Menurut maklumat yang kami terima, rata-rata peniaga online yang baru berdaftar dengan SSM permohonan BRIM mereka tidak diluluskan atas alasan LHDN perlukan pengesahan tentang maklumat pendapatan pemohon.
Maklumat lain yang kami terima juga, kemungkinan pemohon mempunyai dua pekerjaan iaitu satu pekerjaan tetap manakala satu yang lain ialah pekerjaan sampingan (meniaga online) disebabkan itu permohonan mereka tidak diluluskan tambahan pula bukti pendapatan bulanan mereka tidak dapat disahkan oleh LHDN secara tepat.
Sumber : Netizens |
Mereka membanjiri fb Najib Razak dengan komen seperti;
#KENAPABR1MRAMAITAKLULUS
#BR1MSSM
Ada yang mempersoalkan tindakan kerajaan yang sewenang-wenangnya menggagalkan permohonan BRIM atas alasan berdaftar dengan SSM sedangkan yang mengalakkan pendaftaran perniagaan online itu kerajaan juga.
"Suruh buat dua kerja, bila dah buat kerja part-time dia pun tambah part-time untuk kutip cukai tambahan pula", respon Khalid pada status Najib Razak.
"Berdaftar dengan SSM sebab katanya salah kalau meniaga online takde SSM dah daftar BRIM gagal pula, gile dah kerajaan", kata Erlina.
"Suri rumah berdaftar dengan SSM pemohon suami pula gagal atas alasan sang isteri berdaftar dengan SSM? Sang isteri nak bantu suami cari duit tambahan bayar gst bayar kos sara hidup tinggi mu faham ke tak faham neh Najib", komen Ilyas.
"Dulu menteri sewel suruh buat dua kerja sebab nak kutip cukai dua kali la. Nampak tak permainannya", kata Azlina pula.
Dan ini antara luahan yang kami screenshot di page Najib Razak;
Walaubagaimanapun, kami cadangkan agar rakyat Malaysia bertenang dahulu. Ini kerana setiap tahun kerajaan akan memberikan peluang kepada pemohon-pemohon BRIM yang gagal untuk membuat rayuan.
Gunakan masa yang ada untuk sorok butiran pendapatan yang lain dan sila mohon semula. Hahahaha..