Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label PAKATAN PEMBANGKANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAKATAN PEMBANGKANG. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

Pilihan raya masjid di Pulau Pinang dibatalkan: MAIPP

KUALA LUMPUR: Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang yang menggunakan kaedah pilihan raya dibatalkan. 

Perkara ini dinyatakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, kepada Berita Harian sebentar tadi.Ellias dihubungi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara pagi ini. -BH-

La pasal apa batalkan? Sebelum neh kemain beria2 dok promote sana sini. Pertahankan segala bagai. Last2 batalkan pula. Tah pape lah weh. Ke dah takut dengan fitnah dan gertakan umno? Hek eley takan benda kecik pun nak cuak?

kah kah kah

Tapi aku petik sumber dari bh online beb. So eloklah korang jangan percaya sangat. Sebab ini media pengampu kerajaan. Tunggu media pengampu pembangkang macam malaysiakini plak bagi statement. Lepas tue masing2 analisa guna akal masing2. Yang pasti taksub a cakap a betul. Taksub c cakap c betul. Yang b buat apa kat tengah2? Tengok sudah lah. Kalau dorang buat lawak kita gelak. Kalau dorang buat bangang kita maki. Cam tak biasa pula.

kah kah kah

Ada guna duit tak untuk buat pemilihan neh? Banyak tak? Kalau last2 minit batal dan membazirkan waima 1 sen sekalipun duit rakyat pulau pinang memang sah2 layak di maki enh kerajaan pulau pinang. Jangan ingat kalau kerajaan bazirkan duit rakyat, rakyat boleh maki kerajaan. Kalau pembangkang bazirkan duit rakyat, rakyat kena senyum2 pula. Itu nama nya bangang. Dan aku bukan orang bangang. Sekian.

Ameno : Kena sabotaj ka?

Khamis, 14 April 2011

Entry berapi : RPK muncul tv3 buat pengakuan II !



Hari neh sambungan kedua interview tv3-raja petra disiarkan di berita buletin utama tadi. Episod pertama tengok sini. Neh apa yang dia cakap kat tv3 tadi [tajuk tue aku yang simpulkan sendiri, bukan rpk, tp petikan di bawah tajuk tue ialah kata2 rpk dalam berita tadi]

1. Isu ketidaksepakatan pakatan pembangkang.

"Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. What is the policy? Anwar sepatutnya jadi economic adviser kerajaan selangor, ada pernah ke anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi anwar diam. Sementara di bawah bergaduh itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik.. a leader knows how to control his soldiers."

2. Isu 16 sept yang mana anwar gagal menunaikan janjinya.

"ketika di mahkamah anwar pernah berjumpa rpk yang ketika itu berjalan 2 kes secara serentak. Anwar berkata kepada rpk, awak akan bebas tak lama lagi"

3. Kedegilan DAP dan kelemahan PAS dalam menerangkan kepada DAP apa itu islam.

"Misalan di Selangor Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar Pas, Pas kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang Pas tidak terima. Jadi di dalam Pas pun, mereka tak bersatu. Dap pulak mengatakan tak boleh…. Jadi kecoh"

4. Kelemahan anwar dalam kepimpinan selangor dan gagal mengawal ketidaksefahaman wakil2 rakyat pakatan pembangkang di bawah nya.

"Jadi di sini nampaknya anwar gagal menjaga parti parti komponen.. dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi."

5. Rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan rakyat.

"Ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned…mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang."

Selain dari di atas, rpk juga mengulas bab [yang neh aku simpulkan je, rpk tak cakap macam neh tp lebih kurang beginilah maksudnya]

6. liwat

- menyelesaikan kes liwat dia sekali harung. Senang. Rakyat tak mampu nak pergi mahkamah untuk cover isu neh. Rakyat bukan peguam. RPK pun bukan peguam.Kadangkala peguam sendiri pun keliru sebab terlalu banyak itu ini dalam kes liwat.

7. Kabinet bayangan.

- macam mana pakatan nak memerintah negara kalau kabinet bayangan pun gagal nak tunjukkan kepada masyarakat awam? Jelas di sini pakatan pembangkang tidak mampu membentuk kesefahaman untuk membentuk satu kabinet bayangan sekalipun. Mungkin tak boleh nak bertolenrasi kot di antara satu sama lain.

8. Kecelaruan pembangkang.

- Menjadi pembangkang mudah,  hanya perlu membangkang. Kerja membangkang, memang lah hanya membangkang. Tapi kalau jadi kerajaan, sukar. Kerajaan perlu melaksanakan. Dan ia bukan satu kerja mudah.

Apa yang RPK cakap neh mmg betul. Dia huraikan satu persatu kelemahan pakatan rakyat. Sebelum pakatan rakyat membuta tuli nak pegang kuasa bagai nak rak, mereka patut memperbaiki kelemahan mereka neh. BN dah sah2 teruk. Kita taknak ganti parti yang lebih kurang perangai cam BN.

Contohnya adun dap perak, nga kor ming baru2 neh wat lawak bangang. Bukan taktahu peraturan sidang dun perak kena pakai pakaian rasmi dun. Dia boleh pula tak pakai. Nampak tak? Menda simple neh pun dia langgar? Nak harapkan dia jadi pemimpin kerajaan? Dan biarkan dia langgar peraturan? Wak luee..!

Dsai kena tegur dan tubuhkan jawatankuasa displin pakatan pembangkang. Mana2 yang buat lawak bangang macam nga kor ming neh kasi denda. Lebih elok buang terus dari jadi wakil rakyat. Sama gak macam PAS. Cuba lah kuat, konsisten dan bersatu sket dalam isu2 yang membabitkan umat islam. 

PAS sejak akhir2 neh kurang bersemangat macam tahun2  sebelumnya. Kepimpinan pas pun banyak yang bercakaran dalam dan luar parti. Tengok pun sakit ahti. Baru dalam parti dah serabut. Itu belum lagi jadi pemimpin. Pas kelantan dan kedah dilihat bersatu. Aku nampak. Tapi pas perak? Hancur. Hey.. jangan nafikan kata2 aku. Aku dok sini. Aku tahu. Aku perhatikan mereka. Mmg serabut bhai. Serabut habis.

Pakatan pembangkang kena terbuka menerima kritikan rpk. Memang timing dia tak sesuai beb. Time2 pilihanraya negeri sarawak pula tiba2 dia nak luahkan pendapat dia. Tapi instead of condemn dan kritik dia, elok kita perhatikan dan cuba fahami dulu sbb2 di sebalik semua itu.

Video interview rpk-tv3 di sini.

Ameno : Sebelum repair rumah orang, repair dulu rumah sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...