Selasa, 7 Mac 2017

Gambar-Gambar Orang Tua Yang Terseksa, Yang Penat, Yang Pengsan Dan Terduduk Kerana BRIM Batu Gajah.

Apa sudah jadi?

Sejak BR1M mula diagihkan pada tahun ini, pihak kami telah menerima pelbagai aduan yang tidak enak tentang proses pengagihan BRIM.

Ramai penerima BRIM menyatakan ketidakpuasan hati mereka apabila terpaksa beratur panjang untuk mengambil BRIM selepas baucar sampai ke rumah walaupun ketika mengisi borang permohonan mereka meletakkan nombor akaun bank bagi memudahkan proses pembayaran BR1M.

Tidak cukup dengan itu, ada juga baucar yang dikepilkan bersama dengan logo BN (lambang parti politik) yang membayangkan seolah-olah wujudnya satu kempen politik dengan menggunakan majlis pembayaran BRIM.

Malahan baucar yang diedarkan juga mempunyai cop yang mewakili alamat pejabat parti politik tertentu dan sesetengahnya pula perlu mengambil di pejabat DUN.

Dan hari ini kontroversi tentang BRIM semakin melebar. Jika tadi pihak kami menerima maklumat ramai pemohon BRIM gagal dalam permohonan mereka kerana berdaftar dengan SSM kali ini kami menerima maklumat tentang proses pengagihan BRIM di Batu Gajah.

Baca : FB Najib Diserang - Hashtag #KenapaBr1mRamaiTakDapat membanjiri ruangan komen

Buat rakyat macam peminta sedekah. Itulah antara luahan penerima BR1M. 

Proses penukaran baucar BRIM juga tidak mudah. Mereka perlu membawa surat dan menukar kepada baucar dan kemudiannya membawa baucar tersebut ke bank untuk ditukarkan kepada wang tunai.

2 kali kerja.
2 kali penat.
2 kali buang masa.
2 kali menyusahkan.

Dan, kenapa agaknya?

Ini gambar-gambar yang kami terima yang menunjukkan beberapa warga emas sampai tertidur, terduduk, beratur dalam kawasan padat dan sempit ketika proses pembayaran BR1M disebabkan ketiadaan sistem yang teratur bagi mempercepatkan proses agihan.



Kredit : Pemuda Amanah Negeri Perak


Menurut info yang diterima dari group Batu Gajah Bandar Bersejarah;

1. Laluan masuk ke kawasan dewan sempit, apabila kenderaan masuk bertubi-tubi ia menyukarkan proses meletakkan kenderaan dan bagi orang tua jika parking terlalu jauh menyukarkan mereka untuk berjalan jauh ketika masuk ke dewan.

2. Dewan kecil dengan kehadiran orang yang terlalu padat sehingga terpaksa buka khemah luar dan beratur/menunggu di tengah panas.

3. Orang tua ramai yang mengeluh, penat, ada yang berkerusi roda, ada yang kepanasan lalu pengsan. Ada yang mencari tempat berteduh sementara menunggu.

4. Tiada sistem yang teratur. Proses pengagihan kelam kabut. Tiada papan tanda, tiada arahan jelas, tiada sistem nombor giliran.

5. Bukan hanya di kawasan Batu Gajah. Khabarnya turut melibatkan penerima BRIM dari kawasan Kampar. 

Semakan kami mendapati majlis tersebut adalah anjuran BN.


BR1M ialah bantuan kerajaan jadi kami tidak nampak keperluan untuk parti politik campurtangan dalam proses agihan sehingga menyusahkan orang ramai terutamanya di kalangan warga emas.

Memandangkan proses agihan BR1M Batu Gajah cukup kelam kabut dan menyusahkan orang ramai, maka pihak penganjur terpaksa menukar taktik mereka. Penerima diminta menghantar borang putih sahaja dan baucar akan diposkan ke rumah dalam masa terdekat.

Persoalannya, kenapa tak dimasukkan ke dalam akaun bank sahaja memandangkan pemohon dah siap-siap memberikan nombor akaun bank, kan? Misteri ini hanya Najib je yang dapat jawab. 😆😆😆😆😆

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...