Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Februari 2013

Guru, sila letak jawatan kalau nak aktif berpolitik!

Gila la kau.

Nampak sangat pembohongnya !!!!!! 

Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.

Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.

“Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan,” katanya. -TMI-

Agak2 korang apa yang dia bohongkan di atas ?

1. Dah lama dah. Guru2 di malaysia dah lama dah terlibat aktif dalam politik yang membabitkan kerajaan. Bukan rahsia dan bukan perkara baru. Bahkan ada yang siap pegang 2,3 jawatan. Ini tak payah ko tanya mana bukti. Ko pergi sekolah anak kau dan ko cari mana2 cikgu yang aktif berkempen sokong UMNO. Confirm dia ada jawatan paling2 koman pun AJK dalam UMNO cawangan.

2. Pernah tak selama ini mereka menyeru dan mengeluarkan arahan, kenyataan agar mana2 guru yang mahu aktif berpolitik sila letak jawatan? Jawapanya NO.

3. Tapi kenapa mereka keluarkan kenyataan/seruan tue sekarang? Jawapan nya ialah, sebab guru2 sekarang ramai pro PAKATAN RAKYAT. Inila hakikatnya weh.

4. Jadi, dia keluarkanlah kenyataan seperti di atas. Nak cakap guru2 yang mahu aktif berpolitik wajib sokong BN, kalau sokong PR letak jawatan kalau nak aktif sangat.. tak BOLEH. Tapi nampak sangat plak dorang BIAS. Padahal memang BIAS pun.

5. Aktif berpolitik tak semestinya pegang jawatan. Pegang jawatan tak semestinya mengabaikan tanggungjawab kepada kerjaya. Pandai2 la dorang bahagikan masa. Lain orang lain cara. Siapa ko nak menilai, kan?

Kalau dah terbukti abaikan anak murid baru boleh jadi isu.

6. Lepas tue siap seru2 cikgu agar sokong BN. Konon nya tak kena la penjawat AWAM sokong PR.

7. Hello, penjawat awam. Bukan penjawat BN. Kalau ko ahli BN lepas tue ko pongpang2 seru sokong pembangkang tue memang pelik sikit. Otak ko is somewhere wrong.

Tapi dah namanya penjawat awam, PERGI MAMPOS la ko nak sokong sapa2 pun. Apa hak kau nak tentukan siapa mereka patut sokong dan siapa mereka tak patut sokong? Ko ke bayar gaji dorang? BN ke bayar gaji dorang? Mana BN ada duit? Petik dari pokok ke?

Yang bayar gaji kakitangan awam ialah pembayar cukai. Ko dan aku. Kita semua. Beli kepsi pun ada cukai. Sikit ke banyak ke yang penting kalau dikumpul2 jadi billion. Dan billion2 ini la yang membantu memajukan negara. Bukan guna usaha ko sorang. Bukan guna duit ko sorang. Nak harapkan orang2 BN je bayar cukai? PERGI LA. Aku nak tengok sejauh mana korang bleh hidup.

Jadi oleh kerana mereka dan kita semua sama2 bayar cukai kita punya pasal la nak sokong sapa2 pun. Jangan buat negara neh macam negara ko sorang. Ini negara kita bersama. Sedar la diri tue sikit. Pui       

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...