ISU KENYATAAN MENTERI SUMBER MANUSIA, Encik M.KULASEGARAN.
Link di sini untuk rujukan video :
https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/melayu-adalah-pendatang-malaysia-tanah-air-kaum-india/
Saya hendak menterjemahkan video ini supaya maksud beliau boleh difahamkan.
"Sejarah buku teks kata kita di sini 130 tahun, bila kita datang ke sini. Ia tidak betul. Bilakah kita datang ke sini ? 2500 tahun lalu. Manakah bukti itu? Boleh lihat di Lembah Bujang. Terdapat pelbagai kuil yang tertanam. Pada sejarah silam tersebut, mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang.Kita dan mereka adalah sama. Tapi , kita sudah lupa sekarang, tanya pelajar-pelajar sekarang, berapa lamakah hubungan Hindu,mereka akan jawab 100 tahun, cikgu kita yang ajar. Cikgu yang berkata sebegitu perlu diketuk kepala, disebabkan negara kita ada had sebegitu sahaja. Jika anda pergi ke Lembah Bujang sekarang, amat jelas ada bukti hubungan kita.Kita perlu bercakap dengan semua orang dan masyarakat kita. Baru kita tahu kita tiadanya beza dengan mereka. Kita juga berhak untuk tinggal sini, ini adalah tanah ibu kita. Tiada yang lain, jika anda berfikir 2,500 tahun lalu, bagaimanakah keadaanya, kita ada segala hak. Jangan berputus asa."
Hal ini sebenarnya assinasi politik atau karakter dia, tetapi ini adalah disebabkan kecuaian beliau dan ini juga satu teladan untuk ahli politik untuk sentiasa berfikir apabila bercakap.
Saya faham perasaan minoriti negara kita yang tidak hendak dipanggil sebagai pendatang, saya pun amat benci untuk dipanggil sebegitu. Biar saya jelaskan di bawah ini.
Sebelum mulakan pos ini, saya perlu bercakap pasal masalah utama orang India adalah mereka tidak dapat membezakan pengaruh Hindu-Buddha sebagai agama kepada orang asal Tanah Melayu dulu. Perbezaan antara ras dan agama perlu diutarakan dan dipentingkan selalu. Sepertimana , orang Melayu Indonesia dia Bali,Indonesia mengamalkan Hinduism di Kepulauan Nusantara
Dan, adalah penting untuk kita faham bahawa, sebagai masyarakat yang berkomposisi unik dan pelbagai bangsa, rakyat Malaysia telah "Indianized", "Chinesized" dan "Malaynized". Orang India di sini atau orang Cina di sini amat berbeza dari yang di Tanah China atau India, sama juga dengan orang Melayu di sini dengan orang Melayu Indonesia, Brunei, Thailand dan lain.
Saya melihat video tersebut, memang dia salah aspek bangsa dan agama, dan memang ada orang Tanah India datang di sini untuk berdagang tetapi bukan dalam kuantiti besar. Dan ada juga mereka yang kahwin dengan orang Melayu tempatan dan dikenali sebagai Chetti, dan mereka mengamalkan peradaban bangsa Melayu.
Saya masih berharapan negara kita pada masa 2057, dan matlamat saya adalah semua orang Malaysia adalah sama taraf dan saksama identiti secara bangsa Malaysia dan bukan kerakyatan sahaja, di situlah ramai yang terpisah dengan pemikiran bangsa Melayu, India dan Cina dan kita ketandusan identiti bangsa Malaysia. Ini adalah tugas orang Malaysia untuk 40 tahun nanti, dan saya tahulah benda ini bukan senang capai, mungkin bukan dalam riwayat saya. Mestinya mengambil masa berdekad-dekad untuk rakyat bertukar, dan semestinya golongan muda tidak akan pedulikan isu ini. Seperti contoh kasta di Malaysia, memang hampir tiada di Malaysia walaupun ada orang India melihat etnik berdasrakan bahasa Telugu , Malayalam dan Tamil untuk berkahwin. Ini adalah corak perubahan sosial.
Jika kita mengambil contoh Amerika, ia mengambil masa 256 tahun untuk orang Blacks dan orang Putih mempunyai hak samarata, dan masih ada penindasan.
Saya bukan rasis, dan saya amat tidak suka perbezaan hierarki atau supremasi identiti sosial di mana tiada bangsa yang teragung, dan bangsa India dan Hindraf perlu melawan dari segi orang Malaysia, dan sama juga dengan orang Cina Malaysia. Semuanya berlaku apabila terlalu "bangga" dengan identiti diri.
Jangan membazir masa tunjuk gambar Tun VT Sambanthan, ia adalah perjanjian kontrak nasional untuk hidup bersama dan memang pelbagai pemimpin berfikir untuk satu negara Malaysia dan satu bangsa Malaysia bersama, seperti Dato' Onn yang hendak membuka UMNO kepada semua ras.
Nationalisma Melayu yang dibawa oleh orang dulu adalah untuk menentang penjajah, tetapi sekarang adalah untuk memisahkan dan menyemarkkan kebencian antara rakyat Malaysia. Perlu fikir siapa yang untung. Dan perlu ke kita berjaya atau mendapat sesuatu sebab kelahiran identiti kita yang semula jadi dan berdasarkan genetik kita? Fikrkanlah.
Orang Bangsa Malaysia perlu menyelami bahasa, falsafah, peradaban, budaya dan pelbagai aspek etnik di Malaysia dan membawa dalam persona dan pemikiran diri . Satu contoh asas Bangsa Malaysia. I coin this term and hope to do more research on this in future, "diversity-unification".
Harap kita bertenang dan berfikir sebagai rakyat sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai keistimewaan dan menggunakan keistimewaan itu untuk melahirkan bangsa Malaysia.