Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Februari 2013

FELDA bina stadium kos RM100juta selepas pinjam RM6billion dari KWSP.

Aku tak setuju pembinaan stadium di anggap satu pembaziran. Kita kena tengok juga dari sudut kemajuan. Pembinaan stadium tue sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai event. Tak semestinya event untuk anjurkan perlawanan bola sepak jek. Itu satu.

Yang kedua, penubuhan pasukan bola sepak felda pun oke. Bagus apa mewujudkan pasukan bola sepak felda. Mungkin dengan kewujudan pasukan ini boleh menghasilkan pemain2 bola sepak handalan dari kalangan family felda. Tak siapa tahu. Jangan perkecilkan idea ini hanya kerana ia datang dari BN oke.

Walau bagaimanapun aku menyokong pendapat penulis bila dia bercakap ;

Sinar Harian hari ini melaporkan Isa sebagai berkata bahawa pihaknya (Felda) memperuntukkan kira-kira RM80 juta sehingga RM100 juta bagi membina stadium itu untuk kegunaan pasukan bolas epak Felda United.
Persoalannya apakah pembinaan sebuah stadium merupakan satu keperluan mustahak kepada Felda  di kala kedudukan kewangan Felda menimbulkan persoalan.
Di kala Felda meminjam RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang sehingga kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan masih belum menjawab secara spesifik dan terperinci untuk kegunaan apakah RM6 billion itu; perlukah Felda membelanjakan RM80 juta ke RM100 juta untuk sebuah stadium yang belum tentu dapat memberi pulangan lumayan.
Ditambah pula dengan harga pasaran saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang setakat hari ini hanya sekadar ‘cukup makan”.
Dalam keadaan peneroka Felda di seluruh negara dibelenggu dengan pelbagai masalah termasuk kes tanam semula yang tidak sempurna, proses tanam semula yang lewat, ladang peneroka bersemak samun, hutang peneroka yang tinggi dengan Felda (proses tanam semula dan elaun sara diri) dan pertikaian Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit; kini Felda ingin berbelanja sakan untuk satu perkara yang bukan asas atau matlamat utama pembukaan rancangan Felda itu sendiri.
Tidak nampak apa faedah jangka masa panjang untuk peneroka dan generasi baru peneroka dengan pembinaan stadium itu.


1. Timing bina stadium tak tepat. Kita ada masalah lain. Masalah yang lebih besar dan berat. Masalah yang perlu diberi perhatian khusus. Masalah yang lebih utama untuk diselesaikan secara berperingkat. Jadi instead of selesaikan masalah tersebut, mereka pergi bina stadium? Apa rasionalnya disitu? 

2. Kos bina stadium mahal. RM100juta bukan satu angka kecik. Melihat kepada kos pembinaan nya adakah stadium itu nanti benar2 akan terhasil sepertimana kos yang dinyatakan? Ataupun mungkin sebut harga tulis RM100juta tetapi hasil yang terpapar seolah2 stadium yang berkos rm40-50juta jek?

3. Pinjaman FELDA daripada KWSP sebanyak rm6billion perlu dinyatakan sebab dan tujuannya. Perincian pinjaman tersebut perlu dijelaskan kepada orang ramai kerana ini membabitkan wang orang ramai. FELDA harus memberikan penjelasan rasmi untuk apa pinjaman itu dibuat, kenapa pinjam di saat FELDA asyik cakap mereka untung besar dan kenapa babitkan duit rakyat kat sini? 

Hari tue Najib pinjam duit KWSP dah bayar ke belum? Asyik rakyat je kena bagi suntikan dana. Dah bagi suntikan cukai, bagi lagi suntikan dana, bila rakyat marah polisi2 yang mengarut rakyat pula dihalau keluar, dituduh tak kenang budi, tak reti bersyukur dan tatau berterima kasih. 

Aik?

Time susah ko cari rakyat. Rakyat dah bantu alih2 rakyat kena balik?

Sekarang sapa yang kena terima kasih kat sapa sekarang?

Cakap tue cuba2 belajar tengok kiri dan kanan. Sambil2 pegang fakta. Cuba kurangkan meroyan dan cuba jangan paksa orang untuk menyokong apa yang BN buat. Sedar la sikit. Ko tak pernah kerja percuma pun di sini. Ko berkerja dan ko dibayar untuk itu. Jika ko kerja percuma itu lain citer. Oleh kerana gaji pun ko dah mencekik jadi jangan la buat muka tak malu nak suruh ko bersujud di tapak kaki lue. Tah hapa2.

Artikel rujukan :  http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/02/07/apa-perlu-felda-belanjakan-rm100-juta-untuk-stadium/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...