Rabu, 8 Mac 2017

Isu Video : Bukan Saya Yang Menari Dengan Wanita Dalam Kelab Itu Kata Zairil.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari pada hari ini menafikan satu penyebaran video yang kononnya merujuk kepada beliau yang sedang menari di dalam sebuah kelab.

Ahli Parlimen Bukit Bendera
Rakaman video yang berdurasi selama 16 saat itu dikesan mulai tersebar sejak semalam di laman sosial terutamanya di page-page politik yang dikendalikan oleh pro kerajaan (BN).

Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki yang berwajah mirip seperti Zairil, yang sedang berdiri tegak ketika dihampiri oleh seorang wanita berambut panjang dan menari-menari sambil memeluk lelaki itu kemudiannya. Lelaki itu juga membalas pelukan wanita tersebut meskipun wajah lelaki berkenaan kelihatan sangat tiada ekspresi. 

Bagaimanapun wajah wanita berkenaan tidak dapat dikenalpasti kerana ianya dirakam dari arah belakang badan wanita itu.

"Itu bukan saya. Ini memang kerja mengarut. Ada pelbagai cerita mengenai saya setiap hari. Tidak pernah berhenti", kata Zairil kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang penyebaran video tersebut.

Semakan di Facebook, mendapati video berkenaan mula disebarkan oleh satu page yang dikenali dengan nama Penang Kini.

Video yang dimaksudkan.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...