Selasa, 7 Mac 2017

Peniaga Cameron Highlands Di Arah Berpindah Berdekatan Kawasan Tanah Runtuh - Apa Logiknya?

Ini ada satu aduan yang kami terima.

Ia mengenai masalah yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga di Cameron Highlands yang mana mereka telah diarahkan untuk berpindah ke satu lokasi perniagaan yang baru, di mana lokasi tersebut sebenarnya tidak selamat!

Ya, tidak selamat. Ianya tidak selamat kerana sangat berdekatan dengan kawasan tanah runtuh dan tempat pembuangan sisa sampah pembinaan.

Sebenarnya masalah yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga ini sudah lama. Dalam mendepani karenah majlis perbandaran mereka telah melalui pelbagai cabaran termasuklah apabila secara tiba-tibanya gerai perniagaan mereka telah terbakar pada awal tahun ini dan sehingga kini keputusan siasatan akhir tentang punca kebakaran masih tidak dinyatakan secara jelas.

Rujuk kronologi kes yang dihadapi oleh sekumpulan peniaga ini;



Bangunan kedai yang terbakar



Di Malaysia, kalau nak bina bangunan baru ke nak menghalau peniaga, penduduk lama di situ ke mesti ada je kes kebakaran. Pelik kan?

Dan berikut di bawah ialah lokasi berhampiran tempat tapak peniaga baru yang dicadangkan akan dibina bagi mengantikan tempat lama.

Lihatlah sendiri kenapa ia tidak dipersetujui oleh peniaga-peniaga tersebut.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...