Ahad, 5 Mac 2017

Berhenti Kritik Kenaikan Harga Gula, Lagipun Masih Termurah Di Asia Tenggara Kata Menteri

Menteri Mahu Rakyat Berhenti Kritik Kenaikan Gula

Orang ramai perlu berhenti menyuarakan pandangan negatif berhubung tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 11 sen pada awal Mac lepas kata Menteri Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memetik laporan The Malay Mail English.

"Kenaikan harga gula sebanyak 11 sen tidak menjadi masalah besar, ianya tidak sepatutnya menjadi satu isu, kerana semua orang tidak menggunakan gula sebanyak 1kg dalam sebulan".

Balik-Balik Banding Dengan Asia Tenggara

Tambahan pula, ianya lebih murah berbanding negara-negara Asia Tenggara lain, contohnya di Thailand yang menjual sebanyak RM3 bagi sekilogram gula, kata menteri berkenaan seperti dipetik dari Sin Chew Daily.


Meme - Seriously
"Ini menunjukkan betapa kerajaan akan menetapkan harga yang paling munasabah apabila membuat penetapan harga barangan", katanya lagi dalam laporan tersebut.

Ketika ini rakyat mengkritik tindakan kerajaan yang menaikkan harga gula secara sorok-sorok. 

Sebelum ini Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata;
Harga Gula Naik
Awani - Harga Gula Kekal
Kenaikan harga gula adalah spekulasi apa jua keputusan kerajaan akan mengambilkira kepentingan semua pihak malangnya kerajaan bertindak menaikkan harga gula secara senyap-senyap tanpa sebarang notis awal terutamanya bagi para peniaga untuk membolehkan golongan peniaga makanan terutamanya membuat persediaan awal.

Lagipun jika benar kerajaan mengambilkira kepentingan semua pihak kenapa bertindak menaikkan harga gula seolah-olah kilang proses gula alami kerugian? Kenapa tak pecahkan dasar monopoli dan galakkan persaingan bebas?

Rakyat Kata Tak Naikkan Harga Minyak, Naikkan Harga Gula Pula.

BRIM baru sahaja diedarkan kepada golongan yang layak baru-baru ini.

Dan apa yang menjadi pertikaian rakyat ialah apabila kerajaan mengambilbalik pemberian BRIM dengan cara menaikkan harga gula. Tak naikkan harga minyak naikkan harga gula pula.

Itu tanggapan rakyat.

Keuntungan Besar MSM Pada Tahun Lepas

WOW!

Laporan kewangan tahun lepas MSM menunjukkan keuntungan yang besar..


Siapakah MSM & Pemegang AP Gula Di Malaysia?



Gula Naik Kerana Matawang Jatuh

Kejatuhan matawang adalah menjadi alasan utama kenapa kerajaan terpaksa meluluskan permintaan bagi menaikkan harga gula di pasaran tempatan.

Persoalannya, rugikah mereka yang memproses gula mentah di Malaysia?

Laporan kewangan FGV
Laporan kewangan FGV

Tapi Najib kata ekonomi masih baik, macam mana tu?

Meme Confused
Meme Confused - Jackie Chan

Terbuktilah kejatuhan matawang negara > menyusahkan rakyat.

 Ekonomi Negara Di Landasan Yang Tepat
Najib Razak - Ekonomi Negara Di Landasan Yang Tepat
Tapi nampaknya rakyat terpaksa redha sebab menteri kata kejatuhan matawang baik untuk negara lagipun ia juga menggembirakan menteri pelancongan, oleh kerana rakyat bersifat kurang marah pemurah maka kami malas layan meraikan aje kenyataan-kenyataan menteri. 😂😂😂😂😂😂😂

 Saya Insan Paling Gembira Ringgit Jatuh
Nazri Aziz - Saya Insan Paling Gembira Ringgit Jatuh

Bagaimana? Dah bersedia nak berhenti kutuk kenaikan harga gula tak neh sepertimana yang menteri korang harapkan sangat tu. 😀😀😀😀 

Sumber gambar : Google, Awani, Laporan Kewangan FGV.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...