Jumaat, 10 November 2017

PAS Tak Boleh Sokong PH Kerana Ada Pemimpin Penyangak Di Dalamnya - TGHH

PAS tidak boleh memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan kerana didalamnya terdapat pemimpin penyangak, itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Presiden Hadi Awang pada semalam.

Pemimpin tertinggi PAS itu turut mengatakan PAS tidak boleh berpihak kepada mana-mana kumpulan (parti politik) buat masa ini sehinggalah tuduhan yang dibawa dibuktikan atau dibersihkan terlebih dahulu.


"Pilihanraya umum adalah mahkamah rakyat. Kerajaan menjadi pihak yang dituduh. Pembicaraannya memerlukan pengakuan secara rela hati yang penuh keinsafan dan keterangan saksi yang adil, serta bukti-bukti benar yang membantunya," katanya ketika menyampaikan ceramah Untukmu Rohingya semalam di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang, Terengganu.

"Kaedah Kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan. 

PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang telah diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," jelasnya lanjut. 


Meskipun tidak menamakan mana-mana pihak ramai percaya Presiden PAS itu menujukan perkataan penyangak bagi melabelkan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Mahathir Mohamed.

"PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.  

PAS percaya bahawa rakyat yang mahu menjadi hakim yang adil melalui pilihanraya itu sedang menghadapi krisis keyakinan bagi menentapkan hukumannya kepada siapa hendak dihukum atau dipersalahkan," katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...