Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Februari 2013

Selangor beri RM200 untuk pasangan muda berkahwin.

Kerajaan negeri Selangor akan memberi RM200 kepada pasangan muda yang berkahwin mulai minggu hadapan.

Mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor.  
Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr. Ahmad Yunos Hairi berkata, mereka yang lahir di Selangor akan menerima wang tersebut melalui simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam, manakala simpanan premium BSN bagi yang bukan beragama Islam, kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah.

“Kerajaan negeri akan memberi insentif perkahwinan belia untuk anak Selangor yang mahu melaksanakan perkahwinan sebagai hadiah kerajaan negeri kepada rakyat,” kata Dr Yunos lagi.

Kata Dr Yunos lagi, bagaimanapun ia tertakluk kepada seorang sahaja dalam satu pasangan. Selain itu, mereka yang terlibat dalam program insentif perkahwinan ini juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menunaikan janji kerajaan negeri ketika melancarkan Majlis Perkahwinan Belia Mengikut Adat Resam Melayu Negeri Selangor yang diadakan di pentas utama Selangor Agrofest 2012, perkarangan Stadium Shah Alam yang berlangsung bulan lalu.

RM200 tue sikit sangat. Mana cukup. Hatta nak cover duit nikah pun tak lepas.

kah kah kah

Tapi program perumahan tue menarik. Yang neh aku sokong sebab program perumahan = bantu beli rumah untuk pasangan yang baru berkahwin kan? So program neh bagus. Kalau nak rasa happy dengan pemberian rm200 tue takde la happy mana pun.  

Tak sampai sejam pun rm200 tue bleh bertahan. Tapi insentif perumahan tue menarik at least program neh membantu pasangan yang takde rumah, ada rumah sendiri. Pakej menarik walaupun kita pelik. Time2 nak PRU kan?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...