Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 4 Jun 2012

Jangan derma untuk lebuhraya - Ibrahim Ali.


Orang kelantan yang tak sedar diri. Aku bukan orang kelantan. Dan aku juga tak duduk di kelantan. Tapi aku memang siyes nak cakap ibrahim ali memang spesis tak sedar diri. Takde sapa2 pun paksa dia keluarkan duit untuk menjayakan projek lebuhraya neh. Dan PAS pun tak paksa sapa2 untuk menyumbang.

Nak bagi, bagi. Taknak bagi sudah. Memang betul kata2 ibrahim ali sepatutnya pembinaan lebuhraya sepenuhnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Aku tak nafikan. Tapi tengok situasi dulu. Peruntukkan kepada kelantan disekat bertahun2 so kerajaan negeri hadapi kesukaran untuk mendapatkan DANA bagi projek lebuhraya.

Dah kerajaan negeri tiada dana yang mencukupi, nak taknak terpaksa lah kerajaan negeri berterus terang dengan rakyat kelantan dan memberitahu masalah yang sebenarnya. Dan jika dengan sumbangan, derma dan 'tong-tong duit' boleh merealisasikan impian lebuhraya di kelantan, maka apa salahnya disitu? Tiada isu langsung.

Lagipun, sepatutnya project neh under kerajaan pusat sebab kerajaan pusat sendiri pernah meluluskan peruntukkan untuk pembinaan lebuhraya di kelantan sebelum ia ditarikbalik sebab kalah pilihanraya negeri di kelantan pada ketika itu.

Untuk projek yang besar seperti neh, sepatutnya kerajaan pusat kena beri bantuan baik dari segi kewangan mahupun teknikal sebab ia melibatkan kebajikan rakyat secara langsung. Pembinaan lebuhraya adalah sangat2 diperlukan di kelantan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik tetapi kerajaan pusat menjadikan ia satu permainan politik.

Mereka berkira2 dengan rakyat yang tidak mengundi mereka tetapi cukai rakyat kelantan tetap mereka kutip. Macam mana tue? Adakah rakyat kelantan dikecualikan daripada membayar cukai? Tidak. Mereka juga kena bayar sebagaimana rakyat dari negeri2 lain kena bayar. Tapi kenapa negeri mereka dipinggirkan daripada kemajuan dan pembangunan? 

Faham tak?

Kerajaan bn kutip cukai dari seme negeri. Dari seme rakyat. Tak kira faham politik. Kalau tak bayar cukai ia merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa. Dan kalau bukan cukai pendapatan pun, kita ada cukai tanah, cukai jalan, cukai makanan dan etc2. 

Itu tak masuk lagi perkiraan zakat ek. Jadi setiap dari kita perlu membayar pelbagai cukai berdasarkan kepada apa yang kita miliki. Tetapi kenapa bila bantuan diagihkan, sesetengah negeri mendapat lebih dan sesetengah negeri pula mendapat kurang? Dan ada sesesetengah negeri tidak mendapat apa2 pula. Kenapa?

Dimanakah keadilan dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat?

Untuk lebih adil, sepatutnya dari dulu lagi, agihan bantuan harus berdasarkan kepada jumlah kutipan. Negeri mana yang mengeluarkan paling banyak hasil maka negeri tersebutlah wajar mendapat pulangan semula setimpal dengan apa yang telah mereka keluarkan.

Dan katakan satu2 negeri tue dah stabil, mereka tak perlukan semula pulangan cukai yang banyak walaupun menghasilkan kutipan yang banyak disebabkan dah maju, maka lebihan tue boleh digunakan ke atas negeri2 yang memerlukan sehinggalah semua nya benar2 stabil dan maju. 

Ini tidak. Ada sesetengah negeri maju. Sampaikan bangunan lebih ramai dari orang. Ada sesetengah negeri haprak. Sampaikan takde rumah dan jalan. Macam mana bn menyalurkan dana dan bantuan kepada setiap negeri2 selama neh? Ikut parti? Ikut kroni? Ikut projek? Sepatutnya ikut keperluan rakyat. Nampak tak macam mana teruknya sistem mereka? 

Masalah kita pada hari neh bukan sahaja kerajaan yang corrupted, malahan sistem kita juga corrupted di mana tiada penambahbaikan dan upgrade zaman berzaman dan masih berterusan ikut sistem lama, acuan lama walhal zaman dah berbeza.

Seme neh perlu diubah. Tapi agak sukar kalau bn masih di atas. Macam neh lah idea aku. BN kena ditumbangkan dulu. Dorang tumbang baru kita boleh kaji apa yang silap kat sistem kita neh. Selagi BN kat atas dorang memang takan dengar apa2 kehendak kita sebab ego. Dorang dah lama tadbir malaysia jadi dorang dah rasa ego dan dabik dada. 

Dorang rasa dorang terbaik tetapi dorang lupa orang yang sepatutnya menilai pentadbiran mereka ialah rakyat, bukan nya diri mereka sendiri. Bila masa kita amek ujian dan kita periksa kertas ujian kita sendiri? Itu mungkin stail ibrahim ali dan umno tapi kalau ikut sistem demokrasi, itu bukan acuan yang betul.

Oleh kerana bn takmo membantu dalam menjayakan projek lebuhraya neh maka biarkan sahaja usaha rakyat berbilang agama, bangsa dan negeri neh usahakan projek lebuhraya. Kita kena buktikan kepada bn larh. Walaupun dorang menyekat peruntukan dan bantuan, tapi kalau kita ada usaha dan keinginan dan bersatu padu, apa yang mustahil akan jadi tak mustahil. 

Dan PAS, perlu pastikan projek neh benar2 berjaya. Membuatkan ia separuh jalan hanya akan mengundang caci maki dari aku. Siyes. Bai.

Ameno : Ada sapa2 paksa ibrahim ali bagi sumbangan kah? Tah2 dia dulu yang guna lepas siap der..

Ahad, 3 Jun 2012

Video parti joget anjuran BN tersebar.

Apa benda yang dorang merepek neh hah? Kalau anjuran swasta ada maafnya lagi. Tak habis2 kerajaan kita anjurkan program hiburan sana sini. Bosan tau tak bosan. Apa kata anjurkan program mendengar keluhan rakyat di seluruh malaysia. Lagi bagus apa.

Cadangan aku, najib dan tipiem pergi dari satu daerah ke satu daerah yang lain, buka kaunter dan dengar apa benda yang rakyat nak complain. Buat dari sabah sampai ke johor. Program2 hiburan neh toksah buat dan anjur lagi. Kami dah jemu dengar piem dok pongpang sana sini kat tv dan segala jenis medium.

Lagipun banyak bajet diperlukan untuk buat program2 takde faedah kepada rakyat seperti video kat bawah neh ;

 

Jadi jika nak jimat, piem hanya perlu lapangkan masa dan buka kan minda dengan berlapang dada mendengar dan memahami keluhan rakyat. Cuba jangan klise. Ingat orang hadap sangat ka program2 nyanyi neh? Baik buka youtube tengok super junior menari lagi best apa.

kah kah kah

Oke cakap pasal video kat atas neh plak.

1. Video neh dirakam ketika program sempena bn pilihan orang muda.

2. Maksudnya program neh anjuran bn larh.

3. Ada tarian menari. Satu program yang sia2. Kalau sungguh nak bantu orang muda baik jangan jadi klise dengan hulur benda2 nyanyi apa seme. Bagi something yang boleh belia2 manfaatkan untuk mengubah kehidupan dorang lagi bagus.

4. Program neh dibuat kat kedah. Kat dewan IPDA. Apa benda IPDA tue? Tah larh. Aku dah tanya tukang upload video tapi dia tak jawab lagi. Cuma aku baca kat situ dia cakap bn pinjam dewan ipda untuk buat program mereka tetapi tiada kena mengena dengan budak2 IPDA. 

Sumber klik sini.

Korang boleh perhatikan dalam video tersebut ada banner dan mereka2 yang berbaju bn. Itu bukti yang jelas mengaitkan bn dengan program tersebut. BN oo BN.. bukanlah rakyat nak benci ko sangat tapi tindakan ko memang membencikan larh. 

Takan takde sorang pun dalam kabinet najib boleh berfikir bahawa buat program dengar masalah rakyat adalah sejuta kali lebih bagus dari buat program nyanyi2? Itupun nak kena suruh. Seksa betul larh jadi rakyat yang hidup bawah pentadbiran bien neh. Siyes.

Ameno : Penat tengok dah..

Konspirasi PAS kelantan menipu dalam isu derma lebuhraya rakyat terdedah.

kah kah kah

Title kelakar siot. Dan rasanya penyokong2 PAS yang suka terjah melulu mesti panas. Jangan tatau, dalam PR pun ada bersikap terjah melulu. Dah biasa dah aku kena dengan kedua2 pihak neh. PR dan BN. Terjah dulu baca kemudian. Tabiat maa. Ekekeke.

Sebenarnya posting neh khusus untuk penyokong2 umno supaya mereka berdebar2 baca posting neh dan akhirnya akan tersedar bahawa dorang memang pemalas dan suka buat kesimpulan melulu bersandarkan kepada rasa benci semata2. Atau lebih tepat, kerana bencikan pas dorang biarkan perasan menguasai akal pemikiran dorang.

Bagi aku, kita kena benci perbuatan yang jahat, bukan subject = pelaku yang melakukan perkara yang jahat. Sebab pelaku boleh bertaubat tetapi bukan perbuatan. Contohnya Ali mencuri buah pisang dua tahun yang lepas. Selepas 2 tahun Ali berjaya menjadi ustaz. Ali telah bertaubat dan menemui cara hidup yang betul. Ali disini ialah subject.

Tapi bagaimana pula dengan perbuatan mencuri? Adakah selepas 2 tahun perbuatan mencuri boleh bertaubat? Tidak. Dulu, kini dan akan datang perbuatan mencuri tetap merupakan satu kesalahan abadi. Tetapi subject yang melakukan kegiatan tersebut mungkin akan dijustifikasikan dengan cara yang berbeza2 bersandarkan kepada asbab2 yang mendorong kepada kejadian tersebut. Simple.

Kadang2 kita kena terima hakikat bahawa bukan seme perkara berada di bawah kawalan kita. Mustahil untuk bebas dari kesilapan der. Tapi kalau dah tahu tersilap better minta maaf dan amend balik kesilapan tersebut supaya menunjukkan kita neh memang hanya menulis perkara yang benar2 ada fakta dan asas jek.

Jadi apa kata kali neh kita lihat samada selepas neh RBF online dan Papa Gomo akan minta maaf ataupun buat bodoh ataupun hanya hilangkan entry mereka begitu sahaja tanpa sepatah kata.

Kah Kah Kah

Kalau korang nak tahu semalam di blog dan hari neh di email ada member mohon penjelasan isu kat bawah neh. Teliti sket petikan depa oke ;




Apa yang blogger RBF cuma nak tunjukkan kat sini ialah ;

1. Kerajaan negeri pas minta derma untuk bina lebuhraya.

2. Dorang bagi no account.

3. Ada nama syarikat.

4. Nama syarikat yang tertera dalam poster dan banting yang diedarkan oleh pas berbeza dengan apa yang tertera di bank bila nak masukkan derma.

5. Dan nama syarikat di atas tue rowstead adalah milik husam musa.

Itu yang dorang sedang sebarkan. Benda neh tersebar pada selasa yang lepas. Aku tatau kenapa pada selasa lepas nama dalam bank berbeza pada hari ahad. Sebab ketika aku pergi transfer duit tadi, apa yang aku temui sangat2 berbeza dengan apa yang telah dinyatakan.

Lihat video kat bawah neh ;


Aku memang ada plan nak derma. Aku bukan rakyat kelantan dan tak duduk kat kelantan pun tapi suatu hari nanti bila aku guna lebuhraya tersebut aku nak juga berbangga2 sebut ooo duit aku rm10.00 ada beb kat jalan neh.

kah kah kah

Jika korang lihat video kat atas neh meskipun tak terang sebab faktor matahari yang memancar tetapi sekurang2nya korang boleh baca nama syarikat yang tertera bukan? Dan ko mesti juga akan perasan bahawa jika kita disuruh masukkan wang maka akan keluar benda kat bawah neh 

===> - - -  = garisan putus2 atau rm0.00 

Tak kisahlah mana satu pun tapi dua benda kat atas neh memang akan appear kalau kita buat pindahan wang ataupun masukkan wang ke dalam account bank orang.

Aku dah test tiga kali. Mula2 aku derma terus dan rakam kan ia dalam bentuk video sebagai bukti. Kemudian aku testing dua kali. Result dia memang sama. Iaitu akan keluar 

rm0.00  <-- bila dia suruh ko masukkan amount.


Kalau rujuk printscreen rbf, benda tue takde. Mungkin bagi korang benda tue kecik dan remeh tetapi ia sebenarnya ada impak tertentu. Mungkin ya dan mungkin juga tidak, gambar yang rbf sebarkan tue sebenarnya adalah ciptaan sendiri. Bukan gambar yang sebenar.

Itu satu hal. Nama syarikat yang terpapar pun berbeza. Bila aku pergi transfer duit tadi, tak keluar pun nama syarikat rowsted balablabla tue. Sebenarnya tak mustahil PAS negeri tukar nama syarikat tue selepas rbf buat pendedahan tetapi dalam masa 3 hari = rabu, khamis dan jumaat, untuk ko tukar nama syarikat ia sebenarnya agak kelam kabut. Boleh tetapi rumit dan memerlukan banyak prosuder.

Apatah lagi kita taktahu adakah nama syarikat kat bank jek dia tukar ataupun dia kena tukar kat SSM dulu ka apa ka. Itu kalau kita bersangka baik kat rbf konon2 nya pas negeri tahu pada hari rabu selepas ia disiarkan pada selasa jadi dorang cepat2 tukar untuk elakkan diri dari kantoi. Cuba bayangkan pula kalau kerajaan negeri tatau apa2? 

Jadi, aku takmo tuduh2 larh. Cuma aku rasa rbf dan papa gomo patut tahu larh. Kalau kita menipu, cepat atau lambat, ia pasti akan terdedah juga. Sebab tue bila menulis, aku suka menulis kerana aku mahu sampaikan apa yang benar dan apa yang aku rasakan, bukan kerana apa yang parti mahu aku sampaikan atau apa yang pemimpin yang suruh.

Bai. 

Ameno : Penyokong UMNO pemalas nak siasat sendiri. Benda simple macam neh pun harapkan orang. Heh.

Polis, Tentera letak jawatan jika sokong PR - Ahmad Said


Apa bodoh sangat MB Terengganu neh? Sabar jangan nak pandai2 dakwa aku bawah akta sampah korang tue. Aku bukan suka2 nak anggap dia bodoh tak bertempat. Tapi sebab aku dah jumpa tempat yang sesuai pasal tue aku berani cakap dia bodoh. 

kah kah kah

Cuba korang baca balik apa yang MB Terengganu meroyan kat atas neh.

1. Dia cakap anggota keselamatan kalau sokong PR di anggap pengkhianat.

2. Tugas mereka sepatutnya menjaga keselamatan negara dan tidak patut bercanggah dengan dasar kerajaan yang sedia ada.

3. Anggota keselamatan yang pikul senjata ketika sedang bertugas di anggap mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

4. Tapi bila balik rumah tanggal uniform dan sokong PR itu bermakna tugas mereka menjadi sia2 sebab sepatutnya mereka bersama2 dengan kerajaan yang memerintah.

Nampak tak betapa bodohnya dia neh? Tugas polis dan tentera yang sebenarnya ialah ;

POLIS = Menjaga keselamatan orang awam dan menyelesaikan kes2 jenayah.

TENTERA = Mempertahankan negara daripada ancaman dan mempertahankan kedaulatan negara.

Bila masa pula POLIS dan TENTERA kena mempertahankan BN dan UMNO? Ramai orang ingat BN = UMNO = MALAYSIA. Oii tak sama tue.

Malaysia = sebuah negara.

BN = UMNO = Parti.

Maksudnya disini polis dan tentera mereka memang harus mempertahankan kedaulatan malaysia tetapi mereka tidak wajib menyokong semua dasar2 dan polisi2 parti politik yang bernama BN dan UMNO.

Itulah yang kita panggil prinsip demokrasi raja berperlembagaan. Tak kira jawatan apa yang ko pegang dalam kerajaan, itu satu hal. Ko dibayar oleh pembayar cukai. Ko bertanggungjawab mementingkan malaysia, polisi yang telah ditetapkan dan perlembagaan nya.

Manakala parti pula macam BN dan UMNO bertanggungjawab menguruskan kesemua hal tersebut mengikut aturan yang telah dipersetujui dan ditetapkan bersama. Sebab mereka telah dipilih oleh sistem pilihanraya. Jika PR amek alih pun dorang kena buat apa yang telah rakyat amanahkan. 

Jadi jika polis dan tentera taknak sokong bn dan umno itu satu hal yang lain. Takde kaitan dengan malaysia. Langsung takde kaitan. Sebaliknya itu ada kaitan dengan politik. Kalau mereka tak boleh bebas memilih itu bermaksud mereka tak boleh bebas berpolitik.

Kalau tak boleh bebas berpolitik itu bermaksud buat apa ko adakan pilihanraya kalau akhirnya sesiapa yang nak undi mana2 parti selain dari ko mendapat pelbagai label, cacian, makian, hinaan, ugutan, ancaman dan disuruh berhenti kerja?

Ramai orang beranggapan bahawa malaysia itu bn dan bn itu malaysia. Itu satu perkara yang karut lagi mengarut. Kerajaan malaysia ialah kerajaan malaysia. BN cuma mendasarkan polisi dalam negara malaysia sahaja. Parti boleh bertukar berdasarkan kepada pemilihan rakyat. Tetapi bukan negara. 

Dan sesiapa yang sudah cukup berusia 21 tahun ke atas, tak kiralah dia kerja kat mana2 sekalipun dalam ataupun luar negara, dia ada hak sepenuhnya untuk sokong sesiapa. Mana2 parti tak boleh mengugut dan memaksa dia. Menentukan sesiapa kena sokong sesiapa sebenarnya telah melanggar prinsip asas demokrasi.

Prinsip asas demokrasi menyatakan bahawa setiap rakyat yang berusia 21 tahun ke atas boleh mengundi mana2 parti pilihan mereka tak kiralah siapa ko sekalipun. Pekerja kerajaan bererti pekerja kerajaan malaysia bukan bererti pekerja barisan nasional. 

Jika pekerja kerajaan bererti pekerja barisan nasional maka selepas penang, selangor dan kedah bertukar kerajaan negeri, pekerja2 bn tue sepatutnya diberhentikan dan mengikut bos lama mereka tetapi itu tidak berlaku sebab pekerja kerajaan bererti berkerja dengan kerajaan malaysia bukan bekerja dengan barisan nasional.

Tapi nampaknya perkara tersebut tidak berlaku. Kenapa? Sebab, macam yang aku dah sebut tadi lah. Pekerja kerajaan ialah pekerja kerajaan dan ia takde kaitan langsung pun dengan bn, umno ataupun pakatan rakyat.

Istilah yang tepat sebenarnya setiap kali jika bn mahupun pr [andai] menang pru, pemberita sepatutnya mengungkapkan kata2 bn mengambil alih kerajaan, bukan membentuk kerajaan sebab kerajaan dah sedia terbentuk tetapi tiada pentadbir.  

Disebabkan pemberita malaysia bebal dan rakyat malaysia malas nak mengkaji, maka wujudlah orang2 macam ahmad said yang langsung tak reti nak bezakan apa itu kerajaan dan apa itu parti sebab tue dia keluarkan statement bebal kat atas neh.

Kalau dia faham perkara neh nescayalah dia pasti malu yang amat. Ia memerlukan standard kepandaian tertentu untuk memahami perkara neh. Bukan seme orang boleh faham. Dan mostly memang banyak orang bn tak boleh faham. Bak kata mahathir hanya orang bodoh jek masuk umno. Nampak tak apa standard kepandaian penyokong2 bn disitu? Heh.

Ameno : Suka2 nak ugut polis dan tentera..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...