Jumaat, 10 Mac 2017

Kita Patut Bersyukur KKM Beri Subsidi Tinggi Untuk Kesihatan Tapi Kita Sibuk Kecam Kerajaan - Luahan Doktor Pro UMNO..

Oleh : Aznil Hisham

1. Saya kena betulkan persepsi rakyat bahawa Kementerian Kesihatan tidak pernah menjanjikan perkhidmatan percuma, sebaliknya KKM melalui DG berulang kali mengatakan bahawa KKM tetap memberi perkhidmatan yang bersubsidi tinggi. 

2. Ada beza antara perkhidmatan percuma dan perkhidmatan yang diberikan dengan subsidi yang tinggi. 

3. Kita patut rasa bersyukur bahawa KKM masih lagi memberikan subsidi yang tinggi untuk rakyat. Namun benarkan rakyat bersyukur? 

4. Dalam pembentangan bajet 2017, PM mengatakan bahawa negara mengalami kekangan kewangan disebabkan faktor global. Hasil dari minyak sebelum ini adalah RM 70 billion, kini menjadi RM 14 billion. Mujur pengenalan GST membantu sumbangan pendapatan kerajaan sebanyak RM 40 billion. Persoalan seterusnya, cukupkah dengan GST menampung pengurangan pendapatan negara? 

5. Namun kerajaan tetap menambah peruntukkan kesihatan sebanyak RM 2 billion kepada KKM. Adakah ianya mencukupi? 

6. Secara jujur, ianya tidak cukup berbanding kadar pesakit yg bertambah yang mana majoriti mereka adalah golongan yang gagal menjaga dan mengawal kesihatan mereka. 

7. Bila kita menguatkuasakan kegiatan merokok dan vaping, mereka adalah orang yang paling hadapan menentang. 

8. Bila kita syorkan mengurangkan pengambilan gula berlebihan terutama pesakit diabetes, mereka ingkar. Banyak lagi kempen kesihatan kita gagal. 

9. Kenapa mereka mengambil mudah tentang kesihatan mereka? Jawapan : mereka tahu hospital kerajaan menyediakan rawatan dan perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi. 

10. Bayangkan jika suatu hari nanti kerajaan menarik subsidi ini sepertimana yang dilakukan oleh negara-negara maju, adakah mereka sedar akan nilai kesihatan? Sudah pasti - ya. 

11. Patutkah kerajaan lakukan? Namun di sini kerajaan tetap memberikan pertimbangan. Bagi kerajaan, memberi subsidi tinggi kepada perkhidmatan kesihatan dapat membantu accelerate produktiviti rakyat dan membantu pertumbuhan negara. Namun bagi saya, ianya adalah sebaliknya. Ianya tidak membantu mengubah mentaliti subsidi minda rakyat. Ianya terus menjadi rakyat terus bersikap meminta-minta dan malas berusaha. 

12. Dalam kita berada di zaman yg menggunakan media sosial sebagai medan kita melepaskan amarah, kita dapat lihat ramai yg berkongsi kononnya mereka terpaksa membeli sebahagian ubat yang diprescribe. Adakah ianya berlaku pada zaman ini sahaja? 

13. Saya berkhidmat lebih dari 11 tahun. Malah sejak zaman arwah abah lagi, pesakit terpaksa membeli sebahagian ubat-ubat tertentu telah di amalkan. Namun, pada waktu ini kelihatan prominent sebab kemajuan teknologi penyebaran persepsi, yang tidak ada pada zaman sebelumnya? 

Gambar Oleh Google
14. Mengapa kami suggest ubat-ubat tertentu dibeli sendiri? Ini satu topik yang besar untuk diperjelaskan. Namun diringkaskan, kita kini mengalami evolusi pengeluaran pelbagai ubatan yang terkini dan terbaru dipasaran. Namun ubat yang available adalah ubat yang mana digunakan dan dicadangkan oleh para doktor pada tahun sebelumnya. Kerajaan akan membeli ubat-ubat yg dicadangankan oleh pakar-pakar pada masa itu. Namun, tahun semasa, muncul pula ubat baru. Dan pakar yang merawat merasakan ianya baik kepada pesakit. Namun pesakit terpaksa membeli. Jika respon yang baik terhadap ubat berkenaan, maka pakar akan mencadangkan agar KKM menyediakan ubat berkenaan pada tahun seterusnya. 

15. Ubat tiada stock? Adakala berlaku terutama dihujung tahun. Penggunaan ubat tahun semasa melebihi dari apa yang di jangka. Ianya berlaku diluar jangkaan. Yang memberi forcast penggunaan ubat adalah ketua-ketua jabatan. Tak pasti kenapa Perdana Menteri yang dipersalahkan. 

16. Ada banyak lagi sebab-sebab lain. Namun jika diperjelaskan, rakyat tidak mungkin faham. 

17. Zikir dimulut mereka, kerajaan tiada duit. BENAR!!!. Itu yang Perdana Menteri nyatakan dalam bajet yang lepas. Tak perlu dipersoalkan. Yang patut rakyat tanya adalah apa sumbangan mereka pada negara? Memaki hamun? Mencerca doktor yang kononnya gaji kami adalah mereka yang bayar? Penjawat awam adalah hamba abdi? Mengungkit bayaran GSt 

18. Fungsi kerajaan adalah menguruskan wang rakyat untuk rakyat. Bukan menjana wang untuk tabur depan rakyat hingga rakyat jadi pemalas. 

19. Jika kalian rasa kekangan kewangan negara disebabkan kecurian atau penyelewengan dari pimpinan negara, buktikan. Menuduh tanpa bukti adalah kerja manusia yang tiada agama. 

20. Jika rasa kerajaan kini tidak menguruskan dengan baik, PRU 14 anda boleh pilih kerajaan yg kononnya boleh menghapuskan GST, Tol dan pada masa yang sama boleh pulangkan subsidi kepada rakyat, beri kereta murah, rawatan 100% percuma, pendidikan percuma, hapus hutang PTPTN dan lain2. Namun, sebelum anda pangkah, tanya dahulu pada diri. Adakah mereka lakukan pada negeri2 yang mereka kuasai?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...