Rabu, 8 Mac 2017

Setakat Nak Tulis Benda Melagakan Orang Sila Meninggal, Abby Abadi Mengamuk Marahkan Blogger Omakkaw.

Semua ini bermula apabila blogger Omakkaw mengkritik Abby Abadi di media sosial.

"Yeke? Bila kena bodek dengan Abby Abadi, DAP macam lupa diri dan syok sendiri".

"Berakhlak dan profesional ke kalau beli banglo di bawah harga pasaran", sindir blogger itu lagi.

Post Yang Mengundang Kemarahan Abby Abadi
Kenyataan itu kemudiannya ditangkaplayar dan dimuatkan semula di facebook Abby namun kali ini dengan Abby Abadi yang melepaskan kemarahannya terhadap blogger itu.

"Hantu gigi semakin over sejak kebelakangan ini. Konon ikut parti Islam tu jadi suci terus la tu. Fitnah pun takpe, ek? Saya puji sikit je pun. Memang jelas akhlak Lim Guan Eng, Lim Kit Siang baik. Tak maki orang. Tak fitnah orang. Takde pasal-pasal nak cerca orang. 

Yang buat kerja buruk tu orang-orang macam korang neh hah. Yang rasa confirm syurga. Tu sebab rasa boleh fitnah orang ikut suka", tulis Abby Abadi di Facebooknya.

Tambah beliau lagi, "Setakat nak tulis benda-benda nak melaga-lagakan orang, sila meninggal. Yang geng dia pun kalau benda-benda bodoh laju je sambut. Hal negara buat bodoh. Terus miskin pastu salahkan bangsa lain. Kesian. Tak payah nak racist sangat la. Bangsa tak bermakna apa-apa disisi Allah. Hidayah petunjuk itu milik Allah", katanya. 


Sebelum ini Abby Abadi menjadi sasaran serangan oleh penyokong PAS kerana menulis satu luahan tentang parti PAS yang pernah dianggotainya suatu ketika dahulu. Sejak itu hubungan Abby Abadi dengan para penyokong PAS semakin keruh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...