Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 November 2017

Putera Turki Yang Menderma 2.6B Disiasat Atas Dakwaan Rasuah.


Pergolakan politik di Arab Saudi kini menyaksikan sekurang-kurangnya 11 putera diraja,  4 menteri dan 10 bekas menteri ditahan oleh pihak berkuasa negara itu.

Penahanan itu dipercayai untuk mengukuhkan kuasa Putera Mahkota, Mohammed bin Salman yang sedang dipersiapkan sebagai pengganti bapanya, Raja Salman yang sedang memerintah Arab Saudi.

Beberapa jam sebelum penahanan itu,  Raja Salman mengisytiharkan pembentukan sebuah jawatankuasa anti rasuah yang diketuai oleh anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang diberi kuasa untuk menyiasat, menahan, melarang perjalanan dan membekukan aset-aset sesiapa yang didakwa melakukan korupsi.

Kesemua mereka sedang ditahan itu akan disiadat  berkaitan rasuah, penggubahan wang haram, menggelapkan wang negara dan terdedah kepada kemungkinan kekayaan mereka dirampas

Selain Putera Al-Waleed bin Talal, pelabur terkenal  antarabangsa yang turut ditahan, putera diraja lain yang tangkap ialah Putera Turki bin Abdullah, bekas Gabenor Riyadh yang merupakan pengasas bersama syarikat PetroSaudi.
PetroSaudi adalah syarikat yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB dan Putera Turki adalah kenalan kepada Jho Low.

Putera Turki bersama Jho Low diketahui pernah bersiar-siar menaiki kapal persiaran mewah, Tatoosh bersama Najib dan keluarganya pada 2009 dahulu di mana gambar percutian mereka telah tersebar dengan meluasnya.

Dalam skandal 1MDB yang menjadi sebutan dunia dan berdasarkan siasatan DOJ ada kaitan dengan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib, nama Putera Turki pernah dikaitkan dengan hal tersebut.

Sementara DOJ memperincikan wang RM2,600 juta itu berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan, Najib sebaliknya mengatakan wang yang diterimanya adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi dan Zahid Hamidi pula mengakui telah bertemu dengan pewaris keluarga diraja tersebut.

Peguam Negara, Apandi Ali ketika membersihkan nama Najib pula telah mendedahkan penderma sebenar dana RM2,600 juta itu ialah salah seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah yang mangkat pada Januari 2015 lalu.

Meskipun tidak didedahkan siapa orangnya, putera raja Arab Saudi yang mungkin boleh digunakan namanya sebagai penderma kepada Najib ialah Putera Turki berdasarkan syarikat PetroSaudi yang dimilikinya mempunyai hubungan dengan 1MDB.
Blog ini pada artikel 7 Februari 2016 turut menulis perkara yang sama di mana Putera Turki adalah paling mungkin bersamaan dengan maksud yang disebut oleh Apandi itu.

Tetapi kini Putera Turki sedang ditahan dan disiasat atas dakwaan rasuah di Arab Saudi.

Apakah penahanan Putera Turki akan melibatkan siasatan terhadap urusniaga PetroSaudi yang dimilikinya yang pernah menjalin perniagaan dengan 1MDB?

Berdasarkan siasatan DOJ, Putera Turki  pernah dijadikan perantaraan oleh Jho Low untuk sekurang-kurangnya melakukan dua kali kemasukan wang ke akaun Najib iaitu pada 23 Februari dan 13 Jun 2011.

Ia dilakukan sebaik syarikat Jho Low, Good Star  menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB.

Apakah kemelut di Arab Saudi ini merupakan satu lagi detik menakutkan buat Najib selepas saman sivil serta siasatan DOJ di Amerika dan perbicaraan kes saman Hadi Awang terhadap Sarawak Report di London?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...