HIMPUN
ialah perhimpunan untuk menolak gejala murtad. Kata mereka, mereka
tidak suka kepada murtad dan mahu gejala murtad yang melanda umat islam
zaman sekarang ditanggani dengan serius. Perhimpunan neh tiada kaitan
dengan mana-mana parti politik walaupun perhimpunan neh di promote 24
jam oleh utusan yang suka menfitnah.
Salah
ke utusan mempromosikan himpun? Ya, salah. Sebab utusan selalu cakap
temberang. Bila orang yang suka cakap temberang promote benda baik pun
akan dilihat tidak baik. Itu sebab peribadi dia yang suka temberang.
Sukar nak hadir persepsi baik bila dia selalu sangat buat kerja jahat.
Ini
berbeza andai HIMPUN dipromote di semua media samada milik pembangkang,
bebas dan kerajaan. Persepsi rakyat akan menjadi berbeza. Bukan kita
tidak tahu umno di belakang himpun. Kita tahu. Sebab itu kita lihat
tamby chik beria2 kutuk pas semalam di utusan. Sebab tue kita lihat
blogs umno balon pas sejurus pas mengikut pendirian pkr dalam isu
HIMPUN.
Sekarang
neh salah ke kalau umno nak mengatasi gejala murtad melalui himpun? Tak
salah. Tapi benda kena lah ikut aturan yang betul. Seseorang yang
berkuasa macam umno, mereka tak perlukan himpun untuk atasi gejala
murtad sebab kuasa ada di tangan mereka. Mereka boleh gubal undang2 pada
bila2 masa. Mereka boleh buat apa pun sebab mereka majoriti pemerintah
di malaysia. Kuasa ada pada tangan mereka. Kalau mereka nak buat hudud
pun mereka mampu sebab Allah swt dah kurniakan mereka kuasa. Kuasa yang
tiada pada pas dan pkr.
Pas
selama neh hanya mampu memekak dan melolong sebab tak pernah sekalipun
Allah swt berikan pas kemenangan untuk perintah malaysia neh. Tapi Allah
swt berikan umno 55 tahun untuk tadbir berkuasa di malaysia. Satu
tempoh yang panjang. Sudah tentu Allah swt lebih tahu kenapa umno terus
diberikan kemenangan. Dan sudah semestinya umno patut dah lama merasai
dengan jiwa iman rahmat yang Allah swt berikan.
Menjadi
orang yang berkuasa bukan semua orang mampu. Ia idaman semua orang
tetapi umno, dapat. Mereka dapat, rahmat itu. Umno dapat sebab Allah swt
yang bagi. Oleh itu pada bila2 masa tanpa perlukan apa2 perhimpunan
umno mampu mengubahnya. UMNO mampu mengubah apa2 akta untuk mencegah
apa2 kerosakan kerana mereka ada rahmat yang Allah swt beri. Rahmat
kuasa yang tiada pada pas, tetapi ada pada umno. Kenapa tidak mereka
gunakan anugerah yang Allah swt berikan itu melalui medium yang betul?
kenapa
tidak mereka gunakan kuasa yang ada untuk menangani gejala murtad
dengan lebih sistematik dan serius? Kenapa perlu gunakan medium himpun?
Himpun dan bersih berbeza sebab bersih macam kami tiada kuasa untuk ubah
spr. Kami neh rakyat biasa yang hanya mampu memekak untuk meluahkan isi
ahti masing2.
Umno
di belakang himpun pula lain. Mereka lebih dari mampu sekadar memekak.
Mereka boleh buat perubahan sebab Allah swt bagi mereka kuasa itu.
Walaupun pr dilihat lebih kuat selepas pru-12 tetapi suka tak suka, umno
masih dominan dan menjadi pilihan utama orang melayu pada musim
pengundian yang lepas. Jadi kenapa tidak gunakan kuasa yang ada untuk
ubah apa yang ingin di ubah daripada memekak di atas stadium?
Boleh
kah orang yang tidak berkuasa di samakan dengan orang yang berkuasa?
Boleh kah seorang pemimpin macam najib di samakan dengan rakyat macam
aku? Ada lah logik jika aku turun dalam demo bersih untuk pulihkan SPR
tetapi tak logik kalau umno yang mampu mengubah akta itu neh turun
berdemo sebab kuasa ada di tangan mereka. Bukan kah neh benda yang
paling senang difahami?
Bukan
lah himpun di tolak kerana umno ialah dalang di belakang himpun. Aku
tidak tahu alasan orang lain tetapi aku sejujurnya sokong himpun. Cuma
aku tak faham kenapa orang macam umno yang mampu mengubah apa2 akta
perlukan himpun untuk atasi gejala murtad? Padahal pada bila2 masa,
mereka mampu je atasi gejala murtad andai mereka berkeinginan sebab
macam aku dah cakap tadi, kuasa ada di tangan mereka. Kuasa yang Allah
swt beri melalui peti undi. Kenapa tidak gunakan kuasa itu?
Nota
: Artikel neh tidak mengajak anda untuk memboikot himpun. Ahli PAS
tidak menyertai himpun atas kapasiti parti politik. Harap maklum.
Ameno : Aku masih menunggu bayaran rm200 dari bersih sebagaimana pendedahan rais yatim hari tue. Aku masih tak dapat bayaran tue lagi.. kenapa? Aku turun demo bersih gak what.