Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 23 Mac 2017

Projek Taman Ilmu RM800 Juta Di Terengganu Terbelangkai, Rosak Teruk.

Oleh : Malaysian Dateline


Pihak kami telah menerima satu dokumen lengkap mengenai Projek Taman Ilmu di Tembila, Besut Terengganu.
Projek yang menelan belanja hampir RM800 juta itu mula dibangunkan pada tahun 2004 ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi meralisasikan hasrat meletakan enam buah institut pengajian tinggi (IPT) setempat.
Projek Taman Ilmu terbengkalai di Terengganu
Taman Ilmu
Perlaksanaan projek ini adalah di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan melibatkan kawasan seluas 770 ekar di mukim Temila Besut.
Sejak dari mula pembinaan, projek Taman Ilmu ini telah beberapa kali terbantut perlaksanaaannya dan berada dalam keadaan yang sangat terbiar dan tidak menentu.
Pada tahun 2012 projek ini disambung kembali dan sebahagian dari bangunan utama Taman Ilmu ini telah hampir siap dibina.
Namun hingga hari ini tiada sebarang perlaksanaan atau pengambilan pelajar dibuat dan tiada pemakluman status terkini Taman ilmu ini.
Paling mengejutkan kami adalah kedudukan terkini (Januari 2017) nasib Projek Taman Ilmu ini. Kami mendapat dokumen serta gambar-gambar kerosakan teruk yang berlaku kepada sebahagian besar bangunan-bangunan yang baru siap dibina di Taman ilmu ini.
Di antara bangunan utama yang mengalami kerosakan yang amat teruk akibat berlakunya penyelewengan, sabotaj serta kecurian tanpa kawalan adalah;
1. Peralatan dan kabel Sewarage Treatment Plant (STP) dan District Cooling System (DCS)
2. Bilik-bilik dan kelengkapan asrama pelajar
3. Komplek Pusat Pelajar
4. Dewan konvokasyen
5. Komplek Sukan dan Mini stadium
Kami juga dimaklumkan bahawa bangunan pentadbiran utama yang telah hampir siap di bina dengan kos RM38 juta terpaksa dirobohkan kerana didapati tidak selamat untuk diduduki.
Kami juga telah dimaklumkan bahawa kos untuk membaik pulih segala kerosakan yang telah berlaku ini sahaja adalah dianggarkan melebihi RM230 juta. Ini merupakan suatu pembaziran berskala besar di waktu peruntukan pendidikan di seluruh negara kita terpaksa dikurangkan dengan drastiknya.
Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang terpaksa menanggung kos kehidupan yang kian meningkat serta tekanan pembayaran pinjaman PTPTN yang sangat membebankan para graduan terutama yang menggangur dan pihak ibubapa.
Sehubungan itu, kami menggesa tindakan segera dilakukan sebagai butiran berikut:
1. Agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan bagi meneliti kembali masaalah projek Taman Ilmu ini.
2. Memohon siasatan dijalankan bagi mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk pembinaan Taman Ilmu ini serta jumlah kerosakan yang terpaksa ditanggung.
3. Memohon siasatan dijalankan bagi mendapat pengesahan adakah terdapat unsur-unsur pecah amanah didalam urusan pemberian tender pembinaan Taman Ilmu ini.
Kami juga menggesa agar Kementerian Pendidikan Tinggi serta kerajaan negeri Terengganu mengambil langkah segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, dan pembaziran berterusan wang rakyat Terengganu serta mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab.
BERDASARKAN BUTIRAN DI ATAS INI, KAMI JUGA AMAT BERBESAR HATI AGAR SIASATAN SEGERA DAPAT DIJALANKAN oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
* Kenyataan media bersama RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN, DATO RAJA KAMARUL BAHRIN, AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU dan DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI, ADUN BATU BUROK, KUALA TERENGGANU.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...