Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Mac 2017

Tidak Benar 6,000 Pensyarah Diberhentikan - Ini Penjelasan Dari KPT.

Sebelum ini tular tentang satu artikel berita dari Berita Harian yang melaporkan 6,000 pensyarah telah diberhentikan kesan dari pemotongan bajet yang berlaku di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Laporan itu mengundang andaian negatif masyarakat terhadap kerajaan memandangkan  pemotongan bajet jelas telah menjejaskan sektor pendidikan yang mana pelajar, golongan pekerja dan universiti menjadi mangsa.

Kerajaan juga dikritik kerana lebih sanggup mengeluarkan belanja untuk beli dan renovate pesawat rasmi dan membawa Najib sekeluarga bercuti daripada membelanjakan wang cukai ke atas perkara yang membabitkan kepentingan rakyat.

Laporan tersebut;

6,000 Pensyarah Diberhentikan
Gambar Oleh : Berita Harian
Bagaimanapun KPT bertindak menafikan laporan tersebut dan berikut di bawah ialah penjelasan dari pihak mereka.

ISU GAJI PENSYARAH DI TAKUK LAMA

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin menjelaskan bahawa isu kebajikan pensyarah adalah dipandang seirus. Dalam hal ini, pada 1 Sepetmber 2010, Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti (SPPU) telah pun ditambahbaik
. Antara ciri-ciri penambahbaikan tersebut termasuk:

a) SPPU merupakan satu-satunya skim perkhidmatan awam di negara yang berlandaskan merit, iaitu kenaikan pangkat tidak perlu mengisi kekosongan jawatan.

b) Oleh kerana berdasarkan merit, kenaikan pangkat juga boleh dilakukan secara berganda dengan pelangkauan gred ditengah.

c) Selain daripada itu, pensyarah di universiti yang memiliki ijazah kedoktoran (PhD) akan terus dilantik ke gred DS 51, tidak kira umur mereka.

d) Universiti pula diberikan autonomi untuk menentukan kriteria kenaikan pangkat dan pengurusan sumber manusia masing-masing.

Pada tahun 2012 pula, kesemua pensyarah di universiti telah diberikan kenaikan gaji oleh kerajaan selaras dengan Pekeliling Kerajaan Bil 1 tahun 2012 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Di samping itu, pensyarah universiti dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja perundingan, menubuhkan serta menguruskan syarikat sendiri, dan mendapat perkongsian royalti hasil daripada pengkomersialan penyelidikan, penerbitan bahan ilmiah, dan sebagainya. Ini merupakan satu sumber pendapatan tambahan bagi golongan pensyarah.

Pada tahun 2015, di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), dalam usaha untuk memperkasakan bakat dikalangan pensyarah, KPT telah memperkenalkan inisiatif laluan kerjaya 4-trek. Menerusi laluan kerjaya 4-trek ini yang merangkumi trek pengajaran, penyelidikan, kepimpinan dan profesional industri, kriteria kenaikan pangkat menjadi lebih fleksibel serta dinamik, dan pensyarah dapat memfokuskan pembangunan kerjaya mereka mengikut trek yang dipilih.

KPT juga ingin menyuarakan kekecewaan dengan pihak media kerana melaporkan bahawa ‘6,000 pensyarah diberhentikan’ ekoran isu pemotongan bajet. Perkara ini adalah tidak tepat. Menurut data KPT, angka sebenar ialah 2,000, dan merujuk kepada bilangan pensyarah yang telah pencen, staf kontrak yang tidak disambung, staf yang diberhentikan atas sebab-sebab tertentu, dan tidak mencapai prestasi yang ditentukan (KPI) secara kumulatif sejak lima tahun yang lalu (2012).

Angka tersebut tidak mengambil kira kemasukan pensyarah baru. Buat masa ini, terdapat lebih 32,000 pensyarah di Universiti Awam seluruh negara.

Universiti mempunyai autonomi untuk melantik semula pensyarah yang telah pencen dan KPT percaya bahawa universiti akan terus melantik pensyarah yang telah pencen secara kontrak untuk memenuhi keperluan mereka. Universiti juga mempunyai pelan penggantian (succession plan) masing-masing untuk membolehkan pensyarah muda mengambil alih jawatan yang telah dikosongkan.

KPT ingin menjelaskan bahawa cadangan-cadangan MAAC yang telah dibangkitkan pada September 2016 telah dikemukakan kepada agensi pusat untuk dipertimbangkan.

KPT juga menyambut baik kenyataan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara ini dan bersedia bekerjasama dengan JPA.

KPT ingin menegaskan bahawa pemantapan profesionalisme dan kualiti para akademik institusi pendidikan tinggi negara merupakan perkara yang penting kepada kerajaan.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya
6 Mac 2017

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...