Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Oktober 2011

Aziz bari kena gantung tugas.

What the hell is this?


BIAS nak mampos.


Takan bercakap benda betul pun kena gantung tugas? Bukan lah dia menipu ataupun memutarbelitkan fakta macam prof zainal kling tue. Dia cakap benda betul. Benda betul tue bukanlah menghina mana2 sultan ataupun institusi diraja.


Salah ke kalau dia cakap bahawa sultan berhak di dinasihat dan dikritik? Ada dia soh kita maki ataupun hina sultan? Takdak. Dia cakap pasal kritikan. Andai sultan buat benda yang didapati tidak patut dibuat oleh seorang sultan maka sebagai rakyat tak salah apa kalau kita kritik sultan. Bukan kita hasut suruh benci ataupun hina sultan. 


Jangan salah faham statement dia. Yang sebenarnya kritikan yang dimaksudkan disini ialah nasihat. Sebagaimana yang kita semua tahu sultan bukan Nabi. Hanya Nabi je maksum. Sultan tidak maksum. Kalau sultan itu maksum maka di bawah neh apa pula?
















Nampak? Kita kritik sultan itu bererti kita nasihatkan dia. Term nasihat itu sahaja dah memberikan persepsi dari buruk kepada yang baik. Takan benda simple macam neh pun pihak pengurusan UIA sibuk nak masuk campur? UIA sejak akhir2 neh seringkali buat keputusan yang bias dan berpihak. Siapa tangan ghaib yang mula merosakkan sistem pentadbiran di UIA neh? Hidup jangan jadi sochai dan machai boleh tak UIA?


Baca bawah ;


Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu 
Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA. 
Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. 
Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. 
Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu. 
Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". 
Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil. 
Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.-mkini-


Ameno : Umno hina sultan takpe, kalau nasihat sultan baru salah kot. Heh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...