Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Mac 2017

Malaysia Larang Rakyat Korea Utara Keluar, Korea Utara Larang Rakyat Malaysia Keluar - Krisis Dua Negara Kian Runcing

Update - 7 Mac 2017 12.40 tengahari.

Ini perkembangan terbaru yang kami terima. Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi sebentar tadi mengadakan satu sidang media tergempar bagi memberikan penjelasan mengenai langkah drastik Korea Utara terhadap rakyat Malaysia di negara berkenaan.


Dalam sidang tersebut, Zahid Hamidi mengesahkan rakyat Malaysia dilarang meninggalkan negara tersebut susulan dari krisis diplomatik yang melanda di antara dua buah negara berkenaan berhubung kematian Kim Jong Nam di Malaysia baru-baru ini.

Sebagai reaksi balas segera, rakyat Korea Utara juga akan dilarang meninggalkan negara ini dan arahan itu berkuat-kuasa serta-merta.

Arahan tersebut melibatkan kesemua rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia (kemaskini).

"Kita (Kerajaan Malaysia) berharap tiada sebarang ancaman kepada rakyat kita di sana (DPRK)", kata Zahid Hamidi dalam sidang berkenaan.

Zahid Hamidi juga berkata kerajaan akan memaklumkan jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dan kebajikan mereka akan dijaga.  

Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada jumaat ini juga akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai isu ini, katanya lagi.

----------- 

Semua rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara kini diharamkan untuk keluar dari negara itu lapor APF. Ini susulan dari tindak-balas terhadap kerajaan Malaysia yang menghalau pulang kedutaan Korea Utara, Kim Chol pada 4 Mac lepas.

Pyongyang Bans Malaysia
Petikan Twitter
"Semua rakyat Malaysia di Korea Utara dilarang dari meninggalkan negara itu sehingga insiden yang berlaku di Malaysia diselesaikan", memetik laporan APF.

Hubungan Malaysia - Korea Utara menjadi tegang disebabkan campurtangan negara berkenaan dalam siasatan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada Pemimpin tertinggi Korea Utara iaitu Kim Jong Un.

Kim Jong Nam mati dibunuh di KLIA 2 pada 13 Februari selepas diserang dengan senjata kimia berbahaya oleh dua wanita warganegara asing.

Walau bagaimanapun pihak Korea Utara menuduh Malaysia terlibat dalam menyembunyikan fakta kematian sebenar Kim Jong Nam yang menurut mereka sebenarnya mati disebabkan serangan jantung.

Menurut maklumat yang kami terima, ketika ini lebih kurang 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara atas pelbagai urusan. Rakyat Korea Utara juga berada di Malaysia namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka. 

Artikel dikemaskini pada jam 2 petang - 7 Mac 2017.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...