Jumaat, 24 Mac 2017

Aku Hilang Respek Pada Pak Lebai Kerana..

Oleh : Zolkharnain Abidin Al - Abyadhi

LEBAI BUKAN BERJUANG ISLAM 

Tuan Guru Hadi Awang - Gambar Oleh Malaysiakini
1. SBP yang anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yang lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1200 setahun. Aku ada tiga anak yang sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi. 

2. Diberitahu, wang yang biasa kerajaan bagi untuk sekolah sebelum ini, pada tahun ini semuanya ditarik balik. Kertas A4 pun ibu bapa belikan untuk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang. 

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling utk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka untuk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yang dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yang mereka pikul. 

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yang masih tak tahu keutamaan dalam kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan hukuman mahkamah syariah yg rendah tapi masalah pemimpin Umno / BN yang khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi macam mana nak keluarkan rakyat daripada kemiskinan. 

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara pun, tapi kalau pemimpin Umno /BN yang ada kekal menerajui kerajaan, nasib rakyat tak berubah. Umno / BN mesti dikalahkan demi perubahan. Keutamaannya ialah, tumbangkan Umno / BN, bukan tingkatkan jumlah sebatan. 

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yang ditonjolkan. Pendidikan percuma, sekolah bagus, universiti cemerlang, adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya...! 

7. Para nabi berjuang untuk membebaskan rakyat daripada belenggu kesusahan hidup. Pemimpin gila pada hari ini berjuang untuk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan. Inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban...! 

8. Islam tidak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu, ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud hatta dalam surah yang pendek. Lebai tak baca ke? 

9. Tapi bagi kelompok yang kononnya berjuang Islam, ayat hukuman yang satu itulah yang ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah, katanya. Bela orang miskin, bukan hukum Allah? Inilah kebaikan, katanya. Pendidikan percuma bukan kebaikan? Mengapa hukuman yang diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang patut menjadi keutamaan? 

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yang hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yang ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang untuk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang untuk kekalkan kerajaan zalim.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...