bagi bukti yang konsisten dengan tuduhan tersebut? Kenapa taknak bagi bukti yang menyokong perkara tersebut? Walaupun isu itu benar kalau bukti tidak benar ia akan tetap tidak benar. 

Apatah lagi memang DAP tidak pernah menjadikan negara kristian sebagai agenda dorang. Bergaul dengan dap, dengan mca dan mana2 non muslim dorang akan cenderung bulshitkan seme jenis agenda meng-agamakan negara termasuklah agenda negara islam. 

Jangan sensitif. 

Itu perkara normal. Ini pemikiran biasa non muslim. Sebab tue ko kena bergaul dengan mereka untuk faham isi hati mereka. Susah juga untuk non muslim meluahkan dan menjadi diri mereka sendiri dengan muslim sebab kadang2 di antara mereka terserap satu persepsi... aku cakap lebih2 kang dia ingat aku anti islam.

Sepertimana kita bullshitkan segala jenis agenda negara kristian, negara yahudi, negara komunis blablabal seperti itu jugalah mereka akan bullshitkan seme jenis agenda meng-agamakan negara. So instead meneruskan konsep meng-agamakan negara lebih baik kita terapkan ciri2 dan nilai2 baik yang terkandung dalam islam ke atas sistem negara kita.  

Satu2 negara walaupun tak diberikan title negara islam tetapi mengamalkan konsep adil dan amanah seperti yang termaktub dalam islam ia sebenarnya sudah di anggap negara islam oleh islam itu sendiri. Dan negara seperti ini sebenarnya disukai oleh ramai orang tak kira ada agama mahupun bukan beragama islam. Tak perlu cop dahi dengan perkataan islam untuk mengatakan kita muslim beb.

 Fikirkan.

Selasa, 6 September 2011

Mat sabu ada dua resit perubatan rupanya..

WOW.. rupanya mat sabu ada dua resit perubatan. Patut larh dia dapat rm8ribu kat sini. Lihat bawah dulu ;



Perhatikan amount dia. Rupanya mat sabu memang membayar sebanyak rm8k kepada hospital terbabit. Jadi tak hairan larh napa PBA bayar mat sabu rm8k semula. Sekarang neh aku fikir macam neh ;

1. Sudah tentu reezal neh tahu dan sedar bahawa jumlah pembayaran mat sabu kepada hospital ialah rm8ribu kan? Tapi napa dia cuma dedahkan satu resit je beb?

2. Dan ini jelas satu fitnah. Ya Allah swt, tahu kah apa hukum nya orang yang menfitnah? Amat berat, wajib kita semua, aku, ko dan orang islam menolak hujah dan pendirian orang yang menfitnah. Wajib pula bagi umno menghukumi reezal. Jika umno tidak berbuat demikian, umno akan dilihat menyokong fitnah.

3. Mengenai isu bersih dan perhimpunan haram etc telah dijelaskan dengan detail disini. Actually umno tiada isu sebenarnya dalam kes neh. Sebagai rakyat aku melihat bilik vip itu satu isu. Pendirian rakyat biasa macam aku. Bagi aku normal aku mahu mendapatkan pemimpin berjiwa Muhammad saw, tak hairan walaupun aku tahu dan sedar ia adalah mustahil walaupun belum tentu tidak mungkin cuma belum wujud lagi agaknya selepas nik aziz.

Tetapi umno tidak merungkai bilik vip satu isu sebab dorang sedar cara dorang hidup lebih mewah daripada mat sabu. Tak hairan. Yang hairan kenapa yer benda dah terang2 terbukti tiada isu, boleh di highlightkan dalam tv3? Tv3, sedarlah setiap fitnah yang berjalan sedang diperhatikan oleh Allah swt.. Allah swt itu ada.. kenali sifat 20. Jangan membiarkan fitnah melingkari station itu sehingga melupakan kewujudan Allah swt.

Sumber resit : sini

Ameno : Dasat beb.. tak sangka aku sebegini jauh dorang pergi untuk kuasa.. dasat.. apa larh nak jadi dengan pemimpin malaysia neh..

Jumaat, 17 Jun 2011

Pilihan raya masjid di Pulau Pinang dibatalkan: MAIPP

KUALA LUMPUR: Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah pilihan raya dibatalkan. 

Perkara ini dinyatakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, kepada Berita Harian sebentar tadi.Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini. -BH-

La pasal apa batalkan? Sebelum neh kemain beria2 dok promote sana sini. Pertahankan segala bagai. Last2 batalkan pula. Tah pape lah weh. Ke dah takut dengan fitnah dan gertakan umno? Hek eley takan benda kecik pun nak cuak?

kah kah kah

Tapi aku petik sumber dari bh online beb. So eloklah korang jangan percaya sangat. Sebab ini media pengampu kerajaan. Tunggu media pengampu pembangkang macam malaysiakini plak bagi statement. Lepas tue masing2 analisa guna akal masing2. Yang pasti taksub a cakap a betul. Taksub c cakap c betul. Yang b buat apa kat tengah2? Tengok sudah lah. Kalau dorang buat lawak kita gelak. Kalau dorang buat bangang kita maki. Cam tak biasa pula.

kah kah kah

Ada guna duit tak untuk buat pemilihan neh? Banyak tak? Kalau last2 minit batal dan membazirkan waima 1 sen sekalipun duit rakyat pulau pinang memang sah2 layak di maki enh kerajaan pulau pinang. Jangan ingat kalau kerajaan bazirkan duit rakyat, rakyat boleh maki kerajaan. Kalau pembangkang bazirkan duit rakyat, rakyat kena senyum2 pula. Itu nama nya bangang. Dan aku bukan orang bangang. Sekian.

Ameno : Kena sabotaj ka?

Isnin, 9 Mei 2011

Hot : DAP diminta jelaskan isu ubah islam jadi kristian!

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Kan aku dah cakap. Menda neh akan tiba2 terpalit kepada pembangkang padahal kita satusen pun taktahu apa2. Kah kah kah baca bawah beb ;

KUALA LUMPUR: Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara. 
 
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dan DAP digesa memperjelaskan dakwaan itu seperti didedahkan dua laman blog sebagai menghormati perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi. 



Cubaan pembangkang untuk mengubah perlembagaan disebabkan tanggapan kerajaan yang ada hari ini lemah dan tindakan itu perbuatan ekstrem serta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipertahankan semua pihak.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan ada puak semakin berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding ketika pemerintahan beliau. 

Bagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mahu siasatan terperinci sebelum tindakan diambil serta mahu pihak yang memulakan isu berkenaan dikenakan hukuman tegas jika terbukti benar. 

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, meminta polis segera menyiasat kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif memandangkan isu itu amat sensitif. 

 
Presiden Persatuan Penulis Nasional Kebangsaan (PENA), Salleh Rahmad meminta tidak ada pihak cuba meruntuhkan perancangan kemerdekaan walhal mereka tahu Islam adalah agama rasmi.

Point penting ;

1. Usaha menjadikan Kristian agama rasmi oleh pemimpin DAP bukan saja mencabul Perlembagaan Persekutuan, malah menggugat keselamatan negara.

Bila masa lah pula dap tiba2 menjadi isu kat sini? Bukan kah pendedahan dua blog terbabit mengenai ikrar 35 paderi di salah satu majlis tertutup?So paderi tue lah yang mencabul perlembagaan persekutuan. [utk info paderi2 dah deny all allegation] Lagipun macam mana pembelog terbabit tahu? Adakah mereka berada disitu pada ketika itu?Adakah ada orang lain [kristian pro bn] disitu pada ketika itu cuba untuk mengapi2kan suasana? Lagipun jeff oi hanya pergi sahaja. Dia kristian dan tak aneh org kristian pergi majlis macam neh. Yang aneh nya pdrm ada rakaman mengenai isu terbabit. Why not dedahkan rakaman tersebut untuk kami analisis sendiri. Heh.

2.Ahli parlimen dap kena jelaskan isu neh.


Aik.. ahli parlimen dap pula kena jelaskan? Kenapa bhai? Bukan kah yang dituduh itu paderi kristian bukan nya ahli parlimen dap? Dia cuma hadir je ke upacara itu atas kapasiti penganut kristian. Bukanlah dia tue paderi ataupun penyedia ikrar kepada paderi2 tue beb. Apsal dap pula yang kena jawab isu yang mereka sendiri pun blur pasal tiba2 je mengaitkan mereka dengan perkara neh.


3. Zahid hamidi bidas cubaan pembangkang tukar perlembagaan.


Arhh sudah. Tiba2 PR plak dituduh macam2. Apsal pula pr kena jawab isu yang satusen kita pun taktahu apa2. Isu neh kan umno yg timbulkan? Umno kaitkan pula dengan PR kenapa pula? Habis tue adakah parti politik di malaysia tak boleh pergi mana2 upacara keagamaan kelak? Kalau g budha nanti nak jadikan budha agama rasmi? Kalau g kuil kang.. isu len plak yang timbul? Kah kah kah.. pr satusen pun takde kaitan dengan isu yang dimainkan oleh umno. Dan umno claimed paderi yang buat ikrar tue so patutnya umno direct siasat paderi2 tue. Jangan heret pr pula dalam isu yang satusen pun pr takde kaitan.


LIM guan eng jawab disini.

Ameno : Ada je agenda nak mengaitkan pembangkang itu ini..

Ahad, 8 Mei 2011

Hot : Isu kristian, lim guan eng guna taktik untuk raih sokongan!!

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

kan aku dah cakap. Mesti dap kena balon kaw2 punyalah atas isu neh. Takde pasey buat pasey. Korang tengok bawah neh ;

Korang baca lah semua. Aku takley highlightkan perenggan penting because aku kat cybercafe neh. Entah berapa tahun aku tak layan cc neh. Kalau bukan pasal nak scan haramjadah aku nak masuk cc. Hehehee..

Point lawak ;

1. Perkasa report polis. Kalau nak tahu berita pasal neh cuma baru keluar semalam di utusan. Tapi jam 4 petang dah dekat 10 cawangan perkasa yang report polis. Aikkk? Awat cepat sangat bertindak neh? Tak dan tunggu bincang ka siasat ka apa ka terus report polis je. Hehehe.. ibaratnya macam neh, ko baca paper then terus ko report polis atas kenyataan paper terbabit. Entah betul entah tidak. takde pula dorang amek peduli. Tahu2 je report polis dan sensasikan depan tv. Heh.

2. Aminah abdullah yang claimed dia bekas ketua wanita pkr [entah betul entah tidak] cakap majlis kristian di pp adalah tindakan dinasti lim untuk raih sokongan penganut kristian. As far as aku concern, with or without convokesyen neh sekalipun non-muslim mmg cenderung support kepada pembankang. Tak kiralah dap ke, pkr ke, pas ke apa ke yang pasti sokongan kaum cina mmg dah kalih terus dari bn kepada pr. Kalau dap nak raih sokongan sangat baik dia buat majlis islam. Dah sah2 boleh raih sokongan org islam dan org melayu. Pasal org islam dan org melayu sekarang masih 50-50 antara pr dan bn!

3. Pehtue makcik neh cakap majlis neh adalah usahasama lim dengan paderi kristian. Hehehe.. malas aku nak cakap lebih2. Lantak lue lah makcik. Walhal utusan semalam melaporkan majlis neh diadakan setiap tahun. Dan2 tahun neh kecoh, pasal ahli dap ikut serta dan diadakan di pulau pinang time dap ruling pp. Kalau time gerakan ruling pp dulu takmo pula kecoh bagai nak masa tue. Hehehee.. makcik selamat hari ibu yer makcik.. buatlah lawak lagi hehehe..

Aku dah cakap dah kat sini, isu neh mesti dikaitkan dengan dap punya. Tengok malam neh punya berita. Lagi panas kat tv3. Hehehe..

Ameno : Bikin islam dan kristian panas je. Bodoh nya manusia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...