Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Sultan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sultan. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mac 2017

"Kejap, Minum Air Kejap" - Video Agong Minum Air Ketika Bertitah Jadi Tumpuan Netizens.

Ketika ini tular satu rakaman video yang membabitkan aksi Yang Dipertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang menghentikan ucapannya sebentar kerana membuka botol untuk meminum air.

Screenshot rakaman
"Kejap, minum air, kejap" kata baginda ketika berhenti berucap untuk membuka botol dan seterusnya meneguk beberapa air bagi menghilangkan dahaga.

Rakaman itu dikesan mulai tular apabila dikongsikan oleh page Friends Of PDRM. Dengan caption ; 

"Spontan dan Sempoi"

Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang dikenali ramai sebagai seorang raja yang merendah diri dan berjiwa rakyat hari ini membuat kejutan dengan membuka sendiri botol air minuman semasa merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13.


Untuk makluman, siang tadi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13. Rakaman itu disunting dari siaran langsung yang turut disiarkan menerusi saluran TV 1.

Meskipun tindakan itu mendapat pujian rata-rata netizens yang meletakkan komen di post berkenaan namun masih terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan perkongsian tersebut.

"Agong minum air pun nak kasi viral juga. Agong bertitah mesti minum air nak bagi lancar", kata Eejahnzal.

"Tuanku pun manusia, nothing luar biasa", respon Hamidi Mohd.

"Yang tak biasa minum sendiri terkejut pula", kata Azlan.

"Aku minum tak pon nak viral", kata M. Hafiz pula.

Dalam pada itu, terdapat pihak yang mahu tindakan diambil terhadap petugas parlimen atas kecuaian kerana tidak menghidangkan air terus kepada Yang Dipertuan Agong.   

Walaubagaimanapun, menerusi rakaman video yang tular, hasil pemerhatian kami mendapati wujudnya satu gelas kaca yang cantik dihadapan Yang Dipertuan Agong. Boleh jadi airnya habis diminum ataupun YDP Agong tidak perasan tentang kewujudan gelas berkenaan. 
 

Rabu, 8 Ogos 2012

Takan nak anggap aku derhaka pula?

Derhaka ke neh? 



Gambar satu : Raja muda selangor ==> melawat masjid jamek Ar-Rahimiah Klang.

Salah? 

Tak salah.

Apa peranan raja2 di malaysia?

Mengetuai dan mewakili negara / negeri masing2 sepanjang tempoh perlantikkan mereka.

Apa tugas utama mereka?

Ketua agama islam negeri atau negara sepanjang tempoh berkhidmat.

Apa itu agama islam?

Islam = satu agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat malaysia. Islam ialah agama yang menghindar kepada perbuatan mungkar dan menyeru kepada kebaikan.

Apa itu perbuatan mungkar?

Minum arak merupakan salah satu darinya.

Oke.


Gambar 2 : Dipercayai orang yang sama seperti gambar di atas. [Betulkan jika salah].

Ubahlah.

Pintu taubat masih terbuka. Masyarakat sekarang terbuka kepada perubahan. Kalau dulu kita duduk atas laluan yang salah, tetapi jika kita ubah, masyarakat juga akan lupa kisah silam kita. Majoriti akan bersikap begitu. Kerana majoriti memahami.

Untuk mendapatkan hormat, title dan pangkat sahaja tidak mencukupi. Ini kerana kita masing2 sedia faham, tuan kita ialah Allah swt dan bukan mana2 manusia. Mana2 manusia yang mengetuai kita di dunia neh hanyala bersifat sementara.

Tak guna berbangga2an dengan akhlak buruk kita dan sebarkan di ruang yang sama sekali tiada rahsianya. Harap2 doa umat islam selangor khususnya dan doa seluruh rakyat muslim malaysia am nya benar2 memberi kesan kepada raja2 dan sultan2 kita.

Sesungguhnya raja yang adil raja yang kami hormat [bukan sembah] tetapi raja yang zalim, kami terpaksa melawan, bukan kerana nak menderhaka tetapi sekadar mempertahankan keadilan buat diri kami. Walaupun seseorang raja itu minum arak dan bersabit dosa diri dia dengan Allah swt je.. 

Tetapi jika masyarakat mengetahui sikap seseorang bakal ketua agama kita seperti ini [dipercayai].. alangkah hancurnya ahti mereka.. bukan kah mereka akan terfikir bahawa selama neh kami telah ditipu hidup2.. kenapa mereka cakap lain tapi buat lain?

Fikir-fikirkan..

Sumber gambar dan berita : sini

Selasa, 12 Jun 2012

Boleh komplain Sultan - Paper dulu-dulu.


Kerajaan negeri perak boleh pecat sultan. Ada kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri melalui dewan negara perak untuk memecat mana2 sultan yang melakukan kesalahan besar yang menyalahi undang2 negara.

Dalam artikel yang sama juga ada tertera bahawa rakyat boleh mengemukakan aduan kepada dewan rakyat berhubung salah laku sultan. Kalau ia masih diamalkan sekarang, aku berharap sangat diberikan pencerahan bagaimana nak mengadu pasal sultan. 

Pasal aku nak buat beberapa aduan. Pasal penjualan tanah kepada warga asing itu yang terutamanya. Kalau takde dah abaikan je larh.

KAH KAH KAH

Dan dalam artikel yang sama juga ada jelas tertera statement neh ;

"Pada dasarnya pertelingkahan di antara raja-raja melayu dan kerajaan pusat diselesaikan secara rundingan"

Maksudnya disini ialah kerajaan pusat pernah bertelingkah dengan raja2 melayu. Aku rasa asas kepada pertelingkahan tersebut ialah untuk mengurangkan kuasa raja2 di malaysia pada ketika itu. Dan aku juga dapat tahu bahawa umno sendiri pernah menyokong gagasan  republik. Rujuk video neh.

Kalau sungguh nampaknya sistem pentadbiran negara pilihan aku dan umno takde beza. Ataupun lebih tepat sistem yang aku mahu diamalkan di malaysia adalah sistem yang mahathir juga PERNAH inginkan. Jika umno PERNAH ada keinginan dan mahathir juga PERNAH ada keinginan, maka apa sebab aku tak boleh hah?

kah kah kah

Ameno : UMNO mudah lupa.. bukan melayu mudah lupa oke. Ekekeke

Khamis, 20 Oktober 2011

Aziz bari kena gantung tugas.

What the hell is this?


BIAS nak mampos.


Takan bercakap benda betul pun kena gantung tugas? Bukan lah dia menipu ataupun memutarbelitkan fakta macam prof zainal kling tue. Dia cakap benda betul. Benda betul tue bukanlah menghina mana2 sultan ataupun institusi diraja.


Salah ke kalau dia cakap bahawa sultan berhak di dinasihat dan dikritik? Ada dia soh kita maki ataupun hina sultan? Takdak. Dia cakap pasal kritikan. Andai sultan buat benda yang didapati tidak patut dibuat oleh seorang sultan maka sebagai rakyat tak salah apa kalau kita kritik sultan. Bukan kita hasut suruh benci ataupun hina sultan. 


Jangan salah faham statement dia. Yang sebenarnya kritikan yang dimaksudkan disini ialah nasihat. Sebagaimana yang kita semua tahu sultan bukan Nabi. Hanya Nabi je maksum. Sultan tidak maksum. Kalau sultan itu maksum maka di bawah neh apa pula?
















Nampak? Kita kritik sultan itu bererti kita nasihatkan dia. Term nasihat itu sahaja dah memberikan persepsi dari buruk kepada yang baik. Takan benda simple macam neh pun pihak pengurusan UIA sibuk nak masuk campur? UIA sejak akhir2 neh seringkali buat keputusan yang bias dan berpihak. Siapa tangan ghaib yang mula merosakkan sistem pentadbiran di UIA neh? Hidup jangan jadi sochai dan machai boleh tak UIA?


Baca bawah ;


Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu 
Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA. 
Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. 
Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. 
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu. 
Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". 
Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil. 
Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.-mkini-


Ameno : Umno hina sultan takpe, kalau nasihat sultan baru salah kot. Heh.

Ahad, 16 Januari 2011

Kenapa usik raja di malaysia?

Adoiii neh yang saya rasa geram sangat dengan pakatan rakyat neh. Nampak sangat dorang neh ngok-ngek takde kerja dah nak buat sampai mempertikaikan kuasa raja2 di malaysia. Tengok bukti2 di bawah ini yang saya petik khas dari surat khabar utusan pakatan ;


Tolonglah pakatan. Tolonglah terima dengan perasaan terbuka. Malaysia neh mengamalkan sistem demokrasi beraja. Raja adalah ketua negara. Isteri raja ialah wanita pertama. Manakala piem ialah pemimpin negara. Piem memerintah negara mewakili Agong. Agung berhak untuk tidak setuju dalam apa2 perkara yang mana Agung rasa akan menjejaskan rakyat. Pemimpin2 tak boleh ugut Agung. Pemimpin2 negara juga tak boleh memperdayakan Agung dengan kuasa, harta dan pangkat. Agung malaysia sekarang [yg kita miliki sekarang] adalah Agung yg mahu buat perubahan kerana Agung itu sayangkan rakyat. Sebab itulah bini Agung pakai tudung.

Oleh itu saya minta seluruh pemimpin2 negara hormatilah hak agung, raja dan sultan kat malaysia neh. Tolong hormati mereka dan jangan suka cakap tak serupa bikin.


Saya memang bersetuju, raja tak seharusnya kebal dari hukuman bilamana mereka terbukti bersalah. Saya terima tetapi macam saya katakan tadi, jangan suka cakap tak serupa bikin. Jangan suka berkokok benda yang dia sendiri buat. Kalau pun nak marahkan rakyat yang menentang kezaliman pemerintah, jangan sesekali heret nama Agung, sultan dan raja demi mengekalkan kuasa.

Jangan lupa, ada yang Maha-Raja di dunia ini iaitu Allah swt. Sekebal2 pemerintah di malaysia untuk kekal berkuasa, mereka tak kebal dari hukuman dan pengadilan Allah swt.

Ameno : Bercakap mmg berapi. Even api pun kalah. Heh

Sumber gambar rakan fb di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...