Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 9 September 2012

Video pengawal peribadi DSAI acu pistol tersebar.

Temberang kemain.

Kalau dalam video tue aku nampak sorang. Tapi korang tulis orang ramai. Orang ramai hapa nya kalau sorang jek yang diacukan pistol ke arahnya? Takan lah orang ramai dengan seorang pun tak reti nak bezakan bloggers umno weh?

MEMALUKAN!

Lihat video kat bawah. Jalan citer dalam video neh jangan amek pusing. Tue cara dia serap plus tanam persepsi. Tengok gambaran video semata2 ;


 

Lelaki baju hitam tue lari. Sebelum tue dia buat apa? Sebelum dia lari menonong tue dia buat apa sampaikan pengawal peribadi dsai naik angin? Kenapa nak tunjuk rakaman singkat2? Tunjukla versi penuh kalau lue ada.  Meh kita adili kisah neh dari awal.

Aku tak sokong sebarang keganasan dan kekerasan yang diamalkan oleh sesiapa pun. Tetapi trauma yang dihadapi oleh dsai boleh difahami oleh aku. Aku boleh memahami ia dengan baik kerana sudah banyak kali umno melakukan provokasi terhadap pkr dan pr.

Bukan sekali, bukan dua kali bahkan berkali2. Seseorang yang didera juga akan menyimpan dendam. Dia juga akan hilang sabar. Aku tahu sabar adalah jalan terbaik dan perkara yang betul tetapi apabila seseorang itu hilang sabar itu tidak bererti dia tidak betul.

Dalam kes neh, umno punca segala2nya. Umno punca kepada apa yang berlaku. Bukan nak mengatakan bahawa tangan pegawal peribadi dsai dijampi oleh umno sehingga memaksa dia mengacukan pistol tetapi jangan kita lupa, pengawal peribadi dsai sudah dimasukkan wad sebanyak 2 kali sebelum neh. Jalan citer yang sama. Provokasi.

So sememangnya sesuatu telah berlaku disitu sehingga dia mengacukan pistol tanda amaran. Tah ada peluru tah tidak. Macam yang kita diberitahu, dia rasa terancam. So tindakan dia adalah betul ketika itu. Takan dia bangang2 nak p acu pistol pada seseorang tanpa sebab kan. Siang2 plak tue. Jangan2 itu lelaki yang simbah cat.

Btw, bercakap pasal simbah cat. 

Ketika pengawal peribadi dsai acu pistol dan car telah dipark, laju je pegawai polis menonong pergi ke pengawal peribadi tersebut untuk menyuruh dia menyimpan pistol dan menahan dia ke balai polis untuk diambil keterangan.

Ada sesiapa sempat buat report polis? Nampaknya tiada. Hey.. polis ada disitu rupanya. Jadi apa yang polis kita buat bila penyokong2 umno melakukan provokasi yang berterusan? Dan heyy.. apakah korang ada terdengar yang polis juga menahan individu yang simbah cat ke bas jelajah merdeka rakyat pkr? Nampaknya takde. Obso. Nada.

Jadi siapa yang mencetuskan politik samseng di malaysia?

Siapa yang menyebabkan terhakisnya adab kesopanan di kalangan rakyat malaysia?

Siapa punca umat islam berbalah?

Siapa yang suka lakukan provokasi berterusan sehingga memaksa lawannya rasa
terancam dan tertekan?

UMNO.

Cuba kalau umno mengamalkan politik matang, ada tak orang rasa terancam? Ada tak orang rasa tergugat keselamatannya? Of course takde der. UMNO mengamalkan politik samseng. Aku sendiri takut. Siyes cakap neh.

Aku takut dengan politik umno. Politik samseng. Bukan aku takut cakap benda benar tapi aku takut cara umno menanggani kekalahan. Mereka mungkin akan bom dan bunuh sesiapa untuk mempertahankan kuasa. Tak siapa tahu.

So ke-cemas-an yang dialami oleh pengawal peribadi dsai sememangnya sesuatu yang boleh difahami bahkan harus kita fahami. Ia bukan mudah nak berhadapan dengan kumpulan2 provokasi. Bahkan ia ibarat bertarung nyawa. Bila2 masa sahaja kumpulan dari pakatan rakyat mampu dibunuh akibat perang saiko yang ditanam oleh media arus perdana.

Dan jika ia berterusan, percayalah malaysia akan meniru jejak langkah korea. Kita tak perang dengan israel, dengan amerika tapi kita perang sesama kita sebab satu kumpulan cenderung pertahankan kezaliman dan satu kumpulan mahu keluar dari kelompok mempertahankan kezaliman. Lue fikirla sendiri. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...