Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Bible. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bible. Papar semua catatan

Rabu, 6 Februari 2013

Ugutan Bakar Bible Tak Salah - Mahathir.

Hatta perkataan UGUTAN [berbaur hasutan, niat jahat] itu sendiri termasuk dalam kategori melakukan jenayah di Malaysia. Dan ko cakap tak salah mengugut? Biar betul ko neh Mahathir wehh?


Tun Dr Mahathir Mohamad membela Datuk Ibrahim Ali hari ini, mendakwa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak melakukan penghinaan apabila beliau mencadangkan untuk membakar Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah”.  

Dr Mahathir yang merupakan penaung Perkasa memberitahu sidang akhbar hari ini, ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada amalan biasa membakar penerbitan dikelaskan sebagai haram.

“Biasanya, jika terdapat penerbitan yang diharamkan, tindakan yang diambil ialah membakar buku tersebut. “Jadi pandangan beliau (Ibrahim) jika Bible haram dari segi polisi, beliau memilih jalan biasa iaitu untuk membakarnya,” kata beliau selepas melancarkan buku “Antartica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya disini. 

“Jadi saya tidak fikir dia (Ibrahim) mempunyai niat untuk menghina kitab injil… ini bukan niat dia.” -TMI-

Bible di Malaysia boleh diterbitkan dalam bahasa melayu. Juga ada sesetengah cetakan, version boleh meletakkan kalimah Allah.

Ia dah diluluskan oleh kerajaan apa. Walaupun tak merujuk kepada semua negeri di malaysia. So di mana betulnya statement Ibrahim Ali ini? Kalau ko beli bible di sabah dan bawa balik ke perak, adakah ini salah? Adakah ini dipanggil melakukan kesalahan?

Undang2 ini pincang. Sebab yang buat undang2 ini otak dia BANGANG. Takpela. Kita bukan nak citer bab undang2 BANGANG neh. Kita nak citer pasal pemikiran Mahathir.

Seperti yang kita tahu Ibrahim Ali sedang disiasat oleh PDRM. Tetapi korang seme boleh bermimpi la yang PDRM akan proceed kes neh sampai ke peringkat pendakwaan. Sebab apa?

Sebab Mahathir dah keluar statement. Kata2 Mahathir kan hint. Apa yang PDRM patut buat, apa yang Najib patut buat.. bila Mahathir kata tak salah... so takan la PDRM nak memandai2 melangkaui kata2 Mahathir kan?

Memang la kata2 Mahathir bukan merupakan undang2 tetapi sebab dia dah jadi PM selama 22 tahun, maka sedikit sebanyak kata2 dia merupakan undang2 kepada badan2 tertentu.

Jadi disini tindakan PERKASA yang racist dilindungi oleh kerajaan. Cuba sesiapa keluarkan apa2 kenyataan seperti PERKASA tetapi babitkan agama lain.. korang tengok macam mana layanan yang ko akan dapat. Silap2 nanti mahathir keluarkan statement kenyataan ko merupakan satu malapetaka. Boleh kiamat malaysia tau.

KAH KAH KAH       

Selasa, 22 Januari 2013

Festival bakar bible.

Bangang.

Nampak sangat takde kerja. Ko ingat time ko bakar tu orang tak tangkap gambar dan rakam video?? Ada wehhhh.. Silap2 jadi international news sebab bila kita bercakap pasal bible, english atau bm, still consider as bible and still kitab rujukan bagi penganut kristian merentasi negara dan kaum.

Bayangkan apa respon yang bakal kita terima nanti?? Silap2 dunia mengecam kita. Tolong la weh. Jangan bangang sangat. Penganut kristian memang minoriti di malaysia tetapi bukan di malaysia jek ada penganut kristian oke.

Aku tak pasti kenapa dorang berani buat jemputan bertulis dan anggap pembakaran bible merupakan satu pesta, tetapi aku cadangkan hentikan rancangan tersebut serta merta. Kalau ko teruskan dan isu neh jadi global jangan heran kalau Islam semakin di pandang rendah oke.

Lue berani buat, lue kena berani tanggung. Bai

Sabtu, 2 April 2011

Terkini : Bible bahasa melayu dah lulus di malaysia.

Penyokong umno mesti tengah ketuk-ketuk kepala dorang kat mana-mana batu yang berdekatan. Ini adalah kerana merekalah golongan yang paling menyampah dengan kewujudan bible bahasa melayu. Ketakutan yang melampaui itu aku tak tahu atas sebab apa. Biarlah mereka tafsir kepala hotak sendiri-sendiri. Heh..

Baca bawah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasaMelayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.


 “Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

"Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.





Point penting kat sini ialah ;

1. Ada 10 penyelesaian antara kristian-islam,

2. Idris jala cuma mendedahkan dua penyelesaian. Yang lagi lapan tue apa? 

3. Di semenanjung, kitab bible ditanda untuk penganut islam sahaja. Tetapi tidak di sabah dan sarawak. Kenapa? Orang islam kat sana dah pupus ataupun akidah mereka lebih kuat jika dibandingkan dengan akidah orang islam di semenanjung?

4. Kenapa idris jala hanya mengharapkan ia mendapat sambutan positif masyarakat kristian? Bagaimanapula dengan orang islam? Kalau negatif ataupun positif, idris jala tak kesah ke? Idris jala tak kesah ke pasal orang2 islam di malaysia neh?? Tak minta maaf pun pada umat islam? Heh.

Bagi aku sendiri, tidak salah untuk penganut kristian membaca bible bahasa melayu. Baca pandangan aku di sini. Cuma idris jala kena dedahkan 10 resolusi persefahaman antara islam-kristian. Aku nak tahu sangat, apa yang lagi lapan tue. Heh

Ameno : Idris jala neh dulu aku ingat melayu.. hahahaah

Khamis, 17 Mac 2011

Panas! Harun Din tidak setuju bible bahasa melayu!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU Sarawak. Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini? Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.

Petikan di atas aku amek dari blog pro umno. Aku dah search harakahdaily dan beberapa berita online pro pakatan rakyat tetapi aku tak jumpa berita di atas. Ini point yang korang faham kan dulu ;

1. Terdapat perkataan puak erdogan dalam petikan di atas. 

- Kesemua ahli/penyokong pas tahu puak endorgan tidak wujud dalam pas. Ianya disebarkan oleh umno bagi memecahbelahkan sokongan terhadap pas. Jelas artikel di atas tidak ditulis oleh mana-mana ahli pas sebaliknya ditulis oleh penyokong umno itu sendiri.

2. Beberapa pemimpin pas memujuk harun din untuk bersetuju agar bible dibenarkan dalam bahasa indonesia [bukan bahasa melayu].

- Harun din tak pernah pula mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju bible indonesia. Yang cuma pernah dia ulas ialah hukum penggunaan kalimah Allah swt untuk orang kristian. Dia secara lantang menegaskan bahawa hukum penggunaan kalimah Allah swt oleh orang bukan islam ialah ;

- HARUS. [baca baik2 ya penyokong umno, ia bukan haram].

HARUS dibenarkan.
HARUS dilarang.

Dia memilih harus dilarang sebab ia membabitkan masalah akidah umat islam. Umat islam di malaysia kini sangat lemah akidahnya. Apatah lagi kristian mengambarkan Allah swt mempunyai anak dan menyerupai mahkluk. Dan saya ada terbaca beberapa pandangan, ada yang mengatakan bagaimana jika di sini hindu dan buddha turut menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam ajaran mereka? Bukan kah itu akan timbul konflik? Sebagai umat islam kita sedia tahu Allah swt ialah tuhan sekalian mahkluk. Tetapi menempatkan kalimah Allah swt yang bukan mewakili Allah swt, sudah tentu akan wujud pertikaian yang tidak munasabah.

Manakala TGNA mengatakan ia ;

HARUS dibenarkan.

Namun TGNA turut mengulas bahawa kalimah Allah swt haruslah digunakan bagi merujuk kepada Allah swt itu sendiri dan bukan nya mahkluk dan sebagainya.Jika kalimah Allah swt digunakan untuk merujuk selain dari Allah swt ianya dilarang sama sekali.

Jelas artikel ini sedang menyerapkan unsur-unsur tidak baik agar penyokong pas saling berbalah.

3.Artikel di atas turut mengulas isu pilihanraya sarawak. Mungkin mereka lupa pas hampir tiada kerusi untuk dipertandingkan di sarawak berikutan berlaku perebutan kuasa antara pkr, dap dan snap baru-baru ini. So isu neh takde kena mengena dengan pas waima sedikitpun. Walaupun yang bertanding ialah parti-parti komponen pakatan rakyat tetapi cukuplah pkr dan dap bersuara bagi membolehkan bible bahasa indonesia digunakan di sarawak. Suara PAS di sarawak sangat kecil malahan orang-orang sarawak tak heran sebab mereka tak berapa mao islam berkuasa di sarawak. Ini sifat lazim bagi penganut kristian. Sifat yang lazim ini juga adalah perkara yang lazim bagi aku sebagai seorang penganut islam sudah tentu tidak mao kristian berkuasa di negeri-negeri majoriti islam.

4. Harun din marah dan mempersoalkan isu akidah umat islam masakini. 

- Tiada apa-apa yang boleh aku ulas mengenai kemarahan harun din. Dia marah sudah tentu bersebab dan sebagai seseorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan wajib pula kita menghormati dia, maka kemarahan dia sudah tentu ada benarnya. Namun isu sekarang, kenapa kemarahan dia tidak tersiar di dalam harakah ataupun mana-mana paper online? At least orang nampak kemarahan itu. Ini kenapa dia nak marah diam-diam pula kan? [kalau ada sila inform]

Ataupun cybertroopers umno menyebarkan fitnah? Ingat, yang kamu fitnah itu orang yang cukup menjaga solat dan ibadat mereka sehari-hari. Tak kiralah harun din ataupun nik aziz. Mereka ini sudah terbukti melalui wajah di mana keluar cahaya yang berseri-seri melalui muka mereka. 

Pas bebas berbeza pandangan dan pendapat. Asalkan ianya tidak lari dari apa yang tertera dalam Alquran. Namun isu bible bahasa indonesia pas hanya boleh mempunyai satu pendapat.

Setuju atau tidak bersetuju?

Jika pemimpin pas memutuskan untuk bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena ikut keputusan jemaah. 

Jika pemimpin pas memutuskan untuk tidak bersetuju maka seluruh ahli/penyokong pas kena juga ikut keputusan jemaah meskipun pandangan peribadi aku sendiri bersetuju bible diterbitkan dalam bahasa melayu [bukan bahasa indonesian seperti sekarang] baca sini.

Mungkin ramai yang tidak tahu kenapa kerajaan menyekat penyebaran bible bahasa indonesia dua tahun yang lepas. Sebab utama ialah terdapat kalimah Allah swt dalam bible-bible tersebut. Ketika itu isu penggunaan kalimah Allah swt oleh penganut kristian sedang kecoh di seluruh negara. Maka kerajaan bertindak membekukan pengedaran bible bahasa indonesia sehingga kes itu selesai. 

Memandangkan di indonesia, penganut kristian bebas menamakan tuhan sebagai Allah swt dalam kitab mereka, maka malaysia harus membuat satu keputusan yang tepat bagi menjaga hubungan baik islam-kristian.

Samada menghentikan terus bible terbitan indonesia dan menerbitkan bible bahasa malaysia dan dilarang menggunakan kalimah Allah swt di dalam nya ataupun hanya meluluskan bible terbitan indonesia yang tiada perkataan Allah swt di dalamnya.

Bible terbitan indonesia ini akan di tag hanya untuk penganut kristian sahaja ketika ia di edarkan. Jika kerajaan bersungguh mahu menjaga akidah umat islam, maka mohon dikenakan hukuman mati kepada yang memurtadkan orang islam dan orang islam yang murtad.

Kenapa? Sebab islam agama rasmi, maka eloklah kerajaan bertindak seperti digambarkan oleh perlembagaan negara.


Tomok ajak join contest conneto 
DIGI bagi ganjaran hebat setiap kali anda RELOAD! 


Ameno : Terima kasih kepada facebooker's yang inform mengenai artikel di atas.

Rabu, 16 Mac 2011

Bible bahasa melayu dilepaskan untuk edaran!

Aku tahu ramai di kalangan korang yang islam tak suka baca berita neh. Tetapi berita ini adalah satu hakikat. Bible bahasa indonesia yang ditahan pada tahun 2009 kini telah dilepaskan untuk edaran. Berikut antara petikan berita tersebut ;

Putrajaya telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang sejak 2009 — beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”

Berita neh tak keluar kat berita harian online dan utusan online. Aku dah check kedua-dua paper online tue tapi tak jumpa. Mungkin belum update. Atau aku terlepas pandang. Lepas tue aku baca TPM menafikan perkara tersebut  ;

Tengah hari tadi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan yang Kabinet pernah membuat keputusan membenarkan 5 000 kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri sejak 2009 dibawa keluar.

Katanya Kabinet masih belum membincangkan status kitab-kitab Injil yang dirampas dan ditahan di Pelabuhan Klang itu “Kami akan membincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini. Kabinet belum membincangkannya lagi ” kata beliau Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982 dengan akta tersebut laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya “Dengan merujuk kepada fakta tersebut kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil ” kata beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Pemandu.

Beliau berkata setelah pemerhatian dan analisis yang teliti Peguam Negara juga telah menetapkan bahawa pengeluaran kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu kalimah Allah “Oleh itu dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut ” kata beliau

Korang faham tak apa yang aku faham? Meh aku elobrate sket ;

1. Berita neh berita semalam.

2. Ketika sesi interview bersama TPM, TPM cakap kabinet belum buat keputusan lagi.

3. Namun setelah lewat petang, editor malaysia insider di info oleh idris jala bahawa benda neh dah selesai. Ia bukan isu dan kerajaan dah memutuskan bahawa mereka akan mengeluarkan bible yang telah ditahan selama 2 tahun.

4. Bukan kah ini menunjukkan bahawa kuasa idris jala lebih hebat dari kuasa tpm?

5. Ataupun tpm bercakap flip flop?

6. Lue fikir sendiri.

Then baca sini pula ;

Seorang paderi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau “gembira” dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak semalam yang membenarkan 35 000 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dikeluarkan dari pelabuhan selepas mendapat tekanan dari gereja-gereja Kristian dan pemimpin Pakatan Rakyat “Ia amat menggembirakan Word of God — kitab Injil atau Alkitab versi Bahasa Melaysia bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara ” kata Lawrence Andrew yang turut menyunting The Herald 

Kementerian Dalam Negeri secara tegas mempertahankan perkataan “Allah” hanya untuk orang Islam apa-apa usaha yang dilakukan penganut agama Kristian untuk menggunakan perkataan itu disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara 

“ Datuk Seri Idris Jala menegaskan ia tiada masalah tiada ancaman sejak ISA Akta Keselamatan Dalam Negeri diwartakan pada 1982 “Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik ” tambah Andrew Jala seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”

Soklan aku : Mesyuarat kabinet bukan kah pada tiap-tiap hari rabu? Hari neh baru rabu kan? Semalam selasa kan? Idris jala hebat.

Pandangan aku sendiri biarlah kristian nak baca bible bahasa malaysia. Boleh baca sini untuk detail. Namun bible yg dibawa masuk sekarang bible bahasa indonesia. Bible bahasa indonesia dalam tue ada tertera kalimah Allah swt. So itulah isu sebenar di sini sebab mahkamah telah menangguhkan keputusan untuk membenarkan penduduk kristian menggunakan Allah swt sebagai nama tuhan dalam bible.

Sepatutnya, kitab bible bahasa malaysia di cetak untuk edaran rakyat malaysia sendiri. Nanti indonesia tuduh korang orang kristian baca bible pun bible indonesia. Haitt bible pun mao ciplak dari indonesia punya ka? Heh.

Apa pun terdapat juga individu kristian yang bercita-cita mahu mengantikan islam di bumi malaysia. Tak percaya? Baca bawah ;


Wow.. jefrey mungkin lupa tetapi aku nak bagitau memang ajaran kristian no 1 di bumi malaysia neh? Tak percaya? Mari aku terangkan sedikit ;

1. Gereja terbesar di asia telah dibina di malaysia berlokasikan bukit jalil = tolong mendakwahkan kristian di malaysia.

2. Pendakwah islam seperti ahli pas di larang muncul di television saluran tempatan = tindas dakwah org islam.

3. Segala bentuk informasi islam yang umat islam dilarang berbuat seperti judi, arak dan sebagainya tidak boleh didakwah dalam khutbah jumaat sebagai menghormati kerajaan yang mengamalkan kemungkaran. = halang org islam berdakwah even dalam masjid.

4. Segala bentuk bible kristian ada di bilik hotel di kebanyakkan hotel-hotel malaysia = ini tolong mengembangkan dakwah kristian.

So jefrey? Tak happy ke? Happy lah jefrey.. kristian memang number one di malaysia..

Ameno : cita-cita besar.

Ahad, 13 Mac 2011

Bible Bahasa Melayu?? What's the problem dude..?

For sure aku mesti kena balun punya sebab sokong kristian membawa bible berbahasa melayu neh masuk malaysia. Asas kepada sokongan aku? Naaaa.. aku takde asas apa-apa melainkan aku rasa apa hak kita nak halang mereka pula?

Mungkin yang menghalang itu lupa bahawa di malaysia neh ada penganut kristian. Dan penganut kristian ini rakyat malaysia. Dan bukan semua rakyat malaysia fasih berbahasa english. Dan menurut informasi dari rakan sabah dan sarawak aku, bible bahasa melayu itu memang dah lama wujud pun di malaysia. Heh. Dah lama wujud beb. Tapi kenapa baru sekarang kerajaan kecoh?

Kerajaan melarang bible bahasa melayu neh atas faktor apa? Itu dulu yang aku mesti mao tahu. Kalau melarang atas faktor politik.. maka aku bolehla katakan kerajaan ini agak bebal. Maaf memang jujur sangat perasaan aku pada kerajaan atas isu ini. Sebab memang itu yang aku rasa. Kalau nak jaga akidah umat islam, maka ubah dulu diri sendiri. Diri sendiri [baca kerajaan] pun lintang pukang hancur bab islam dengan menghalalkan judi lah, dengan membiarkan perkara maksiat [industri hiburan] berleluasa lah .. dengan menjaga mahluk gay lah.. tapi sibuk nak HALANG kemasukkan bible bahasa melayu yang mana kita sendiri pun tak tahu effect yang pasti.

Okey begini aku rumuskan ;

1. Bible bahasa melayu neh kegunaan dia untuk penganut kristian yang mahu membaca bibble dalam bahasa melayu.

2. Apa hak kita nak melarang masyarakat kristian malaysia membaca bible dalam bahasa melayu sedangkan kita kata kita hormati kebebasan beragama di malaysia? Apatah lagi bahasa kebangsaan bagi malaysia ialah bahasa malaysia..

3. Dah berapa banyak bibble bahasa melayu ini secara stasistik nya telah memurtadkan orang islam? Adakah lina joy, aisah dan yang lain-lain murtad angkara bible bahasa melayu?

4. Seberapa yakin anda bahawa ada orang yang murtad [keluar dari islam] telah membaca [memahami] isi kandungan Alquran sepenuhnya sebelum beralih murtad dan masuk kristian disebabkan bible bahasa melayu?

5. Adakah dengan tiadanya bible bahasa melayu maka gejala murtad di malaysia akan terhapus?

6. Tahu kah bahawa menerusi undang-undang setiap individu yang berumur 18 tahun ke atas bebas untuk menukar agama? Ini tidak terkecuali pada orang islam. Walaupun mungkin majlis agama mengatakan undang-undang menjamin akidah penganut islam di malaysia tetapi nampaknya undang-undang yang wujud sekadar perhiasan sahaja. 

7. Kalaupun bible bahasa melayu ini sudah tiada, apakah gejala murtad ini dapat diperangi? Sedangkan undang-undang kita tidak mampu mencegah/menghalang isu kemurtadan di malaysia.. yakni tiada hukuman yang dikenakan terhadap individu islam yang tukar kepada agama lain.

Isu neh tak sama macam isu pembinaan gereja kristian terbesar di asia di bukit jalil. Gereja tersebut di bina di kawasan yang mana kurangnya orang kristian boleh menggunakan kemudahan tersebut sedangkan kerajaan patut membina di sabah dan sarawak tempat di mana ramai penganut kristian menetap.

Kita menghormati kebebasan orang lain untuk beragama tidak kiralah samada penganut kristian, hindu ataupun buddha. Memang kita tak akan bertolenrasi dengan isu orang yang dilahirkan islam tetapi memilih untuk murtad ataupun orang yang keluar masuk islam macam tukar baju tetapi kita tetap bertoleransi dengan penganut agama lain yang tidak menyentuh sensitiviti umat islam. Ini apa yang di ajarkan oleh Allah swt kepada penganut islam itu sendiri. Terkandung dalam Alquran. 

Soalnya kini sapa yang sentuh sensitiviti sapa terlebih dahulu?

- Penganut kristian usik penganut islam?

- Penganut islam usik penganut kristian?

- Penganut islam usik penganut islam?

- Penganut kristian usik penganut kristian?

- Penganut islam dan kristian saling usik mengusik sesama sendiri?

- Kerajaan yang tidak peka dan bermain politik?

Lue fikirlah sendiri..

Pada aku kerajaan yang patut dipersalahkan atas isu neh. Tak lebih tak kurang. Main sensitiviti keagamaan pula nak meraih undi dan sokongan? Heh.. Baca bawah, penyokong umno punya komen.. ;


Kelakar kan? Adakah bahasa melayu [malaysia] khusus untuk orang melayu di malaysia neh? Kalau ya tolong jangan marah bangsa bukan melayu yang gagal menguasai bahasa melayu dengan baik di bumi malaysia neh.

Lagi satu isu kalimah Allah swt.. Allah swt ialah tuhan bagi sekalian umat tak kiralah mereka islam, kristian, buddha, hindu ke apa ke.. bukan tuhan umat islam sahaja. Beza di sini ialah ;

- Umat islam mempercayai Allah swt tuhan bagi sekalian umat dengan menyakini firman-firman Allah swt menerusi Alquran.

- Umat bukan islam tidak mempercayai Allah swt kerana atas faktor-faktor mereka enggan menerima hakikat dan kebenaran itu. Seruan dan hidayah sudah sampai buat mereka. Cuma mereka enggan terima.


Tetapi walaupun mereka enggan terima, kita kena hormat dan kita sama sekali tak boleh mengatakan bahawa Allah swt tuhan umat islam sahaja sebab itu salah dan tidak betul sama sekali. Allah swt memiliki kita, bukan kita memiliki Allah swt. Allah swt tuhan bagi sekalian mahluk dan itulah hakikatnya suka atau tidak. Oleh itu jika bible bahasa melayu ini dipersoalkan atas isu penggunaan Allah swt bagi kata ganti nama tuhan dalam bible.. maka di situ ada kesulitan.

Sebab?

1. Belum ada kelulusan mahkamah lagi bahawa orang kristian berhak menggunakan Allah swt bagi kata ganti nama tuhan dalam bible. Sedangkan selama ini mereka selesa menggunakan tuhan berbanding Allah swt.

2. Allah swt dalam gambaran ajaran kristian tidak sama sepertimana yang sepatutnya. Allah swt bukan makhluk tetapi ajaran kristian menyamakan Allah swt seperti makhluk.

3. Dalam kes ini, pandangan harun din adalah yang paling suka aku gunakan iaitu isu penggunaan kalimah Allah swt bagi orang kristian ialah harus. Merujuk kepada situasi akidah umat islam di malaysia, perkara di atas tidak patut diluluskan dan harus lah dijauhi untuk menjaga akidah umat islam di malaysia, yang mana ia lemah dan sangat-sangat nipis.

4. Bagi menyelesaikan masalah, eloklah bible bahasa melayu buatan syarikat tempatan [malaysia] diterbitkan dan tidak menggunakan Allah swt dalam terjemaahan bible itu.

Pandangan aku sendiri, bible bahasa melayu? let it go lhar.. biarlah umat kristian mahu membaca dalam bahasa melayu.. manakala isu penggunaan kalimah Allah swt dalam bible pula... janganlah.. bukan nak menafikan bahawa Allah swt itu tuhan ku dan tuhan mu.. cuma tak terima cara kristian mengambarkan Allah swt seperti mahkluk. Itu sahaja..

Dalam kenyataan berita di atas pun, najib kata bible memang dah ada dalam bahasa melayu selama ini dan kerajaan tak pernah larang kemasukkan nya selama ini. Ianya mula di larang pada tahun 2009 sebab kecoh isu penggunaan kalimah Allah swt dalam the herald. Sedangkan sebelum itu sudah banyak bible bahasa melayu masuk dan tertera penggunaan kalimah Allah swt dalam bible tersebut. 

Kerajaan tak pernah halang dan tak pernah pantau. Tetapi tiba2 mereka menjadi juara isu ini sedangkan yang memulakan ia pun adalah kerajaan. Lawak kan?

Ameno : Perlu ke bilangan penganut yang ramai.. tetapi seme jenis tak faham apa sebab mereka menganuti ajaran tersebut?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...