Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 5 September 2019

Kerana Kebodohan Pakatan Harapan, Kempen #BMF Semakin Viral & Mendapat Sambutan..

NURUL ASYIKIN | Nampaknya kempen Buy Muslim First - BMF mendapat sokongan kuat dari masyarakat muslim, khususnya melayu.

Ini gara-gara tindakan kerajaan yang dilihat mengulas isu tersebut secara berlebihan sejak kebelakangan ini.

Di laman sosial sahaja bilangan melayu yang tidak menyokong kempen tersebut hampir sahaja tidak kelihatan atau tenggelam di dalam kumpulan yang menyokong.

Berdasarkan tinjauan kami di sosial media, pengguna memilih untuk mengikuti BMF adalah kerana;

1. Terkesan dengan cara pentadbiran Pakatan Harapan yang dianggap menindas melayu, khususnya dalam isu arwah Adib, kes perkauman, ucapan pemimpin, Zakir Naik, perkara berkaitan Islam, kemarahan pada Dong Zong dan tulisan jawi.

2. Tidak puas hati dengan tindakan kerajaan seperti pemotongan subsidi, pengenalan cukai, uturn, kecelaruan kenyataan pimpinan, kegagalan menjawab kritikan pembangkang dalam hal ekonomi.

3. Terpengaruh dengan kempen selepas ia diberitakan secara berleluasa kesan dari kenyataan pemimpin kerajaan yang dianggap memprovokasi hak membeli rakyat.

Setiap kali isu mengenai kempen BMF dilaporkan atau diulas di laman sosial samada di halaman pro kerajaan atau pembangkang atau di portal-portal berita, menyaksikan perpecahan dengan begitu ketara sekali.

📌 Majoriti muslim khususnya melayu menyokong BMF

📌 Majoriti non muslim tidak menyokong BMF

📌 Sebilangan kecil melayu pro Pakatan Harapan dilihat tidak menyokong kempen tetapi pandangan mereka menerima kritikan teruk tanpa ada sokongan padu dari "spesis" mereka.

Pandangan kami dalam kes ini, adalah lebih baik sahaja kerajaan abaikan BMF dan tidak lagi mengulasnya secara berleluasa.

Ini kerana kerajaan telah memberikan promosi percuma kepada kempen BMF, lalu menjadi backfire terhadap kerajaan pula.

Group rahsia BMF kini mencecah 1.2j setelah diprovokasi - laporan TTKM; 


Larangan, kecaman, halangan, tuduhan, kritikan, kini dianggap sebagai provokasi terhadap kumpulan pro BMF.

Manusia ini bila dihalang, lagi la dia bersemangat nak buat. Terima kasih kepada kebodohan kerajaan hari ini kerana baru sahaja menaikkan semangat masyarakat muslims dan baru sahaja menyatupadukan mereka untuk terus berBMF disebabkan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan pimpinan negara.

Antara contoh kenyataan pimpinan; 


Selalunya apa yang berlaku di sosial media, akan tular di sosial media sahaja.

Bagaimanapun satu-satu isu itu akan menjadi sensasi jika menjadi 'news' di media arus perdana.

Kenyataan, respon dan percakapan pemimpin kerajaan lah yang telah memainkan peranan itu. Yakni MEMPROMOSIKAN BMF secara BESAR-BESARAN. ANDA menjadi PAPAN IKLAN NERGERAK.

Sejak bila pemimpin negara punya hak nak kawal dimana, siapa dan bagaimana rakyat patut membelanjakan wang mereka? 

Sejak bila tugas pemimpin ialah mengawalselia pembelian jenama barangan harian rakyat? 

Sepatutnya, kerajaan focus pada negara. Pada pentadbiran. Pada pengurusan kerajaan. Dengan membuat kerja secara cekap, amanah, menyelesaikan masalah, sokongan akan datang tanpa perlu dirayu. Itulah tugas kamu. Bukannya pergi jadi kebudak-budakan dan respon isu BMF ini secara berlebihan. 

Apakah BMF ini masalah negara?
Apakah menentukan bagaimana wang pengguna patut dibelanjakan ialah masalah negara? 

Berdasarkan respon di Facebook, ada pengguna non muslims yang terkesan secara positif, dimana kempen BMF menyebabkan beberapa harga barang keperluan turun harga bagi menyaingi harga barangan keluaran bumiputera.

Masih lagi fikir BMF masalah negara? Masalah kerajaan? Masalah kamu?

Adakah kerana itu kerajaan hari ini acuh tak acuh terhadap perkara berkaitan ekonomi? Kerana tugas kamu ialah menjaga wang poket rakyat dan tentukan bagaimana mereka patut berbelanja?

Tahniah. Pakatan Harapan baru sahaja mendekatkan #Sepenggal itu kepada alam realiti berbanding fantasi.  - 5 September 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...