Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon meminta maaf atas kenyataannya hari ini mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan banjir yang melanda negeri itu lapor portal Malaysiakini.
"Kerana penduduk Pulau Pinang terluka dengan kata-kata saya, saya memohon maaf.
"Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM), MCA Pulau Pinang dan Youthcare Movement Malaysia akan membantu dengan bantuan banjir," kata Chong pada catatan Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina.
Ia ditandakan dengan hashtag yang diterjemahkan kepada "Tuhan berkati Pulau Pinang."
Posting itu juga memaparkan petikan video ucapan Chong pada perhimpunan tahunan MCA di Kuala Lumpur awal hari ini.
Chong sebelum ini secara berjenaka berkata Lim gagal menangani masalah banjir di Pulau Pinang walaupun statusnya sebagai "tokong".
Sindiran itu dibuatnya ketika Pulau Pinang dilanda banjir terburuk dalam sejarah negeri itu.
Chong kemudiannya dikritik teruk netizens terutamanya rakyat Pulau Pinang kerana sempat bermain politik sindir menyindir meskipun beberapa orang telah terkorban dalam bencana banjir itu.
Ketua Pemuda MCA itu bagaimanapun membuat permohonan maaf di Facebooknya selepas beberapa jam kenyataannya dilaporkan secara berleluasa oleh beberapa portal media tempatan dan blog-blog.