Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Februari 2013

Ugutan Bakar Bible Tak Salah - Mahathir.

Hatta perkataan UGUTAN [berbaur hasutan, niat jahat] itu sendiri termasuk dalam kategori melakukan jenayah di Malaysia. Dan ko cakap tak salah mengugut? Biar betul ko neh Mahathir wehh?


Tun Dr Mahathir Mohamad membela Datuk Ibrahim Ali hari ini, mendakwa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu tidak melakukan penghinaan apabila beliau mencadangkan untuk membakar Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan kalimah “Allah”.  

Dr Mahathir yang merupakan penaung Perkasa memberitahu sidang akhbar hari ini, ahli parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada amalan biasa membakar penerbitan dikelaskan sebagai haram.

“Biasanya, jika terdapat penerbitan yang diharamkan, tindakan yang diambil ialah membakar buku tersebut. “Jadi pandangan beliau (Ibrahim) jika Bible haram dari segi polisi, beliau memilih jalan biasa iaitu untuk membakarnya,” kata beliau selepas melancarkan buku “Antartica: Malaysia’s Journey to the Ice” di Universiti Malaya disini. 

“Jadi saya tidak fikir dia (Ibrahim) mempunyai niat untuk menghina kitab injil… ini bukan niat dia.” -TMI-

Bible di Malaysia boleh diterbitkan dalam bahasa melayu. Juga ada sesetengah cetakan, version boleh meletakkan kalimah Allah.

Ia dah diluluskan oleh kerajaan apa. Walaupun tak merujuk kepada semua negeri di malaysia. So di mana betulnya statement Ibrahim Ali ini? Kalau ko beli bible di sabah dan bawa balik ke perak, adakah ini salah? Adakah ini dipanggil melakukan kesalahan?

Undang2 ini pincang. Sebab yang buat undang2 ini otak dia BANGANG. Takpela. Kita bukan nak citer bab undang2 BANGANG neh. Kita nak citer pasal pemikiran Mahathir.

Seperti yang kita tahu Ibrahim Ali sedang disiasat oleh PDRM. Tetapi korang seme boleh bermimpi la yang PDRM akan proceed kes neh sampai ke peringkat pendakwaan. Sebab apa?

Sebab Mahathir dah keluar statement. Kata2 Mahathir kan hint. Apa yang PDRM patut buat, apa yang Najib patut buat.. bila Mahathir kata tak salah... so takan la PDRM nak memandai2 melangkaui kata2 Mahathir kan?

Memang la kata2 Mahathir bukan merupakan undang2 tetapi sebab dia dah jadi PM selama 22 tahun, maka sedikit sebanyak kata2 dia merupakan undang2 kepada badan2 tertentu.

Jadi disini tindakan PERKASA yang racist dilindungi oleh kerajaan. Cuba sesiapa keluarkan apa2 kenyataan seperti PERKASA tetapi babitkan agama lain.. korang tengok macam mana layanan yang ko akan dapat. Silap2 nanti mahathir keluarkan statement kenyataan ko merupakan satu malapetaka. Boleh kiamat malaysia tau.

KAH KAH KAH       

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...