Isnin, 6 Mac 2017

"Kejap, Minum Air Kejap" - Video Agong Minum Air Ketika Bertitah Jadi Tumpuan Netizens.

Ketika ini tular satu rakaman video yang membabitkan aksi Yang Dipertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang menghentikan ucapannya sebentar kerana membuka botol untuk meminum air.

Screenshot rakaman
"Kejap, minum air, kejap" kata baginda ketika berhenti berucap untuk membuka botol dan seterusnya meneguk beberapa air bagi menghilangkan dahaga.

Rakaman itu dikesan mulai tular apabila dikongsikan oleh page Friends Of PDRM. Dengan caption ; 

"Spontan dan Sempoi"

Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V yang dikenali ramai sebagai seorang raja yang merendah diri dan berjiwa rakyat hari ini membuat kejutan dengan membuka sendiri botol air minuman semasa merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13.


Untuk makluman, siang tadi Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V telah merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13. Rakaman itu disunting dari siaran langsung yang turut disiarkan menerusi saluran TV 1.

Meskipun tindakan itu mendapat pujian rata-rata netizens yang meletakkan komen di post berkenaan namun masih terdapat beberapa pihak yang mempertikaikan perkongsian tersebut.

"Agong minum air pun nak kasi viral juga. Agong bertitah mesti minum air nak bagi lancar", kata Eejahnzal.

"Tuanku pun manusia, nothing luar biasa", respon Hamidi Mohd.

"Yang tak biasa minum sendiri terkejut pula", kata Azlan.

"Aku minum tak pon nak viral", kata M. Hafiz pula.

Dalam pada itu, terdapat pihak yang mahu tindakan diambil terhadap petugas parlimen atas kecuaian kerana tidak menghidangkan air terus kepada Yang Dipertuan Agong.   

Walaubagaimanapun, menerusi rakaman video yang tular, hasil pemerhatian kami mendapati wujudnya satu gelas kaca yang cantik dihadapan Yang Dipertuan Agong. Boleh jadi airnya habis diminum ataupun YDP Agong tidak perasan tentang kewujudan gelas berkenaan. 
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...