Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 5 Mac 2017

Secara Tiba-Tiba 136,272 Pengundi Selangor Hilang..

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, mohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemuka asas kukuh berkenaan tindakan melupus 136,272 maklumat pemilih di Selangor termasuk alamat mereka, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan Menteri Besar Selangor itu kepada pihak media, Azmin Ali menyatakan jawapan SPR berhubung isu kehilangan 136,272 pengundi adalah tidak jelas.

"Di dalam afidavit, jawapan yang diberikan oleh pengerusi SPR, beliau mengesahkan bahawa maklumat ini telah dilupuskan. 

Oleh itu mereka tidak dapat membekalkan maklumat kepada mahkamah. Dan ini satu perkara yang serius. Bagaimana sebahagian pemilih boleh dikekalkan nama penuh, alamat, dan butiran yang lain tetapi 136,272 pengundi di Selangor dilupuskan alamat mereka dalam daftar pemilih", katanya kepada wakil media.

Perkara ini penting untuk diperjelaskan kerana ia merupakan satu jumlah yang besar kata Menteri Besar itu lagi.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili SPR, Alice Loke berkata permohonan untuk memanggil hadir Pengerusi SPR ke mahkamah adalah tidak perlu kerana pertikaian utama ialah tentang persempadanan semula dan bukannya tentang pengundi.

136272 Pengundi Selangor Hilang
Gambar Oleh Suara Rakyat
Untuk mendaftar pengundi, alamat adalah subjek penting bagi SPR menentukan kedudukan lokalti, sebarang pertikaian berkaitan kawasan atau pertukaran kawasan tidak boleh menjadi sebab untuk memanggil hadir pegawai berkaitan (bagi menjawab soalan) ke mahkamah.

Perkara itu dinyatakan oleh Alice Loke ketika berhujah dalam mahkamah bagi menolak permohonan peguam kerajaan negeri Selangor untuk memanggil Datuk Seri Hashim Abdullah ke mahkamah untuk memperjelaskan isu kehilangan 136,272 pengundi berdaftar di Selangor.

Tindakan mempersoalkan daftar pemilih juga melanggar Seksyen 9A dalam Akta Pilihan Raya kerana daftar pemilih yang telah diperakui di bawah Akta tidak boleh dipersoalkan atau diketepikan. 

Sebarang pertikaian tentang daftar pemilih merupakan satu serangan langsung terhadap daftar pemilih dalam hujahnya kepada peguam kanan kerajaan negeri, Ambiga Sreenavasan.

Keputusan permohonan memanggil pengerusi SPR ditetapkan 9 Mac nanti oleh Hakim Mahkamah Tinggi Sivil, Yang Arif Azizul Azmi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...