Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 September 2019

Rombaklah Kabinet, Mansuhkan Jawatan Menteri Perpaduan.

Faizal Riduan | Universiti pun sudah digabungkan.

Jadi mohon YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam rombakan kabinet yang akan datang untuk menggabungkan kementerian-kementerian berikut:

 


1) Kementerian Kewangan + Kementerian Hal Ehwal Ekonomi = Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Rasional: Menggembalikan semula hal ehwal ekonomi ke dalam Menteri Kewangan berikutan Menteri Hal Ehwal Ekonomi kelihatan hanya berfungsi sebagai Menteri Pengiring VVIP. Malah menjadikannya 2 kementerian langsung tidak membantu menaikkan ekonomi negara dan menurunkan beban kos sara hidup rakyat.

2) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna + Kementerian Pembangunan Usahawan = Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pembangunan Usahawan dan Perlindungan Pengguna.

Rasional: Kementerian Pembangunan Usahawan adalah kementerian yang gagal dengan idea kereta terbang sedangkan kereta beroda Proton pun masih gagal dipasarkan di negara Asean. Gabungan Yang bermula dari perdagangan dalam negeri, pembangunan usahawan dan kemudian perlindungan pengguna adalah rantaian nilai yang saling berhubung.

3) Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli + Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim = Kementerian Alam Semula Jadi, Tenaga Diperbaharui dan Teknologi Hijau.

Rasional: Kementerian yang paling panjang tetapi bercelaru dan saling kontradik. Tanah, air, sumber asli dan alam sekitar semuanya sudah terkandung dalam alam semula jadi. Tenaga dan teknologi pula adalah antara punca perubahan iklim maka tenaga diperbaharui dan teknologi hijau adalah solusi kepada simbiosis yang lestari.

4) Kementerian Industri Utama + Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri = Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Utama.

Rasional: Industri utama adalah produk atau input yang ingin dipasarkan di peringkat global maka menjadikan industri utama dan perdagangan antarabangsa di bawah satu bumbungan adalah lebih fokus.

5) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama / Undang-Undang / Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) dimansuhkan.

Rasional: Ketiga-tiga menteri tersebut adalah tidak membantu dan berfungsi di mana kedudukan agama, undang-undang dan perpaduan kian diperlecehkan. Sebaliknya mereka boleh diserap sebagai pegawai khas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia berikutan ketiga-tiganya suka membuat sidang media tetapi tiada pergerakan kerja dan portfolio yang jelas.

#MohonMencadang #RombakanKabinet

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...